web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Tam Tak Sangka Konsert Sulung Spider Dapat Sambutan Luar Biasa

Ruang di Zepp Kuala Lumpur padat dan sesak dengan kehadiran lebih 2400 peminat kumpulan Spider sempena konsert sulung mereka selepas lebih dua dekad kewujudan kumpulan itu dalam industri muzik tanah air

Muzik Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 30 Jun 2024 8:25PM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Vokalis kumpulan Spider, Tam Mustafah mengakui tidak menyangka bahawa konsert solo pertama mereka iaitu Konsert Spider Keluar Sarang yang berlangsung di Zepp Kuala Lumpur minggu lalu akan mendapat sambutan luar biasa daripada peminat.

Menurut Tam, sejak ditubuhkan hampir 30 tahun lalu, ini pertama kali Spider melakukan konsert solo dan ternyata peminat masih mahu menonton persembahan mereka.

"Memang kami sangat teruja dengan konsert ini. Ramai peminat yang hadir.

"Saya rasa ini adalah 'view' paling 'best' yang saya pernah tengok setakat ini.

"Ini adalah apa yang kami idam-idamkan selama ini. Tak sangka akhirnya menjadi realiti," katanya ketika ditemui sejurus tamat konsert.

Ditanya mengapa mengambil masa lebih dua dekad untuk mengadakan konsert sendiri, kata Tam dia percaya setiap rezeki ditentukan pada masa yang tertentu.

"Saya percaya akan rezeki yang ditetapkan pada waktu yang tertentu. Kita hanya perlu tunggu waktu yang tepat untuk menikmatinya," ujarnya.


Ruang di Zepp Kuala Lumpur sekadar mampu memuatkan 2400 penonton sahaja. Melihatkan sambutan hangat yang diterima dan ketika ditanya apakah Spider mempunyai perancangan untuk membawa konsert ini ke ruang yang lebih besar, kata Tam dia seram sejuk mendengar soalan itu.

"Insya Allah jika ada sokongan kami akan cuba untuk merealisasikan perkara itu.

"Pada malam ini (konsert) pun kita dapat lihat ramai juga generasi muda yang meminati Spider.

"Kalau ada rezeki Insya Allah kami akan lakukan konsert di lokasi yang lebih besar," jelasnya.

 Tam
Tam

Kongsi Tam lagi, Spider turut merancang untuk menjadikan Konsert Keluar Sarang ini sebagai siri jelajah untuk bertemu peminat di negeri lain.

Pada malam konsert tersebut, Spider telah menyampaikan 20 buah lagu hit mereka antaranya Aladin, Relaku Pujuk, Lauk Ku Cukup Masin, Kasih Latifah, Nazraku, Bila Nak Saksi, Mungkinkah Terjadi dan banyak lagi. - Getaran, 30 Jun 2024

Foto : Helmi Anuar , Instagram

Berita Berkaitan

1

Muzik 1 tahun yang lalu

Tiket Konsert Violet Skies: Dato' Sri Siti Nurhaliza Live In Arena Of Stars Masih Boleh Dibeli

2

Muzik 1 tahun yang lalu

Michael Learns To Rock Buai Perasaan Lebih 5,000 Peminat

3

Muzik 1 tahun yang lalu

5 Kumpulan AKB48 Berjaya Himpun Lebih 2,000 Peminat Pada Konsert Pertama Di Malaysia

4

Muzik 1 tahun yang lalu

Ella Memukau, Kini Siap Sedia Terbang ke Singapura

Sorotan

1

Tok Mat Tiba Di Pusat Penamaan Calon DUN Rantau, Zahid Jadi Pengiring

2

PRN Negeri Sembilan: 4 Calon PH, 3 Calon BN Tiba Di Pusat Penamaan Calon

3

Mayat Kanak-Kanak Perempuan Hilang Ditemukan, 2 Lelaki Ditahan

4

Dituduh Rogol Remaja Bawah Umur, Pempengaruh Media Sosial Mengaku Tidak Bersalah

5

Diperdaya ‘Love Scam’ Di Telegram, Pelajar Universiti Rugi Lebih RM56,000

6

Tarik Diri Daripada Kerajaan Negeri, DAP Melaka Beralih ke Blok Pembangkang