web statsweb stats

Berita Terkini

7 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 7 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Single Baharu Suki Low Tiada Kaitan Dengan Isu Curang

Suki Low berkata perancangan untuk melancarkan single tersebut sudah lama dibuat dan ia tiada kaitan dengan mana-mana individu atau pun situasi.

Muzik Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 07 Feb 2023 8:54PM

Suki Low

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

“Single baharu ini hanya membawa kisah hidup komposernya, bukan berkait dengan isu kecurangan kisah mana-mana pasangan”.

Demikian kata penyanyi Suki Low, ketika diminta mengulas mengenai single ‘Bahagia Yang Sebentar’ yang hangat diperkatakan dendangannya ada kaitan dengan kisah kecurangan dalam pasangan berkaitan.

Menurutnya, lagu baharunya yang berjudul ‘Bahagia Yang Sebentar’ adalah jalan cerita yang dipaparkan dalam lagu itu dan ia berdasarkan pengalaman komposernya, Shila Amzah.

Jelas Suki Low atau nama sebenar, Low Sook Yee, 33, perancangan untuk melancarkan single tersebut sudah lama dibuat dan ia tiada kaitan dengan mana-mana individu atau pun situasi.

“Tidak pernah terfikir pula ada yang anggap begitu. Kalau tidak terfikir, itu maknanya, bukanlah niat asal kami.

“Kalau kita baca liriknya, tidak adalah menjurus ke arah kisah yang diperkatakan. Bagi saya, Shila merupakan individu yang sangat terbuka dan pernah berkongsi kisah hidupnya dengan saya, apa yang dilakukan dan kami selalu berhubung.

“Apabila Shila beri lagu ini kepada saya untuk dinyanyikan, saya bertanya kepadanya adakah dia serius memandangkan liriknya berkaitan dengan kehidupan peribadinya.

“Shila bagaimanapun tetap menyuruh saya menyanyikan lagu itu kerana dia sudah pun ‘moved on’ dan enggan mengenang kembali apa yang sudah berlaku,” katanya kepada Getaran.

Suki Low berkata demikian pada majlis sidang media mempromosikan single ‘Bahagia Yang Sebentar’ di ibu negara, baru-baru ini.

Jelas Suki Low lagi, bagi dirinya, lagu ‘Bahagia Yang Sebentar’ ini adalah mengenai kehilangan.

“Kehilangan yang dimaksudkan dalam lirik lagu itu bukan hanya kepada perkara tertentu atau berkaitan dengan percintaan sahaja, malah dalam ahli keluarga dan juga rakan-rakan.

“Lagu ini mengisahkan berkenaan kehilangan seseorang, jadi sesiapa yang pernah melalui fasa atau situasi kedukaan dalam kehidupan mereka pasti akan tersentuh ketika mendengarnya,” ujarnya.

‘Bahagia Yang Sebentar’ adalah berdasarkan pengalaman komposernya, Shila Amzah.
‘Bahagia Yang Sebentar’ adalah berdasarkan pengalaman komposernya, Shila Amzah.

Berkongsi lanjut, Suki Low berkata, dia terharu apabila Shila memberikan lagu ini kepadanya.

“Sejujurnya, saya tidak sangka dan terharu apabila mendapat lagu ini daripada Shila. Saya terima demo lagu ini daripada Shila sehari selepas program Gegar Vaganza musim kelapan (GV8) berakhir, tetapi baru sempat nak rakam pada awal Januari lalu.

“Jadi saya berbesar hati kerana diberi kepercayaan oleh Shila untuk menerima single ini, bagi saya dia bukan hanya penyanyi tetapi juga komposer yang bagus.

“Saya berharap lagu ini dapat diterima ramai serta dapat menemani pendengar yang melalui fasa kehilangan dan menyembuhkan hati duka.

Bagi saya, muzik boleh menyembuh dan memberi semangat dan saya berharap lagu ‘Bahagia Yang Sebentar’ dapat mencapai tujuan itu,” katanya. - Getaran, 7 Februari 2023

Sorotan

1

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

2

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

3

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

4

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

5

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

6

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

Disyorkan untuk anda

Selebriti 1 jam yang lalu

M Nasir Fail Saman Lebih RM5 Juta Terhadap Grab Malaysia

oleh Rahayu MN

Selebriti 1 hari yang lalu

Aghniny Terima Tawaran Filem Khadam Sebagai Penghargaan Buat Ibu

Aghniny yang membuat penampilan sulung dalam filem Malaysia menerusi watak Melor, berkata tema keibuan yang diangkat dalam filem itu mempunyai kaitan rapat deng...