web statsweb stats

Berita Terkini

14 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 14 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


4 Baris 'Umpama Mimpi Dalam Mimpi' Tak Kedengaran, Baggio Damasutra Dedah Insiden AJL 1991 Masih Tinggalkan Trauma Buat Dirinya

Baggio juga memaklumkan kumpulan Damasutra bakal mengadakan Konsert Anniversary Ke- 33 Damasutra The Journey di Zepp Kuala Lumpur pada 27 Oktober depan.

Muzik Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 22 Jun 2023 2:11PM

Sidang media Konsert Anniversary Ke-33 Damasutra The Journey - Gambar ihsan penganjur

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Meskipun sudah 32 tahun berlalu, penyanyi kumpulan Damasutra, Baggio, mengakui masih trauma dengan insiden mikrofon tidak berfungsi ketika beraksi di pentas Anugerah Juara Lagu (AJL) pada 1991.

Menurut Baggio insiden mikrofon tidak berfungsi ketika menyanyikan lagu ‘Umpama Mimpi Dalam Mimpi’ di pentas AJL masih tetap menjadi trauma apabila mengenangkan kepadanya sampai ke hari ini.

“Dah puluhan tahun berlalu, tapi saya tidak pernah lupakan insiden tersebut. Malah, bagi saya masih ada perasaan trauma dan ia menjadi pengalaman sendiri ketika terbabit persembahan secara langsung di AJL ketika itu. 

“Hingga ke hari ini ia tidak hilang dari memori saya. Bayangkan empat baris lagu ‘Umpama Mimpi Dalam Mimpi’ yang saya nyanyikan ketika itu tak dengar suara sebab mikrofon tak berfungsi. AJL pula adalah pertandingan dan ia ditayangkan secara langsung,” katanya kepada Getaran.

Vokali kumpulan Damasutra kongsi perkara itu ketika hadir pada sidang media Konsert Anniversary Ke-33 Damasutra The Journey yang bakal berlangsung di Zepp Kuala Lumpur pada 27 Oktober depan.

Baggio atau nama sebenarnya Bahagia Daharun berkata, walaupun insiden berkenaan menjadi trauma kepadanya, namun dia bersyukur kerana dapat mengatasi kelemahan dirinya itu dengan ‘show’ yang  dilakukannya di karnival riang ria atau ‘fun fair’ disertai selama ini.

Jelas Baggio berkata, dia berjaya menutup kelemahan dirinya dalam persembahan itu berbekalkan pengalaman ditimba selama hampir tiga dekad menyanyi di hadapan ribuan peminatnya.

“Sejujurnya bagi saya pengalaman sebagai anak seni ini  banyak mengajar saya menghadapi kejadian yang berlaku tiba-tiba dan tidak disangka dengan tenang. Namun, traumanya yang tak pernah hilang sampai sekarang.

“Hingga ke hari hari ini saya bersyukur masih dapat menyanyi dengan baik dan aktif dalam karier seni sampai sekarang dengan menghasilkan lagu-lagu solo terbaru yang dimuat naik di di platform YouTube,” ujarnya.

Dalam pada itu, kongsi berlanjut Baggio berkata, lagu ‘Sufi’, ‘Antara Sutra Dan Bulan’, ‘Sembunyi’, ‘Sesat Dalam Rindu’, ‘Seribu Bayangan’ dan banyak lagu antara seleksi malar segar yang bakal menghiburan peminat kumpulan Damasutra di Konsert Anniversary Ke-33 Damasutra The Journey.

Jelasnya, pemain gitar yang juga anggota baru, Rizal Wahab menggantikan Allahyarham Narudin Yunus atau Alok yang meninggal dunia pada 30 Oktober 2019.

Damasutra yang ditubuhkan pada akhir 1989 mula mencipta nama pada 1990 dan turut popular dengan lagu ‘Sufi’, ‘Antara Sutra Dan Bulan’, ‘Sembunyi’, ‘Sesat Dalam Rindu’, ‘Seribu Bayangan’ dan banyak lagi. – Getaran, 22 Jun 2023

Sorotan

1

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

2

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

3

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

4

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

5

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

6

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

Disyorkan untuk anda

Selebriti 8 jam yang lalu

M Nasir Fail Saman Lebih RM5 Juta Terhadap Grab Malaysia

oleh Rahayu MN

Selebriti 1 hari yang lalu

Aghniny Terima Tawaran Filem Khadam Sebagai Penghargaan Buat Ibu

Aghniny yang membuat penampilan sulung dalam filem Malaysia menerusi watak Melor, berkata tema keibuan yang diangkat dalam filem itu mempunyai kaitan rapat deng...