web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Siti Nurhaliza Bakal Berduet Lagu Tamil Bersama AR Rahman

Penyanyi nombor satu negara ini telah diundang sendiri oleh AR Rahman untuk berduet bersamanya di Konsert AR Rahman yang akan berlangsung di Stadium Nasional Bukit Jalil pada Sabtu ini.

Muzik Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 27 Jan 2023 4:20PM

Siti Nurhaliza dan AR Rahman bakal berduet dalam konsert AR Rahman di Stadium Nasional Bukit Jalil, Sabtu ini. - Gambar Instagram

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Penyanyi nombor satu negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza bakal berduet bersama legenda dari India iaitu AR Rahman menyanyikan sebuah lagu bahasa Tamil di konsert AR Rahman yang akan berlangsung di Stadium Nasional Bukit Jalil pada Sabtu ini.

Menurut Siti, AR Rahman merupakan idolanya dan mereka pernah bertemu beberapa tahun lepas sewaktu kujungan AR Rahman ke Kuala Lumpur.

“AR Rahman pernah datang ke rumah saya beberapa tahun lepas sebelum pandemik. Ketika itu beliau hadir ke Malaysia untuk melakukan konsert. Saya ada hubungi pihak penganjur untuk menjemput beliau ke rumah saya. Tak sangka pula dia jawab. Sejak dari itu kami sering berbalas emel mengenai perkembangan masing-masing. 

“Dan, bila dia kembali untuk buat konsert di sini pada tahun ini, beliau ada tanya saya sama ada saya ada di Malaysia atau pun tidak. Kemudian dia mempelawa saya untuk berduet bersamanya pada konsert itu nanti. Saya pun apa lagi, ibarat pucuk dicita, ulam mendatang,” katanya yang masih merahsiakan lagu yang bakal dinyanyikannya nanti. 

Siti Nurhaliza - Gambar Instagram
Siti Nurhaliza - Gambar Instagram

Kongsi Siti lagi, sebagai persediaan untuk menyanyikan lagu bahasa Tamil, dia turut belajar cara sebutan yang betul bersama rakan kepada suaminya. 

Kawan baik Datuk K berbangsa India, dia datang membantu saya di rumah untuk belajar sebutan dengan betul. Lebih kurang tiga hari juga waktu yang diambil untuk saya betul-betul dapat menyanyikan bait-bait lirik bahasa Tamil dengan betul. 

Selain daripada belajar sebutan bahasa Tamil dengan betul, Siti juga giat berlatih untuk mendapatkan kembali stamina setelah lama berehat daripada menyanyi.

“Memang karat juga. Lama saya berehat daripada menyanyi. Waktu cuti sebulan tu memang saya enjoy sahaja. Berjalan, makan dan luangkan masa dengan anak-anak. Memang saya tak menyanyi langsung. 

“Sekarang barulah nak warm up balik terutamanya untuk konsert ini. Saya kena polish balik sebab untuk lagu Tamil ini banyak nada tinggi yang menggunakan head voice. Saya kena betulkan balik stamina saya. In Sha Allah, saya cuba,” kongsinya.

Selain terlibat dengan konsert bersama AR Rahman, Siti juga bakal terlibat dengan Konsert Malam Bulan Bintang pada 4 Mac ini disamping beberapa lagi penyanyi terkenal seperti Datuk M Nasir, Faizal Tahir, Alif Satar & The Locos, Raihan, Opick, Salammusik dan Sabyan. – Getaran, 27 Januari 2023

Berita Berkaitan

1

Muzik 11 bulan yang lalu

Tiket Konsert Violet Skies: Dato' Sri Siti Nurhaliza Live In Arena Of Stars Masih Boleh Dibeli

2

Video & Galeri 2 tahun yang lalu

Nyanyian Duet Tengku Ampuan Pahang, Datuk Sri Siti Nurhaliza Pikat Tetamu

3

Selebriti 2 tahun yang lalu

Siti Nurhaliza Bagi Maklum Balas Terhadap Saranan Mufti Pulau Pinang

4

Muzik 2 tahun yang lalu

Tiket Konsert Siti Nurhaliza Licin Dijual Dalam Masa 2 Jam

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

3

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

4

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

5

Retorik Eksklusif MB Johor Khianati Rakyat, Dedah Hipokrasi Politik UMNO

6

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

Disyorkan untuk anda

Filem & TV 1 hari yang lalu

RM12 Juta Dalam 11 Hari! ‘Polong’ Terus Hantui Pawagam Seluruh Negara

oleh Rahayu MN

Selebriti 3 jam yang lalu

Aghniny Terima Tawaran Filem Khadam Sebagai Penghargaan Buat Ibu

Aghniny yang membuat penampilan sulung dalam filem Malaysia menerusi watak Melor, berkata tema keibuan yang diangkat dalam filem itu mempunyai kaitan rapat deng...