web statsweb stats

Berita Terkini

4 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 4 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Bunga Jadi Pilihan Coldplay, Bakal Beraksi sebagai Artis Pembuka Tirai Dalam Siri Konsert Jelajah Mereka Di Malaysia 

Perkara itu telah diumumkan sendiri oleh Coldplay dan Bunga adalah sebahagian daripada artis undangan yang akan ditampilkan band muzik pop rock British dalam siri konsert jelajah mereka di Asia. 

Muzik Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 13 Jun 2023 10:09AM

Raqeem (kanan) merakamkan ucapan tahniah kepada Bunga Isme yang akan beraksi sebagai artis pembuka tirai dalam konsert Coldplay: Music Of The Spheres World Tour di Malaysia pada November ini. - Gambar Instagram Raqeem Brian

oleh

Zara Sofea

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia siapa yang tahukan? Itulah peribahasa tepat yang dapat disimpulkan terhadap gadis rapper tempatan berhijab iaitu Bunga Isme. 

Selepas menarik perhatian media antarabangsa seperti The New York Times dan Bloomberg kerana menjadi rapper wanita pertama yang berhijab dan berbaju kurung, kini Bunga Isme pula jadi pilihan Coldplay untuk beraksi sebagai artis pembuka tirai dalam siri konsert jelajah mereka Coldplay: Music Of The Spheres World Tour di Malaysia. 

Perkara itu telah diumumkan sendiri oleh Coldplay dan Bunga adalah sebahagian daripada artis undangan yang akan ditampilkan band muzik pop rock British dalam siri konsert jelajah mereka di Asia. 

Selain Bunga, artis lain yang bakal beraksi adalah Yoasabi (Tokyo, Jepun), Accusefive (Kaohsiung, Taiwan) dan Rahmania Astrini (Jakarta, Indonesia). 

Seorang wakil daripada label antarabangsa itu iaitu Raqeem Brian dalam hantarannya di Istagram telah memaklumkan pemilihan Bunga sebagai artis pembuka tirai Coldplay. 

“Tahniah Bunga Isme kerana terpilih sebagai artis pembuka tirai Coldplay.  Anda benar-benar layak. Sentiasa bangga melihat sejauh mana pencapaian anda pada usia yang muda. Teruskan mencapai impian,” katanya. 

Seorang lagi wakil daripada Warner Music Malaysia memberitahu Getaran, pihak mereka juga teruja apabila Bunga menjadi artis lokal pilihan Coldplay untuk beraksi di dalam konsert mereka. 

“Rezeki Bunga. Alhamdulillah.  Langkah seterusnya adalah pemilihan lagu yang bakal dibuat untuk persembahan konsert tersebut,” katanya. 

Seeorang wakil daripada label antarabangsa itu iaitu  Raqeem Brian dalam hantarannya di Istagram telah memaklumkan pemilihan Bunga sebagai artis pembuka tirai Coldplay. 

“Tahniah Bunga Isme kerana terpilih sebagai artis pembuka tirai Coldplay.  Anda benar-benar layak. Sentiasa bangga melihat sejauh mana pencapaian anda pada usia yang muda. Teruskan mencapai impian,” katanya. 

Konsert Coldplay: Music Of The Spheres World Tour akan diadakan di Stadium Nasional Bukit Jalil pada 22 November ini.
Konsert Coldplay: Music Of The Spheres World Tour akan diadakan di Stadium Nasional Bukit Jalil pada 22 November ini.

Bunga atau nama sebenarnya Noor Ayu Farini Mohd Bakhari, 23, mula dicungkil bakatnya menerusi program 16 Baris cetusan Joe Flizzow di platform YouTube dan klip videonya melakukan rapping di dalam program tersebut meraih jumlah tontonan sebanyak 14 juta. 

Rapper dan pencipta lagu kelahiran Slim River perak ini kemudian dilamar label Warner Music Malaysia untuk menjadi artis naungan mereka. Bersama label tersebut, Bunga telah menghasilkan lebih daripada 10 singles termasuk beberapa single hits. 

Antaranya Intan Payung yang menyaksikannya berkolaborasi dengan Ratu Pop Etnik Malaysia, Noraniza Idris dan Belai (duet bersama Amysar Lee)  

Lagu Intan Payung yang yang juga merupakan ciptaan Bunga bersama Luca Sickta ini turut berjaya menempatkan dirinya sebagai salah seorang finalis akhir Anugerah Juara Lagu pada 2021 

Bunga juga pernah berkolaborasi dengan artis antarabangsa seperti Pink Sweat$ pada tahun lalu menerusi lagu I feel Good serta turut sama mempersembahkan lagu itu bersama artis antarbangsa tersebut dalam konsert persembahan Good Vibes Weekender di Surf Beach, Sunway Lagoon. 

Selain itu, Bunga turut menceburkan diri dalam bidang lakonan. Selain drama, dia juga tampil sebagai teraju utama dalam filem Aku, Bunga arahan Kabir Bhatia pada 2020. 

Bunga bakal beraksi di konsert Coldplay: Music Of The Spheres World Tour di Malaysia di Stadium Nasional Bukit Jalil pada 22 November akan datang.

Tiket menyaksikan konsert ini bagaimanapun telah habis dijual. - Getaran, 13 Jun 2023 




 

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Selebriti 1 hari yang lalu

Aghniny Terima Tawaran Filem Khadam Sebagai Penghargaan Buat Ibu