web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Apa Artis, Band Kena Buat Untuk Promosikan Diri Mereka?

Berikut ialah enam cara yang boleh diberi perhatian oleh para artis dan para peminat.

Muzik Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 01 Jul 2021 2:43PM

Gambar: Michael Mongin, Unsplash

oleh

Wafa Aula

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Kenyataan pahit yang perlu ditelan oleh para pemuzik dan artis di negara kita adalah periuk nasi mereka terjejas sejak pandemik bermula.

Maka, untuk bertahan dalam situasi ini yang dijangkakan lebih lama, semua pengkarya haruslah mempunyai strategi yang lebih tersusun dalam kerja mempromosikan hasil kerja mereka. 

Baru-baru ini, orang kuat dan legenda industri muzik tanah air Jennifer Thompson atau lebih senang disapa sebagai Kak Jenn berkongsi beberapa tip promosi menerusi akaun rasmi media sosialnya. Berikut adalah enam cara yang boleh diberi perhatian oleh para artis dan para peminat. 

Gambar Fail
Gambar Fail

Jangan sekadar ‘like’

Ketahuilah bahaya tanda suka sahaja tidak mencukupi. Anda perlu lebih agresif untuk share, retweet, repost atau promosikan semula sebarang lagu, show, gig, video muzik, atau temu ramah artis. Dengan ini, lebih ramai lagi orang akan dapat mendengar dan melihat hasil karya para artis tersebut. 

Jangan hanya promosi diri sendiri

Para artis dinasihati tidak hanya mempromosikan karya mereka sendiri sahaja. Gunakan kelebihan yang mereka ada untuk turut mempromosikan artis, lokasi dan juga pengurusan yang terlibat. Jika anda muat naik poster di laman sosial, jangan lupa ‘tag’ mereka sekali. 

“Kita sama-sama membina scene. Bila seorang naik semua orang naik sekali. Barulah ekosistem kita sihat,” kata Kak Jenn.

Guna platform berbeza

Jika dikenal pasti, pasti akan ada platform media sosial yang lebih rancak berbanding yang lain. Namun, jangan lupa untuk mempromosikan di platform berbeza juga walaupun ia tidaklah semeriah yang disangka contohnya seperti group Telegram, Whatsapp atau e-mel.

Mulakan dengan komuniti kecil

Tiada salahnya untuk mulakan kerja promosi dalam komuniti yang kecil. Misalnya, mulakan dengan saling mempromosikan hasil kerja sesama rakan industri. Strategi ini lebih efektif jika makin ramai orang yang terlibat. 

Jangan malu minta tolong

Menurutnya lagi, para artis dan pemuzik jangan malu untuk minta tolong daripada pihak yang selalu membantu anda mahupun pihak yang belum lagi pernah mempromosikan karya anda. Sebarkan karya anda ke semua cara dan tempat. Jangan risau kerana orang yang suka muzik pasti akan menolong. 

Jaga konsep dan gambar

Tip terakhir yang dikongsikan beliau ialah pemuzik perlu faham bahawa gambar yang profesional adalah perkara yang paling penting untuk para artis. Ini kerana pihak media mahupun peminat akan lebih tertarik untuk kongsikan sekiranya gambar dan konsep yang ditampilkan artis tersebut menarik.

Perlu diingatkan juga, gambar profesional bukanlah bererti anda perlu pakai tuxedo ya. Pakailah apa-apa yang dirasakan sesuai dengan imej muzik anda asalkan ia kemas dan nampak indah di mata.

Demikian tip yang dikongsikan beliau. Semoga ia dapat membantu kerja promosi para artis dan pemuzik di negara kita terutamanya dalam fasa yang mencabar ini. - Getaran, 1 Julai 2021

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 minggu yang lalu

Malaysia Kekalkan Prinsip, Selesaikan Semua Konflik Dengan Diplomasi - PM

2

Semasa 2 bulan yang lalu

Anwar Ucap Tahniah Kepada Anutin, Sasar Perkukuh Hubungan Malaysia-Thailand

3

Luar Negara 3 bulan yang lalu

Suspek Kes Pornografi Kanak-Kanak Diekstradisi Ke AS

4

Rencana 4 bulan yang lalu

Detik Malaysia Mendunia Telah Tiba, Kita Mampu Lakukan!

Sorotan

1

Hanya Belajar Di Media Sosial, Anak Kampung Kini Hasilkan 6,000 Ikan Angelfish

2

Bekas Timbalan Speaker DUN Kedah Ditemukan Lemas Di Sungai

3

Sesat 14 Hari, Jaslinda Kongsi Pengalaman Getir Bertahan Untuk Hidup

4

MPL MY: Team Vamos Mara Ke Grand Final, Tempah Tiket Ke MSC

5

‘PRN Johor Bukan Keutamaan Saya, Pemulihan Ekonomi Masih Fokus Kerajaan Persekutuan’ – Anwar

6

Nahas 2 Kenderaan, Kanak-Kanak 9 Tahun Maut Kereta Dipandu Ibu Bertembung 

Disyorkan untuk anda

Muzik 4 jam yang lalu

Dewa 19 Buktikan Keunggulan Katalog Lagu Dalam Konsert Cintaku Tertinggal Di Malaysia

oleh Rahayu MN

Muzik 1 hari yang lalu

SPOTLIGHT KLCC Tampil Pengalaman Showcase Premium, Himpunkan Barisan Artis Hebat Industri Muzik Tempatan

Menggabungkan elemen persembahan berkualiti tinggi, suasana premium dan lebih intim, SPOTLIGHT KLCC menawarkan harga tiket yang mampu dibeli oleh pelbagai golon...

oleh Rahayu MN