web statsweb stats

Berita Terkini

6 hari yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 6 hari yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Malayneum 2023 Bukti Butterfingers Masih Berbisa 

Muzik Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 16 Oct 2023 8:48AM

gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Lebih 6,000 penonton yang hadir ke konsert Butterfingers Malayneum 2023 minggu lalu berkemungkinan besar secara umum terbahagi dua - peminat tegar yang menaiki mesin masa setelah membesar bersama Butterfingers di setiap era. Dan peminat yang kembali mengapresiasi album Malayneum yang sebelum ini terasa asing di telinga kerana hilang ciri grungenya.

Persembahan Butterfingers di Stadium Malawati malam itu bukan sahaja menampilkan kreativiti terbaik mereka, malah seakan menggambarkan tekad mahu menebus kembali insiden pada tahun 2019 di lokasi sama, apabila konsert Transcendence 20 Tahun terpaksa ditamatkan lebih awal selepas salah seorang ahli kumpulan sesak nafas.

Sebetulnya, tidak ada apa lagi yang perlu dibuktikan Butterfingers. Mereka 'rock royalty' tanahair yang berjaya menempati titik manis sebagai kugiran disegani angkatan pemuzik, memiliki ramai pengikut setia dan diperakui pengkritik. Namun, konsert kali ini tetap membawa cabaran tersendiri.

Bermula tepat jam 8.45 dengan lagu-lagu dari album Malayneum, penonton yang didominasi generasi X dan milenial berusia ternyata lambat panas. Ini kerana, Malayneum bukan album lazim Butterfingers. Kebanyakan lagu dalam album ini rumit dan jarang dimainkan di pentas.

Sebahagian peminat yang menyaksikan konsert Butterfingers minggu lalu.
Sebahagian peminat yang menyaksikan konsert Butterfingers minggu lalu.

Berbeza dengan album terdahulu, album keempat ini tidak mengetengahkan lagu bersifat 'anthem' yang menjadi kegemaran peminat seperti The Chemistry. Ia perubahan 180 darjah dan keluar dari pengaruh kental muzik grunge yang menempa nama Butterfingers sebelum ini.

Mengutip kata-kata Loque selaku daya kreatif utama Butterfingers, album ini berada di antara persimpangan grunge, alternatif dan indie rock. Ia dalam kategori tersendiri.

Namun, ia album monumental yang wajar dirayakan kerana mempamerkan kemampuan serta warna sebenar Butterfingers, dan malam itu mereka menterjemahkan kembali album tersebut bukan sahaja dalam perspektif yang berbeza, bahkan lebih baik. 

Konsert selama tiga jam tersebut turut mempersembahkan lagu-lagu mereka dari album terdahulu seperti Ugly, Royal Jelly, Epitome, Viopipe, Wet Blanket, Sad Sunday, Sober, Chrome serta Suddenly yang menambah keterujaan peminat.

Dinamik stage presence antara Loque (gitar utama, keyboard), Emmett (penyanyi, gitar, biola), Kadak (bass) yang serba tangkas, diiringi gebukan dram Loko serta ditambah pula penampilan ensemble Kuartet Kolumpo juga menambah energi persembahan.

Paling menarik, Butterfingers memilih untuk membawakan lagu 'Tahun 2001' nyanyian asal Sweet Charity sebagai encore, seakan memberi indikasi konsert ini penutup era lagu berbahasa Inggeris mereka dan bermulalah era lagu Bahasa Melayu. Mungkin…ya, mungkin kita berjumpa lagi di konsert Selamat Tinggal Dunia? – BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Muzik 2 tahun yang lalu

3 Kumpulan Muzik 'Bawah Tanah' Gegarkan 6,000 Pengikut

Sorotan

1

Jurujual Mengaku Salah Tetak Penunggang Motosikal Di Lebuh Raya Persekutuan

2

Onn Hafiz Dijangka Pertahan Kerusi Machap, Kekal Fokus Bangunkan Johor

3

Rombakan Barisan Pemimpin PN: Azmin Ali, Radzi Jidin Gugur Daripada Senarai 

4

CEO Perbadanan Stadium Malaysia Didakwa Minta, Terima Rasuah RM1.45 Juta

5

PRN Johor: Calon Dipilih Berdasarkan Khidmat Terbaik - Onn Hafiz 

6

Memacu Masa Depan Lestari: Transformasi Tenaga Dan Aspirasi Sifar Bersih Malayssia

Disyorkan untuk anda

Muzik 1 hari yang lalu

Konsert Rumah Hati Terima Sambutan Hangat, 80 Peratus Tiket Sudah Terjual

oleh Sophia Ahmad

Filem & TV 15 jam yang lalu

Big Stage X Rocketfuel, Platform Bakat Baharu Dengan Tawaran Kontrak RM200,000

Tiga peserta terbaik akan menerima Rocketfuel Artist Development Contract bernilai sehingga RM200,000 yang merangkumi penghasilan single dan video muzik.

oleh Rahayu MN