web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


'Cola' Menunjukkan Sisi Matang Thomas Kok

Meskipun usianya sudah meningkat, Thomas Kok bertekad untuk kekal relevan dalam industri muzik Malaysia.

Muzik Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 07 Jul 2021 3:33PM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Ramai yang mengatakan umur seseorang akan menentukan tahap populariti mereka dalam industri seni. Namun, percaya atau tidak, penyanyi Thomas Kok ingin membuktikan sebaliknya, bahawa dia masih relevan dan kekal diingati sehingga hari ini.

“Apabila saya sudah menjejaki usia 31 tahun ini, saya bertekad untuk mengubah imej saya kepada yang lebih matang dan tiada lagi imej seperti zaman muda dulu,” kata Thomas.

Untuk pengetahuan pembaca, Thomas merupakan bekas duo Thomas & Jack yang pernah berjaya mencipta nama dan menggegar industri hiburan Malaysia dengan lagu-lagu berinspirasikan K-pop suatu ketika dahulu.

Asalnya, Thomas merupakan seorang penari dari kumpulan terkenal ECX yang menampilkan gaya tarian pop dan bebas. Malahan kumpulan ini pernah menjuarai beberapa pertandingan prestij seperti Asian Dance Competition Singapore and dan Asia Pacific Dance Competition.

“Dulu saya selalu ke cybercafe untuk mempelajari gaya tarian terbaharu di YouTube. Saya akan menonton dance tutorials dan berlatih di tandas kerana di situ sahajalah yang ada cermin. 

“Lama-kelamaan, saya mula jatuh cinta dengan bidang nyanyian walaupun pada mulanya saya tidaklah begitu hebat. Ada juga yang perlekehkan dan mentertawakan saya bila saya cuba menyanyi di atas pentas. 

“Justeru itu, saya cuba menambah baik diri dengan menghadiri banyak kelas vokal dan melatih diri untuk menjadi lebih cekap. Saya rasa mempunyai latar belakang sebagai seorang penari adalah satu kelebihan untuk saya melangkah lebih jauh dalam industri ini,” ujar Thomas.

Kini, Thomas mempertaruhkan single terbaharunya berjudul ‘Cola’ yang menceritakan jalan hidupnya menghadapi cabaran sepanjang kariernya sebagai artis.

“Saya sudah berkecimpung dalam kerjaya ini lebih dari 10 tahun dan pernah berfikir untuk mengakhirinya kerana saya selalu meragui diri saya sendiri. Namun, ketika saya membuat persembahan di atas pentas, saya menyedari bahawa saya masih menyukainya dan susah untuk melepaskan cinta terhadap industri ini.

"Saya ingin memberi semangat kepada para pendengar yang sedang melalui fasa-fasa kesedihan untuk tetap kuat melalui dugaan hidup. Saya juga ingin mengingatkan mereka untuk berehat walaupun sibuk dengan pekerjaan,” jelas Thomas.

Buat pertama kali, Thomas ingin meluahkan perasaan dalam penulisan lagu yang lebih matang berbandingkan dengan karya sebelumnya yang lebih ceria dan berentak pop. Meskipun harus mengikut SOP yang ketat, rakaman lagu ini berjaya dihasilkan dalam masa lima hari.

“Sebenarnya susah untuk menari sambil memakai pelitup muka. Apatah lagi apabila koreografi tarian yang seperti senaman kardio. Tapi itulah, saya buat yang terbaik untuk menjayakan muzik video ini kerana saya percaya, jika ada kemahuan di situ ada jalan,” tambah Thomas.

Dalam perkembangan lain, Thomas turut merancang untuk menghasilkan lagu Melayu pertama pada masa terdekat dan harapan untuk berduet bersama penyanyi tempatan.

“Mungkin ramai yang tidak tahu, lagu Melayu kegemaran saya adalah ‘Assalamualaikum’ oleh Faizal Tahir kerana mesejnya yang amat indah dan mendalam.

“Saya berharap saya dapat berkolaborasi bersamanya atau Sophia Liana dari kumpulan De Fam suatu hari nanti memandangkan mereka adalah antara idola-idola saya,” tambah lagi Thomas.

Selain itu, Thomas juga sempat berkongsi bahawa dia bakal melancarkan cabaran menari di platform media sosial TikTok tidak lama lagi dan berharap agar semua dapat menyertainya. 

Single terbaharu Thomas Kok berjudul ‘Cola’ kini boleh didengar di laman penstriman Spotify. – Getaran, 7 Julai 2021

Semua gambar: Prodigee Asia Talent

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 minggu yang lalu

Malaysia Kekalkan Prinsip, Selesaikan Semua Konflik Dengan Diplomasi - PM

2

Semasa 2 bulan yang lalu

Anwar Ucap Tahniah Kepada Anutin, Sasar Perkukuh Hubungan Malaysia-Thailand

3

Luar Negara 3 bulan yang lalu

Suspek Kes Pornografi Kanak-Kanak Diekstradisi Ke AS

4

Rencana 4 bulan yang lalu

Detik Malaysia Mendunia Telah Tiba, Kita Mampu Lakukan!

Sorotan

1

PM Puji Keberkesanan Kementerian Komunikasi Perjelas Pelaksanaan BUDI95

2

Gempa Bumi 8.2 Landa Mindanao, Pihak Berkuasa Keluarkan Amaran Tsunami

3

Dikurung Dalam Stor Beberapa Minggu, Polis Selamatkan Kanak-Kanak Mangsa Dera Ibu Angkat

4

Sebuah Kerajaan Bukan Hadiah Untuk Dirampas

5

Hanya Belajar Di Media Sosial, Anak Kampung Kini Hasilkan 6,000 Ikan Angelfish

6

Sesat 14 Hari, Jaslinda Kongsi Pengalaman Getir Bertahan Untuk Hidup

Disyorkan untuk anda

Muzik 5 jam yang lalu

Dewa 19 Buktikan Keunggulan Katalog Lagu Dalam Konsert Cintaku Tertinggal Di Malaysia

oleh Rahayu MN

Muzik 1 hari yang lalu

SPOTLIGHT KLCC Tampil Pengalaman Showcase Premium, Himpunkan Barisan Artis Hebat Industri Muzik Tempatan

Menggabungkan elemen persembahan berkualiti tinggi, suasana premium dan lebih intim, SPOTLIGHT KLCC menawarkan harga tiket yang mampu dibeli oleh pelbagai golon...

oleh Rahayu MN