web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Walau Tak Cukup Ahli, Konsert Maya SuperM Tetap Padu!

Meski konsert berlangsung secara dalam talian, persembahan yang diberikan tetap hebat dan bertenaga.

Muzik Dikemaskini 4 tahun yang lalu ยท Diterbitkan pada 12 Aug 2021 8:34AM

oleh

Wafa Aula

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Kerinduan para peminat kumpulan Korea terkenal SuperM nampaknya terubat apabila Prudential menganjurkan sebuah konsert dan sesi ramah mesra peminat seluruh Asia baru-baru ini. SuperM mempunyai peminat yang luar biasa memandangkan kumpulan itu dibentuk hasil gabungan beberapa ahli band K-pop ternama iaitu SHINee, Exo dan NCT.

Dalam konsert secara maya berdurasi satu jam itu, hanya empat ahli kumpulan yang hadir iaitu Taeyong, Ten, Lucas dan Mark.  Ahli lain iaitu Kai sedang menjalani kuarantin, manakala Taemin dan Baekhyun pula sedang menjalani latihan ketenteraan.

Pelbagai respons diberikan peminat terhadap kemunculan SuperM. Rata-rata merindui keseronokan menonton konsert secara bersemuka.

Namun apakan daya, dengan situasi pandemik yang terjadi hari ini, SuperM hanya boleh memberikan persembahan secara online kepada peminatnya. Namun, ahli kumpulan SuperM itu bagaimana pun berjanji akan menyajikan persembahan yang hebat walaupun berlangsung secara atas talian. 

Memahami perasaan penonton yang bersedih kerana tidak semua ahli kumpulan SuperM berada di situ, pihak penganjur menyediakan video Taemin dan Baekhyun menari mengiringi persembahan ahli kumpulan lain. 

Memandangkan konsert pada petang itu dirakam lebih awal, maka Kai dilihat hadir dan berkongsi pentas yang sama dengan ahli yang lain. 

Menurut Eric Wong yang juga merupakan Ketua Pegawai Pelanggan dan Pemasaran Prudential Assurance Malaysia Berhad (PAMB), konsert ini diadakan bukan untuk berhibur semata-mata tetapi turut menyuntik kesedaran betapa pentingnya masyarakat mengamalkan gaya hidup sihat.

“Kami teruja menganjurkan konsert maya SuperM untuk pelanggan, pekerja, ejen dan juga peminat K-pop seluruh Asia. Melalui platform ini, kami ingin menghubungkan orang ramai melalui muzik di samping memberi inspirasi kepada semua untuk saling menjaga kesihatan dan mengamalkan gaya hidup sihat khususnya dalam situasi  serba mencabar ini,”katanya. 

Konsep dan juga persembahan SuperM petang itu menerima respons yang baik daripada peminat. Masing-masing berpuas hati dengan keseluruhan konsert walaupun hanya berlangsung di atas talian. Syabas PrudentialxSuperM! - Getaran, 12 Ogos 2021

Gambar: Prudential

Berita Berkaitan

1

Muzik 11 bulan yang lalu

Tiket Konsert Violet Skies: Dato' Sri Siti Nurhaliza Live In Arena Of Stars Masih Boleh Dibeli

2

Muzik 1 tahun yang lalu

Michael Learns To Rock Buai Perasaan Lebih 5,000 Peminat

3

Muzik 1 tahun yang lalu

5 Kumpulan AKB48 Berjaya Himpun Lebih 2,000 Peminat Pada Konsert Pertama Di Malaysia

4

Muzik 1 tahun yang lalu

Ella Memukau, Kini Siap Sedia Terbang ke Singapura

Sorotan

1

Lelaki Guna Pembesar Suara Cetus Kebimbangan, Dakwa Kononnya COVID-19 Kembali Menular

2

Kanak-Kanak Perempuan Maut, Abang Kritikal Jatuh Dari Pangsapuri

3

PM Puji Keberkesanan Kementerian Komunikasi Perjelas Pelaksanaan BUDI95

4

Gempa Bumi 8.2 Landa Mindanao, Pihak Berkuasa Keluarkan Amaran Tsunami

5

Dikurung Dalam Stor Beberapa Minggu, Polis Selamatkan Kanak-Kanak Mangsa Dera Ibu Angkat

6

Sebuah Kerajaan Bukan Hadiah Untuk Dirampas

Disyorkan untuk anda

Muzik 8 jam yang lalu

Dewa 19 Buktikan Keunggulan Katalog Lagu Dalam Konsert Cintaku Tertinggal Di Malaysia

oleh Rahayu MN

Muzik 1 hari yang lalu

SPOTLIGHT KLCC Tampil Pengalaman Showcase Premium, Himpunkan Barisan Artis Hebat Industri Muzik Tempatan

Menggabungkan elemen persembahan berkualiti tinggi, suasana premium dan lebih intim, SPOTLIGHT KLCC menawarkan harga tiket yang mampu dibeli oleh pelbagai golon...

oleh Rahayu MN