web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Saujana Akui  Dek Kerana Penangan Siti Nordiana, Lagu Keluarga Bahagia Trending Di Tangga Ke-12 Di YouTube 

Sejak muzik videonya mula dilancarkan di platform YouTube pada 24 Mac lalu, lagu Keluarga Bahagian yang dipersembahkan Siti Nordiana bersama Saujana itu telah meraih tontonan sebanyak 166,724.

Muzik Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 31 Mar 2023 7:18PM

Siti Nordiana dan kumpulan Saujana telah berkolaborasi untuk merakamkan semula lagu Keluarga Bahagia.

oleh

Ellyna Ali

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Percaturan Siti Nordiana untuk merakamkan semula lagi Keluarga Bahagia bersama kumpulan Saujana nampaknya membuahkan hasil. 

Sejak muzik videonya mula dilancarkan di platform YouTube pada 24 Mac lalu, lagu nyanyian asal Saujana yang diberikan susunan muzik baharu dengan suntikan elemen pop itu telah pun menjadi trending apabila berjaya menduduki tangga ke-12 dengan tontonan sebanyak 166,724. 

Salah seorang penyanyi Saujana, Suffian Amrin berkata, mereka sendiri tidak menyangka lagu kolaborasi bersama Siti Nordiana yang mesra disapa sebagai Nana itu akan menjadi trending. 

“Kami memang terkejut dan tak sangka. Sebab geng nasyid dah lama tak dapat trending. Tiba-tiba, bila rakam lagu dengan Nana, dapat trending. 

“Sebenarnya dari dulu lagi, kami (Saujana) nak rakamlah semula lagu itu. Tapi, bila pasukan Nana tawarkan pada kita untuk berkolaborasi menerusi lagu itu, kita terima dan cuba. 

“Tidak sangka pula menjadi. Memang boleh dikatakan Nana adalah faktor lagu ini menjadi trending. Sebab kalau tengok komen-komen di YouTube pun, kebanyakannya datang daripada kelompok peminat Nana. 

“Kebanyakan mereka memberikan komen yang positif dan sangat menyukai kolaborasi kami bersama. Bahkan, mereka sendiri akui bahawa suara Dr Idzu iaitu penyanyi utama Saujana yang membawakan lagu Keluarga Bahagia dengan Nana ini sangat sesuai, sangat harmoni dan sekata. 

“Ada juga komen yang mengatakan mereka lebih sukakan versi asal. Memanglah, sebab versi asal adalah versi yang asli. Tapi, kita pun tak mahu buat benda yang sama dan tidak bermaksud kita buat versi baharu ini, kita mahu jatuhkan versi yang asal,” katanya. 

Kumpulan Saujana menyifatkan Siti Nordiana sebagai faktor lagu Keluarga Bahagia menjadi trending.
Kumpulan Saujana menyifatkan Siti Nordiana sebagai faktor lagu Keluarga Bahagia menjadi trending.

Menurut Suffian lagi, sebetulnya, mereka sendiri tidak menyangka bahawa Nana merakamkan semula lagi Keluarga Bahagia dan berkolaborasi dengan mereka. 

“Tapi, saya sendiri secara peribadi sudah lama kenal Nana. Kami kenal waktu sama-sama pergi ke Gaza kira-kira 10 tahun yang lalu. Jadi, bila dia offer untuk berkolaborasi, kami anggap ia satu tawaran daripada seorang rakan. 

“Sebenarnya, kami sangat terbuka untuk mengadakan kolaborasi dengan mana-mana rakan artis. Tidak kisahlah sama ada kolaborasi itu melibatkan lagu Saujana yang dirakamkan semula mahu pun lagu baharu. Kami tak kisah. Kami okey,” katanya lagi. 

Sebelum Keluarga Bahagia versi baharu ini dilancarkan, Saujana sendiri sebenarnya sudah muncul dengan lagu Sepohon Kayu 25 yang dirakamkan semula dengan versi baharu dan dilancarkan di platform YouTube pada 27 Januari lalu. Namun, ia tidak mencapai status trending seperti mana Keluarga Bahagia. 

Siti Nordiana bersama Dr Idzu.
Siti Nordiana bersama Dr Idzu.

Mengulas keadaan tersebut, Suffian berkata, lagu Sepohon Kayu 25 itu sebenarnya dirakamkan semula untuk menyambut ulang tahun ke-25 Saujana berada di dalam industri muzik rakaman tanah air. 

“Manakala, Keluarga Bahagia boleh dianggap sebagai ulang tahun Saujana yang ke-26. Lagipun pada April ini, Saujana akan menyambut ulang tahun yang ke-26. 

“Sepohon Kayu adalah lagu masterpiece Saujana. Kami mula naik dan dikenali ramai menerusi lagu tersebut, manakala Keluarga Bahagia adalah sebuah lagi susulan lagu hits kami. Tapi, bila ia dirakamkan semula bersama Nana, ia jadi sangat lain. Alhamdulillah,” katanya. 

Suffian berkata lagi, sejak menjayakan konsert sulung mereka iaitu Konsert Saujana 25 di Zepp Kuala Lumpur baru-baru ini, disusuli dengan kemunculan lagu Keluarga Bahagia yang menjadi trending, jadual kerjaya muzik mereka sudah mula padat. 

Untuk kolaborasi Kumpulan Siti Nordiana dan Saujana menerusi lagu Keluarga Bahagia ini, hanya empat anggota sahaja yang terlibat iaitu Azalinor, Zuhaidi (Adi), Dr Idzu serta Suffian.
Untuk kolaborasi Kumpulan Siti Nordiana dan Saujana menerusi lagu Keluarga Bahagia ini, hanya empat anggota sahaja yang terlibat iaitu Azalinor, Zuhaidi (Adi), Dr Idzu serta Suffian.

“Dah lama sangat kami ini ‘suam’, tiba-tiba terkejut pula sekarang bila sibuk kena penuhi komitmen di sana sini. Sampai kami sendiri jadi tak larat. 

“Tapi, bila tengok sendiri komitmen yang diberikan Nana apabila dapat memenuhi semua wawancara radio, kami sendiri jadi rasa ‘respect’ dengan dia. Memang komitmen Nana sangat dahsyat sebab itulah dia mampu bertahan lama di dalam industri ini. 

“Kami juga ‘respect’ dengan pasukan Nana dan pasukan label Seventeen Eleven Music  yang menerbitkan lagu kolaborasi Nana dengan kami ini kerana cara kerja mereka sangat cekap. 

“Bila dapat semula tumpuan dan perhatian, kami rasa macam jadi macam dulu-dulu balik. Malah, rasanya tumpuan dan perhatian yang diberikan ini lebih besar jika dibandingkan dengan dahulu. 

“Geng nasyid sendiri pun terkejut sebab mereka dapat lihat sendiri impak kami selepas buat konsert sulung kami. Harapan kami supaya apa yang kami lalui ini akan dapat membakar semula semangat mereka untuk membuat semula come back di dalam industri ini,” katanya lagi.

Saujana dianggotai Suffian Amrin, Azalinor Abdul Rahman dan Ahmad Zuhaidi Abd Aziz yang masih bergiat aktif di dalam industri ini,  manakala empat ahli asal yang lain iaitu Dr Khairul Idzwan (Dr Idzu) , Dr Faizul Hizal Ghazali, Mohd Hakimi Harun dan Wan Najran Wan Noh terlibat dalam bidang kerjaya profesional masing-masing. 

Untuk kolaborasi Nana dan Saujana menerusi lagu Keluarga Bahagia ini, hanya empat anggota sahaja yang terlibat iaitu Azalinor, Zuhaidi (Adi), Dr Idzu serta Suffian sendiri. – Getaran, 31 Mac 2023 

Sorotan

1

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

2

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

3

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

4

Retorik Eksklusif MB Johor Khianati Rakyat, Dedah Hipokrasi Politik UMNO

5

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

6

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

Disyorkan untuk anda

Filem & TV 6 jam yang lalu

RM12 Juta Dalam 11 Hari! ‘Polong’ Terus Hantui Pawagam Seluruh Negara

oleh Rahayu MN