web statsweb stats

Berita Terkini

13 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 13 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Konsert P Ramlee - Signature A Minor 7 Tampilkan Sean Ghazi Dan Liza Hanim, Penyanyi Utama Di bawah Pimpinan Aubrey Suwito

Konsert P. Ramlee - Signature A Minor 7 dianjurkan bagi memperingati ulang tahun ke-50 pemergian Seniman Agung dan bakal diadakan Stage 1, PJ Performing Arts Centre (PJPAC) pada 7 dan 8 Julai ini. 

Muzik Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 13 Jun 2023 2:23PM

Sean Ghazi (dua dari kiri) dan Liza Hanim, dipilih sebagai bintang utama Konsert P. Ramlee - Signature A Minor 7. - Gambar PR

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Memang tidak dapat disangkal lagi bahawa Allahyarham Tan Sri P. Ramlee adalah seorang seniman genius yang paling berpengaruh dan disayangi di Malaysia. 

Bagi memperingati ulang tahun ke-50 pemergian Seniman Agung ini, sebuah acara yang digelar Konsert P. Ramlee - Signature A Minor 7 bakal dianjurkan PH7 Production Management Sdn. Bhd di Stage 1, PJ Performing Arts Centre (PJPAC) selama dua hari bermula 7 Julai ini. 

Apa yang menarik dua penyanyi hebat tanah air iaitu Sean Ghazi dan Liza Hanim dipilih sebagai bintang utama konsert ini. Kedua-dua mereka pernah digandingkan bersama dalam pementasan P Ramlee The Musical di Istana Budaya pada 2007. 

Gandingan semula kedua-duanya di dalam konsert pastinya amat ditunggu-tunggu peminat setia mereka yang cukup menggemari keserasian mereka membuat persembahan bersama. 

Konsert ini juga akan turut diselangi dengan persembahan monolog daripada Sobri Anuar dan diarahkan oleh Hariry Jalil. 

Persembahan yang berdurasi 75 minit dan berlangsung selama dua malam ini akan menampilkan 12 lagu daripada filem-filem lakonan dan arahan P. Ramlee, yang memenangi anugerah tempatan mahu pun antarabangsa dari tahun 1953 hingga 1965, iaitu tempoh kemuncak karya Allahyarham di Singapura.

Lagu-lagu dipimpin dan disusun semula oleh Aubrey Suwito dengan nuansa yang baharu, tanpa menghilangkan keaslian jiwa karya P. Ramlee. 

Sean Ghazi dan Liza Hanim
Sean Ghazi dan Liza Hanim

Konsert ini akan membawa penonton menelusuri masa, mengimbau nostalgia dan menggali falsafah P. Ramlee dalam berkarya, terutama dalam mencipta lagu.

Antara lagu di dalam konsert ini yang pasti mengajak penonton menyanyi bersama ialah Ingin Tahu, Berkorban Apa Saja, Engkau Laksana Bulan, Malam Bulan Dipagar Bintang, Gelora dan Madu Tiga.

“Saya sangat menghormati dan mengagumi Allahyarham Tan Sri P. Ramlee, terutamanya di atas sumbangan dan pencapaian luar biasa dalam bidang muzik. 

“Semasa remaja, saya meluangkan masa malam Jumaat selama bertahun-tahun (terima kasih RTM) dengan memasuki ke alam filem P. Ramlee yang indah. 

“Rangkaian muzik ciptaannya yang luar biasa, telah memberi inspirasi dan impak yang besar terhadap muzik saya hari ini. 

“Legasi P. Ramlee terus menjadi sumber inspirasi kepada ramai pihak dan sudah pasti, ia meninggalkan kesan yang takkan dilupakan oleh persada muzik Malaysia,” kata  Aubrey Suwito.

Audrey Suwito
Audrey Suwito

Konsert ini turut  mendapat sokongan Kementerian Komunikasi dan Digital (KKD) menerusi Dana Kandungan Digital (DKD) Industri Muzik - myCreative Ventures serta rakan-rakan penaja seperti PJ Performing Arts Centre (PJPAC), Cantuman Wawasan dan Bon Fashion Legacy Sdn. Bhd.

Patricia Gui dan Hamidon Ab. Hamid, selaku penerbit yang berpengalaman lebih 30 tahun di dalam pengurusan seni persembahan baik tempatan mahu pun antarabangsa, berpendapat bahawa DKD– myCreative Ventures yang diterima untuk menerbitkan konsert ini merupakan sebuah galakan daripada KKD kepada penggiat seni persembahan dan muzik tanahair agar terus kekal berkarya setelah berada di dalam ‘era gelap’ sepanjang dan setelah Pandemik COVID-19.

“Tan Sri P. Ramlee adalah seorang ikon. Apa lagi yang boleh kita katakan? Dedikasinya terhadap seni sungguh menakjubkan dan memukau. Ini menunjukkan bakat dan penguasaannya yang sangat tinggi dalam bidang muzik dan filem. 

“Tahun 2023 merupakan genap 50 tahun beliau meninggalkan kita. Namun, muzik dan filem-filemnya akan sentiasa kekal dalam hati dan fikiran kita selama-lamanya.

“Dengan mengadakan konsert ini, kami berharap generasi muda akan menyedari impak yang telah Tan Sri P. Ramlee tinggalkan bukan sahaja untuk kita tetapi juga untuk negara. 

“Kami mengetengahkan lagu-lagu daripada filem yang pernah dimenanginya di peringkat tempatan dan antarabangsa. Lirik dari lagu-lagunya dan dialog dalam filem-filemnya yang tak lapuk dek zaman kerana mampu menyentuh realiti hari ini,” kata mereka.

Harga tiket Konsert P. Ramlee - Signature A Minor 7 adalah RM125.00 (atas), RM155.00 (biasa) dan RM205 (premium). Untuk sebarang pembelian tiket boleh beli di halaman www.onetix.com.my atau boleh hubungi Ann Nurbaya di 019-330 8133 dan/atau Wani di 013-628 7485 sekiranya membeli tiket secara pukal (10 tiket ke atas). – Getaran, 13 Jun 2023.

Sorotan

1

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

2

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

3

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

4

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

5

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

6

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

Disyorkan untuk anda

Selebriti 7 jam yang lalu

M Nasir Fail Saman Lebih RM5 Juta Terhadap Grab Malaysia

oleh Rahayu MN

Selebriti 1 hari yang lalu

Aghniny Terima Tawaran Filem Khadam Sebagai Penghargaan Buat Ibu

Aghniny yang membuat penampilan sulung dalam filem Malaysia menerusi watak Melor, berkata tema keibuan yang diangkat dalam filem itu mempunyai kaitan rapat deng...