web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Penganjur Festival Muzik EDM, KLWP 2023 Janji Pastikan Keselamatan Dan Tiadanya Penggunaan Dadah 

KLWP 2023 tampilkan lima deejay-produser terkemuka dari Australia Will Sparks, Archilles, Krunk, Lister dan Uberjackd serta deejay-produser tempatan, Chukiess dan Whackbhoi serta DJ Yonn bersama penyanyi EDM, Amin Salmee. 

Muzik Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 06 Jan 2023 7:04PM

5 deejay-produser terkenal dunia dari Australia bakal beraksi di festival Konsert Kuala Lumpur Warehouse Project (KLWP) 2023, Bukit Kiara Indoor Arena pada 14 Januari ini - Gambar Pouch Nation

oleh

Ellyna Ali

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Biarpun muzik Electronic Dance and Music (EDM) masih lagi belum diiktiraf sepenuhnya di dalam industri muzik tanah air, namun ia ternyata mempunyai kelompok peminat muzik yang besar di negara ini. 

Ini juga antara sebab mengapa, penganjur acara, Leo Global Link, sanggup menampilkan lima deejay-produser terkenal dunia dari Australia untuk beraksi di festival muzik, Konsert Kuala Lumpur Warehouse Project (KLWP) 2023  di Bukit Kiara Indoor Arena pada 14 Januari ini.

Kelima-lima deejay-produser tersebut adalah Will Sparks, Achilles, Krunk, Lister dan Uberjackd dan sebahagian daripada mereka mempunyai profil cukup besar beraksi dalam festival-festival muzik EDM berpengaruh di merata dunia. 

Turut diketengahkan dalam festival muzik ini adalah deejay-produser tempatan yang cukup dikenali di peringkat antarabangsa, Chukiess dan Whackbhoi serta DJ Yonn yang namanya sedang meningkat naik dalam arena EDM serta penyanyi rakaman EDM antarabangsa dan penulis lagu, Amin Salmee. 

Amin Salmee - Gambar Papa Din
Amin Salmee - Gambar Papa Din

Pengerusi Leo Global Link, Datuk Muthalagan Sangaralingam berkata, KLWP 2023 bakal memulakan semula EDM di Malaysia selepas tiga tahun pandemik melanda yang telah membuatkan industri ini terhenti dan menghalang artis antarabangsa keluar dari negara ini

“Ia merupakan satu perjalanan yang telah lama ditunggu-tunggu di Malaysia terutamanya bagi peminat yang gemarkan muzik melantun, tekno, rave dan hard dance. 

"Kami bertuah kerana mempunyai beberapa pengeluar deejay terbaik di dunia dan menghiburkan penyokong parti Malaysia yang telah menunggu sedemikian sepanjang masa untuk acara seperti ini berlaku sekali lagi," katanya.

Jelas Muthalagan lagi, pihaknya memang memberi tumpuan kepada deejay-produser daripada Australia untuk festival muzik KLWP 2023.

“Memang ini konsepnya. Sebuah festival muzik dengan deejay-produser daripada negara yang sama dan selepas ini kami akan akan buat konsert-konsert yang seterusnya pula.

“Festival muzik ini boleh memuatkan 4,000 hingga 5,000 penonton dan setakat ini sudah separuh tiket yang terjual dan ia masih lagi berjalan rancak sehingga saat ini,” katanya. 

Namun, menyedari tentang insiden yang tidak diingini yang pernah berlaku di dalam festival muzik EDM sebelum ini, pihaknya turut mengambil langkah berjaga-jaga dengan mengetatkan kawalan keselamatan dan memastikan tiadanya penyalahgunaan dadah atau bahan-bahan terlarang lain dalam KLWP 2023. 

Deejay Yon - Gambar Papa Din
Deejay Yon - Gambar Papa Din

Seorang lagi wakil penganjur iaitu Hisham menjelaskan bahawa mereka telah mendapatkan khidmat 50 orang pengawal keselamatan, anggota polis serta sekumpulan pasukan Rela untuk memastikan langkah keselamatan festival muzik tersebut dapat dikawal. 

“Kita juga sudah berbincang dengan pihak IPD Brickfields dan bekerjasama dengan mereka untuk membuat pemeriksaan badan kepada semua yang hadir pada konsert ini supaya tiadanya penggunaan bahan terlarang dibawa masuk. 

“Memandangkan gejala COVID-19 sudah meningkat semula, kami juga akan pastikan penonton yang masuk nanti sudah mendapatkan vaksin menerusi MySejahtera mereka. 

“Juga kami hanya benarkan konsert ini dihadiri oleh penonton yang berusia 18 tahun dan ke atas. Yang belum cukup umur 18 tahun pada tarikh festival muzik ini pun, kita tak benarkan mereka masuk. Mereka kena datang bawa kad pengenalan. 

“Untuk pembelian tiket pula, kita letakkan kod bar, jadi tiket hanya boleh digunakan hanya sekali sahaja tetapi mereka bebas untuk keluar masuk dalam stadium tertutup itu. Ini untuk mengelakkan tiket itu disalahgunakan,” katanya. 

Hisham juga memaklumkan bahawa mereka telah mendapatkan kebenaran pihak berkuasa untuk menganjurkan KLWC 2023, namun tempoh masa festival muzik itu hanya dibenarkan berlangsung dari jam 6 petang hingga 12 tengah malam sahaja. 

“Kalau hendak diikutkan kami mahu mulakan festival muzik ini seawal jam 2 petang dan mahu ia berakhir hingga 2 pagi.  

“Tapi, kita terpaksa akur apabila pihak berkuasa hanya benarkan kita adakan festival muzik ini mengikut had tempoh masa yang diberikan,” katanya. 

Tiket kemasukan umum Fasa 1 (pra-jualan) berharga RM168.00 dan VIP tiket (RM 258.00). Tiket kemasukan umum Fasa 2 (pra-jualan) berharga RM 228.00 dan tiket VIP (RM 318.00). Tiket Kemasukan Umum di pintu pada hari konsert (RM258) manakala VIP (RM 358). Tiket e-Parking boleh didapati dari RM 20.00. Tiket boleh didapati di Pouch Nation. - Getaran, 6 Januari 2023

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 minggu yang lalu

Malaysia Kekalkan Prinsip, Selesaikan Semua Konflik Dengan Diplomasi - PM

2

Semasa 2 bulan yang lalu

Anwar Ucap Tahniah Kepada Anutin, Sasar Perkukuh Hubungan Malaysia-Thailand

3

Luar Negara 3 bulan yang lalu

Suspek Kes Pornografi Kanak-Kanak Diekstradisi Ke AS

4

Rencana 4 bulan yang lalu

Detik Malaysia Mendunia Telah Tiba, Kita Mampu Lakukan!

Sorotan

1

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

2

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

3

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

4

Retorik Eksklusif MB Johor Khianati Rakyat, Dedah Hipokrasi Politik UMNO

5

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

6

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

Disyorkan untuk anda

Filem & TV 6 jam yang lalu

RM12 Juta Dalam 11 Hari! ‘Polong’ Terus Hantui Pawagam Seluruh Negara

oleh Rahayu MN