web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Ernie Zakri Juga Tak Ketinggalan ‘Hidang’ Lagu Raya Nuansa Era 1950-an

Muzik Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 03 Apr 2024 8:25AM

oleh

Rahayu MN

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Seperti ramai penyanyi lain di Malaysia, bintang bersuara hebat Ernie Zakri juga tidak mahu ketinggalan dalam memeriahkan suasana Aidilfitri yang bakal menjelma tidak lama lagi. Oleh itu, Ernie tampil dengan sebuah lagu raya baharu berjudul ‘HAHAHAHAHari Raya’.

 Lagu ciptaan serta tulisan Ernie Zakri sendiri bersama beberapa orang komposer dan penulis lirik lain iaitu Mage, Glowrush, serta Ajay Amai, disusun dan diterbitkan oleh Adib Hussin serta Glowrush, mempunyai gaya yang tersendiri.

 “Seperti lagu-lagu seniwati Saloma, ia ada nuansa era tahun 1950-an. Unsur ini ditampilkan supaya ada sedikit kelainan dari segi bunyi jika dibandingkan dengan lagu-lagu raya saya sebelum ini,” ujar Ernie berkongsi cerita.

 Ernie juga memberitahu bahawa proses rakaman lagu ini sangat mudah.

“Pada awalnya sudah ada versi yang pendek sekitar dua minit. Kemudian kami mengambil keputusan untuk memanjangkan sedikit lagu ini. Di situ saya tambahkan melodi, khasnya di rangkap bridge kerana ingin menyerlahkan sedikit gaya baharu pada karya ini. Jadi, ada unsur moden juga dan tidaklah seperti lagu Saloma dari era 50-an sepenuhnya.

 “Malah, semasa bekerja dengan rakan-rakan penulis di Faithful Music, saya selalu dapat pengalaman baharu selain mempelajari teknik-teknik lain dalam mencipta lagu baharu. Saya gembira dapat bekerjasama dengan mereka sambil merungkai bunyian baharu dalam muzik,” tambah Ernie lagi.

Bercerita tentang video muzik, Ernie memberitahu proses penggambaran dilakukan pada bulan Ramadan dan ia mengisahkan tentang kakak sulung yang cuba merapatkan hubungan dua lagi adiknya yang sering bertengkar.

“Jalan cerita video muzik lagu ini sangat mudah. Ia berkisar tentang tiga beradik menjelang hari raya dan saya memainkan watak kakak sulung atau Kak Long yang cuba menyatu-padukan dua orang adik saya yang suka bergaduh. Konsepnya seronok, ceria dan sangat santai,” jelasnya lagi.

Video muzik HAHAHAHAHari Raya turut menampilkan jenama tudung Ernie sendiri iaitu Ayuwan. Sepanjang bulan Ramadan ini, tudung Ayuwan miliknya sudah muncul di aneka acara termasuk di Star Vendor, KL Convention Centre pada 30 Mac lalu.

Pada 31 Mac lalu, Ernie sempat mempromosikan tudung Ayuwan di Sogo KL semasa mempersembahkan lagu HAHAHAHAHari Raya di lokasi tersebut. Ini telah diikuti dengan sesi ramah mesra bersama peminat dan media di penghujung acara.

 Saat ditanya tentang harapannya, Ernie hanya mahukan yang terbaik untuk lagu raya ini.

“Kalau boleh semua orang mahu lagu raya mereka menjadi malar segar dan berkekalan, namun yang paling penting, saya ingin lagu ini membuat pendengar tertawa dan gembira.

“Saya mahu mereka menikmatinya, sesuai dengan konsep lagu ini sebagai sebuah lagu musim perayaan Aidilfitri. Semoga pendengar akan mendapat kebahagiaan dan kegembiraan berhari raya saat mendengar lagu ini,” ulas Ernie lagi.

HAHAHAHAHari Raya boleh didengari di semua digital platform seperti Spotify, Apple Music, KKBOX, Deezer dan YouTube Music pada 22 Mac 2024.

Video muzik juga telah ditayangkan secara eksklusif di saluran YouTube rasmi Ernie Zakri pada 27 Mac 2024. – Getaran, 3 April 2024

Foto : Universal Music Malaysia

Sorotan

1

Tok Mat Tiba Di Pusat Penamaan Calon DUN Rantau, Zahid Jadi Pengiring

2

PRN Negeri Sembilan: 4 Calon PH, 3 Calon BN Tiba Di Pusat Penamaan Calon

3

Mayat Kanak-Kanak Perempuan Hilang Ditemukan, 2 Lelaki Ditahan

4

Dituduh Rogol Remaja Bawah Umur, Pempengaruh Media Sosial Mengaku Tidak Bersalah

5

Diperdaya ‘Love Scam’ Di Telegram, Pelajar Universiti Rugi Lebih RM56,000

6

Tarik Diri Daripada Kerajaan Negeri, DAP Melaka Beralih ke Blok Pembangkang