web statsweb stats

Berita Terkini

5 hari yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 5 hari yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Datuk M. Nasir Menang Besar, Rampas Semula Angerah Pencipta Dengan Pendapatan Tertinggi

Beliau menyingkirkan pemenang tahun lalu, Ezra Kong pada acara yang berlangsung pada Ahad.

Muzik Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 11 Dec 2023 12:35PM

Penyanyi dan komposer terkenal, Datuk M Nasir ketika menerima anugerah Pencipta Dengan Pendapatan Tertinggi pada majlis Anugerah Badan Perlindungan Hak Cipta Muzik Berhad (MACP) 2023. - gambar Nazir Sufari

oleh

Rahayu MN

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Penyanyi dan komposer tersohor, Datuk M. Nasir kembali diumumkan sebagai penerima Pencipta Dengan Pendapatan Tertinggi pada majlis Anugerah Badan Perlindungan Hak Cipta Muzik Berhad (MACP) 2023, mengenepikan penerima tahun lalu, Ezra Kong.

Acara yang diadakan di sebuah hotel pada Ahad itu turut menyaksikan M Nasir turut membawa pulang trofi kemenangan untuk kategori Persembahan Lagu Terbanyak menerusi lagu Tiara, manakala syarikat miliknya, Luncai Emas Sdn Bhd  mengungguli kategori Penerbit Tempatan Dengan Pendapatan Tertinggi.

Ketika ditemui oleh pihak media, pelantun lagu Mentera Semerah Padi ini mengakui beliau sebenarnya tidak menjangkakan akan dinobatkan sebagai Pencipta Dengan Pendapatan Tertinggi.

Penyanyi berusia 66 tahun itu berkata, kemenangannya itu adalah disebabkan oleh lagu Tiara yang meledak di Indonesia selepas ia dirakam semula penyanyi Indonesia, Raffa Affar.

“Saya sebenarnya tidak sangka beroleh kemenangan pada malam ini. Pemasaran sesebuah lagu sekarang ini tidak sama seperti dahulu. Kalau dulu kita gunakan platform penyiaran yang ada, tetapi sekarang kita perlu gunakan platform digital untuk pemasaran.

Sekarang ini kita kena fikirkan pasaran dulu kerana untuk berkreativiti memang tiada halangan. Jadi kenalah cari cara bagaimana sesebuah lagu itu boleh memenuhi kehendak pasaran dan mampu pergi ke negara jiran,” ujar beliau.

Datuk M Nasir ketika ditemu bual pemberita. - gambar Nazir Sufari
Datuk M Nasir ketika ditemu bual pemberita. - gambar Nazir Sufari

Pada masa sama, M. Nasir berkata, pencipta lagu muda perlu menggunakan kepesatan teknologi digital memasarkan karya masing-masing.

“Jalinkan kerjasama dengan hubungan yang mereka ada untuk mempopularkan sesebuah lagu itu,” katanya.

Anugerah MACP 2023 turut menyaksikan pencipta lagu dan penulis lirik, Allahyarham JS Kevin atau nama sebenarnya Zul Adnan Mohd Razali diumumkan sebagai penerima Anugerah Nadi Cipta bagi menghargai sumbangan beliau dalam industri muzik negara.

Sementara itu, komposer, penulis lirik dan penyanyi, Reedzwann atau nama sebenarnya Muhammad Khairol Ridhuan Khairol Husni, 23, diumumkan sebagai pemenang Komposer Muda Berpotensi.

Beliau mula mencipta nama menerusi single pertama ciptaannya berjudul Cinta Pandang Pertama, yang meraih lebih 29 juta tontonan di YouTube.

Berbeza daripada tahun sebelumnya, edisi kali ini turut memperkenalkan Anugerah Karya Muzik Terbaik dalam TikTok, sebuah inisiatif pertama kali oleh TikTok sendiri.

Penghargaan ini menyoroti impak transformasi platform digital tersebut terhadap penggunaan muzik.

Vokalis Drama Band, Aepol Roza ketika menerima Anugerah Karya Muzik Terbaik dalam TikTok. - gambar Nazir Sufari
Vokalis Drama Band, Aepol Roza ketika menerima Anugerah Karya Muzik Terbaik dalam TikTok. - gambar Nazir Sufari

Vokalis Drama Band, Aepol Roza mencipta kenangan manis apabila lagu ciptaan, Drama diangkat buat julung kalinya untuk kategori baharu ini selepas ia meraih lebih 3 juta tontonan.

Anugerah MACP adalah acara tahunan sejak 1996, sebagai satu platform untuk memberi pengiktirafan kepada karyawan muzik Malaysia.

Kemenangan dinilai berdasarkan hasil royalti daripada persembahan muzik di stesen televisyen, radio, platform penstriman digital, konsert, stor komersial dan lain-lain organisasi yang dilesenkan oleh badan terbabit.

Malam anugerah itu turut diserikan dengan persembahan artis tempatan seperti Hazama. - gambar Nazir Sufari
Malam anugerah itu turut diserikan dengan persembahan artis tempatan seperti Hazama. - gambar Nazir Sufari
Penyanyi Liza Aziz juga antara yang menghiburkan jemputan pada majlis Anugerah Badan Perlindungan Hak Cipta Muzik Berhad (MACP) 2023. - gambar Nazir Sufari
Penyanyi Liza Aziz juga antara yang menghiburkan jemputan pada majlis Anugerah Badan Perlindungan Hak Cipta Muzik Berhad (MACP) 2023. - gambar Nazir Sufari

Berikut adalah senarai penuh pemenang Anugerah MACP 2023:

1. Persembahan Lagu Melayu Terbanyak

Lagu: Tiara

Komposer: Datuk M.Nasir

Penulis Lirik: Datuk M.Nasir

2. Persembahan Lagu Cina Terbanyak

Lagu: A La Si Jia Hai Wan

Komposer dan penulis lirik : Firdhaus

3. Persembahan Lagu Inggeris Terbanyak

Lagu: Stay Away

Komposer & Penulis Lirik: Zhe Kamil, Guccimith

4. Persembahan Lagu Tamil Terbanyak

Lagu: Perak Kulle

Komposer & penulis lirik: Krish K

5. Persembahan Lagu Luar Negara Terbanyak

Lagu: Cinta Sampai Mati

Komposer & penulis lirik : Luncai Emas Sdn Bhd

6. Lagu Pendapatan Luar Negara Tertinggi

Lagu: Ke Zai Wo Xin Di De Ming Zi

Komposer & Penulis Lirik: Chen Wen Hua , Xu Yuan Ting, Jia Wang

7. Penerbit Tempatan Dengan Pendapatan Tertinggi

Luncai Emas Sdn Bhd

8. Penerbit Dengan Pendapatan Tertinggi

Universal Music Publishing Sdn Bhd

9. Pencipta Dengan Pendapatan Tertinggi

Datuk M.Nasir

10. Komposer Muda Berpotensi

Reedzwann

11. Anugerah Nadi Cipta

J.S Kevin

12. Pencipta Terbaik TikTok

Aepol Roza, Drama Band. – Getaran, 11 Disember 2023

Foto : Nazir Sufari

Sorotan

1

Kartel Perolehan Awam RM2.5 Juta Tumpas, 13 Individu Ditahan

2

X70 Bertembung Dengan Treler; Ibu, Anak Lelaki 10 Tahun Maut

3

‘Adakah Saya Angkuh Jika Dengar Suara Majoriti Bangsa Johor?’ - Onn Hafiz

4

Malaysia Sedia Bantu Pelajar Palestin, Bina Semula Kekuatan Bangsa - Zambry

5

Hubungan Iran-AS Tunjuk Isyarat Positif, Selat Hormuz Perlu Dibuka Semula - PM 

6

Penjenamaan Semula PAS Tugas Berat, Persepsi Awam Sukar Diubah - Penganalisis

Disyorkan untuk anda

Filem & TV 1 hari yang lalu

Adrian Teh Kembali Ke Genre Aksi, “Chelot’ Tampil Babak Pecah Rekod

oleh Sophia Ahmad

Muzik 17 jam yang lalu

Konsert Rumah Hati Terima Sambutan Hangat, 80 Peratus Tiket Sudah Terjual

Persamaan bahasa dan budaya antara Malaysia dan Indonesia menjadikan muzik sebagai medium yang mampu menyatukan emosi peminat di kedua-dua negara.

oleh Sophia Ahmad