web statsweb stats

Berita Terkini

4 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 4 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


“Saya Percaya Belum Terlambat Untuk Dikenali Di Pentas Antarabangsa Pada Usia 44 Tahun" - Siti Nurhaliza 

Siti Nurhaliza bakal membawa dua lagu dan salah satunya adalah lagu popular yang masih lagi dirahsiakan dalam Konsert David Foster &  Friends Asia 2023 di Mega Star Arena pada 7 Ogos depan. 

Muzik Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 12 Jun 2023 2:00PM

Siti Nurhaliza - Gambar Instagram

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Bakal kembali beraksi sepentas dengan penyanyi legenda, David Foster dalam konsert yang digelar David Foster & Friends Asia 2023, ikon negara Datuk Seri Siti Nurhaliza akan menyampaikan sebuah lagu ciptaan penyanyi berkenaan dan sebuah lagu popularnya yang masih lagi dirahsiakan. 

Menurut Siti atau nama sebenarnya, Siti Nurhaliza Tarudin, 44, dia diberi kesempatan mendendangkan dua buah lagu yang pastinya bergenre balada.

“Kali ini dua lagu. Satu lagu milik saya sementara satu lagi lagu David Foster. Dan bertuahnya saya apabila diberi peluang untuk memilih lagu David Foster untuk didendangkan kelak.

“Cuma buat masa ini, biar saya simpan dulu apa lagu yang bakal dibawa. Namun apa yang pastinya adalah, lagu saya lagu balada,” katanya kepada Getaran.

Siti turut berkongsi bahawa, bukan hanya satu lokasi iaitu Malaysia yang dijadualkan berlangsung pada 7 Ogos di Mega Star Arena, dia turut menjadi pilihan David Foster untuk menghiburkan peminat di Singapura pada 8 Ogos depan.

“Ini bagaikan impian jadi kenyataan. Saya akan menyanyi bukan hanya di Malaysia tetapi juga Singapura.

“Sebenarnya ia akan menjadi persembahan kedua saya bersama David Foster. Saya pernah bekerjasama dengan beliau sekitar sembilan tahun lalu menerusi acara Formula One.

“Sejak itu, saya berdoa janganlah ia menjadi kerjasama pertama dan terakhir. Dan setelah tidak berkesempatan menerima lamaran beliau untuk membuat persembahan bersama di Indonesia sejak beberapa tahun, kini rezeki saya akhirnya datang,” ujarnya.

Dalam pada itu, ditanya pandangannya mengenai Foster, Siti berkata, dia mula meminati David Foster ketika diperkenalkan oleh komposer, Allahyarham Datuk Adnan Abu Hassan pada awal pembabitannya dalam industri muzik pada usia 16 tahun.

Katanya, dari situ juga dia mula meminati David Foster dan juga penyanyi terkenal, Celine Dion.

“Saya merakamkan lagu popular Celine, 'The Colour Of My Love' dalam album kedua kerana itu lagu ciptaan David Foster yang paling diminati,” ujarnya.

Tambah Siti lagi, dia bersyukur dan rasa bertuah malah percaya ini adalah platform terbaik menunjukkan bakat apatah lagi dalam kebangkitan ramai penyanyi muda yang bagus dan berbakat.

Jelasnya, dirinya masih  belum dikenali di peringkat antarabangsa, dan dia percaya peluang sepentas penerbit dan komposer terkenal ini mampu membuka ruang untuk dikenali di peringkat antarabangsa.

“Berkongsi pentas dengan Foster adalah impian setiap artis. Saya juga berasa diri ini sangat kecil apabila tengok senarai artis hebat yang terbabit dalam konsert ini.

“Saya sedar diri belum dikenali di peringkat antarabangsa dan hanya dikenali di Asia. Namun, saya percaya belum terlambat untuk dikenali di pentas antarabangsa pada usia 44 tahun,” kongsinya.

Peminat boleh mendapatkan tiket dengan harga RM288, RM688, RM788 dan RM988 di laman sesawang di www.myticket.asia – Getaran, 12 Jun 2023


 

Berita Berkaitan

1

Muzik 11 bulan yang lalu

Tiket Konsert Violet Skies: Dato' Sri Siti Nurhaliza Live In Arena Of Stars Masih Boleh Dibeli

2

Selebriti 1 tahun yang lalu

Artis Digesa Lebih Peka Isu Kemanusiaan Selepas Konsert Siti Nurhaliza

3

Selebriti 1 tahun yang lalu

BDS Malaysia Kecewa Dengan Dato’ Sri Siti Nuhaliza

4

Video & Galeri 2 tahun yang lalu

Nyanyian Duet Tengku Ampuan Pahang, Datuk Sri Siti Nurhaliza Pikat Tetamu

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Selebriti 1 hari yang lalu

Aghniny Terima Tawaran Filem Khadam Sebagai Penghargaan Buat Ibu