web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Harris Baba Terbangkan Konsert Armada Ke Kota Kinabalu Sabah

Konsert Armada – Janji Bahagia itu akan menyaksikan kumpulan dari Indonesia tu mempersembahkan 18 buah lagu popular mereka.

Muzik Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 09 Aug 2023 7:57AM

gambar - @harrisbaba

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Personaliti Harris Baba bakal menerbangkan kumpulan Indonesia, Armada Band ke Kota Kinabalu, Sabah untuk sebuah konsert yang dijadualkan pada 4 November hadapan, jam 8.00 malam bertempat di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC).

Konsert Armada – Janji Bahagia itu merupakan projek pertama Harris bersama isterinya, Nik Naziha Zawawi di bawah syarikat milik mereka, Jeeharris Corporation.

Fokus Jeeharris Corporation ialah menjurus kepada pengurusan acara dan konsert selain ia telah banyak menjayakan pelbagai acara karnival di Sabah manakala konsert ini yang pertama dianjurkan mereka.

Menurut Harris, syarikatnya memilih Armada kerana ia antara artis Indonesia yang popular dan banyak lagu-lagu mereka dikenali di Sabah.

Armada Band dijadualkan mengadakan konsert pada 4 November hadapan, di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC).
Armada Band dijadualkan mengadakan konsert pada 4 November hadapan, di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC).

Armada yang dianggotai oleh vokalis Rizal Adi, pemain dram Meri Yandi dan pemain gitar Andika Maihendra, akan menyampaikan 18 buah lagu pada konsert itu nanti.

Antaranya ialah Bebaskan Diriku, Asal Kau Bahagia, Pergi Pagi Pulang Pagi dan banyak lagi.

Tentang perancangan lanjut mengenai syarikatnya, Harris berkata, mereka akan membawakan lebih ramai lagi artis luar negara untuk mengadakan persembahan di Sabah.

Dalam pada itu mereka kini dalam perbincangan untuk membawakan kumpulan lain untuk mengadakan persembahan pada Januari 2024.

“Kami berharap mendapat sokongan yang menggalakkan daripada peminat-peminat Armada di Sabah dan sekali gus dapat memeriahkan lagi aktiviti pelancongan dan mengalakkan lebih banyak persembahan konsert di Sabah.

“Kami juga akan menjadikan konsert ini sebagai salah satu tarikan untuk penduduk dari Labuan, Sarawak dan Brunei untuk sama-sama datang menyaksikan konsert yang julung-julung kalinya  daripada Armada di sana,” katanya.

Harris Baba. gambar @harrisbaba
Harris Baba. gambar @harrisbaba

Menurut Harris lagi, mereka kini sedang meneliti beberapa nama penyanyi tempatan Sabah untuk dijemput mengadakan persembahan pembukaan.

Tiket telah mula dijual di www.myticket.asia pada harga bermula RM129 sehingga RM799 (seating and meet & greet). Untuk informasi terkini, anda juga boleh ke Instagram dan Facebook @jeeharriscorporation. - Getaran. 9 Ogos 2023.

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Filem & TV 1 hari yang lalu

RM12 Juta Dalam 11 Hari! ‘Polong’ Terus Hantui Pawagam Seluruh Negara

oleh Rahayu MN

Selebriti 23 jam yang lalu

Aghniny Terima Tawaran Filem Khadam Sebagai Penghargaan Buat Ibu

Aghniny yang membuat penampilan sulung dalam filem Malaysia menerusi watak Melor, berkata tema keibuan yang diangkat dalam filem itu mempunyai kaitan rapat deng...