web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Outbreak Pertaruh 'Infiniti', Bawa Semangat Harungi Pandemik

Lagu ‘Infiniti’ membawa mesej tidak mudah berputus asa dengan kehidupan ini dilihat sangat sesuai terbit di tengah ketegangan pandemik.

Muzik Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 14 Jul 2021 7:10PM

oleh

Wafa Aula

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Semenjak debut kumpulan mereka tahun lalu, boyband Outbreak kini hadir dengan lagu kedua mereka bertajuk ‘Infiniti.’ Lagu itu dibawakan oleh mereka bertiga iaitu Shakirin Shah, Aliff Firdaus dan Hakeem Zaman setelah dua ahli yang lain mengundurkan diri.

Lagu ‘Infiniti’ ciptaan sepenuhnya oleh Wan Saleh ini membawa mesej tidak mudah berputus asa dengan kehidupan ini dilihat sangat sesuai terbit di tengah ketegangan pandemik yang melanda dunia saat ini.

Dari sudut yang lain, ia secara tak langsung menunjukkan semangat trio ini yang memilih untuk terus memperjuangkan hasrat mereka sebagai penyanyi walau apapun yang terjadi kepada kumpulan itu sebelum ini. 

“Kami menghormati keputusan yang dibuat Zaim dan Zareef untuk keluar daripada Outbreak. Saya, Aliff dan Hakeem sentiasa mendoakan perjalanan mereka supaya terus berjaya dan dipermudahkan.

“Biarpun banyak kenangan pahit manis yang telah kami lalui sepanjang tiga tahun menempa nama, namun kami tidak boleh patah semangat untuk terus ‘menghidupkan’ jenama Outbreak dan memastikan kumpulan ini terus diingati dan diterima ramai,” ujar Shakirin ketika ditemui dalam sesi sidang media dalam talian baru-baru ini. 

Video lirik lagu ‘Infiniti’ yang berdurasi kira-kira 3 minit itu sudah mula dimuat naik Sabtu lalu, hasil tinjauan kami di ruang komen mendapati rata-rata pendengar menyukai dan meraikan kehadiran semula Outbreak menerusi lagu infiniti ini.

“Wah, kemunculan semula dari Outbreak,” tulis seorang peminat. 

Hakeem menambah, “Saya berharap ‘Inifiniti’ dapat diterima ramai kerana lagu ini sangat bersesuaian dengan situasi yang kita semua hadapi. Walaupun aktiviti promosi lagu ini sedikit terhad memandangkan pematuhan prosedur operasi standard (SOP) , namun kami yakin dengan naskhah ini serta sokongan padu daripada semua pihak,” katanya.

Selain belajar menyanyikan rentak rap, Outbreak kini giat menghadiri kelas tarian. Mereka turut terbuka untuk menceburi bidang lakonan sekiranya diberi peluang. 

Kemunculan semula trio Outbreak ini tidak main-main dan mereka bertekad untuk menawarkan lebih banyak karya kepada industri dan bergelar artis serba boleh. Selamat maju jaya! - Getaran, 14 Julai 2021

Sumber foto: Outbreak

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 minggu yang lalu

Malaysia Kekalkan Prinsip, Selesaikan Semua Konflik Dengan Diplomasi - PM

2

Semasa 2 bulan yang lalu

Anwar Ucap Tahniah Kepada Anutin, Sasar Perkukuh Hubungan Malaysia-Thailand

3

Luar Negara 3 bulan yang lalu

Suspek Kes Pornografi Kanak-Kanak Diekstradisi Ke AS

4

Rencana 4 bulan yang lalu

Detik Malaysia Mendunia Telah Tiba, Kita Mampu Lakukan!

Sorotan

1

PM Puji Keberkesanan Kementerian Komunikasi Perjelas Pelaksanaan BUDI95

2

Gempa Bumi 8.2 Landa Mindanao, Pihak Berkuasa Keluarkan Amaran Tsunami

3

Dikurung Dalam Stor Beberapa Minggu, Polis Selamatkan Kanak-Kanak Mangsa Dera Ibu Angkat

4

Sebuah Kerajaan Bukan Hadiah Untuk Dirampas

5

Hanya Belajar Di Media Sosial, Anak Kampung Kini Hasilkan 6,000 Ikan Angelfish

6

Sesat 14 Hari, Jaslinda Kongsi Pengalaman Getir Bertahan Untuk Hidup

Disyorkan untuk anda

Muzik 1 hari yang lalu

SPOTLIGHT KLCC Tampil Pengalaman Showcase Premium, Himpunkan Barisan Artis Hebat Industri Muzik Tempatan

oleh Rahayu MN

Muzik 5 jam yang lalu

Dewa 19 Buktikan Keunggulan Katalog Lagu Dalam Konsert Cintaku Tertinggal Di Malaysia

Bergabung bersama Padi Reborn dalam satu pentas, konsert lebih tiga jam itu berlangsung dengan persembahan yang sarat dengan nostalgia.

oleh Rahayu MN