web statsweb stats

Berita Terkini

13 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 13 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


“Kenal Melalui Noh Salleh, Kugiran Masdo Antara Band Terbaik Malaysia” - The Changcuters

Kugiran Masdo juga mendedahkan sudah lama menyimpan hasrat untuk bernyanyi bersama-sama The Changcuters yang sudah dianggap sebagai idola mereka.

Muzik Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 02 Jan 2023 2:02PM

Konsert yang berlangsung di Zepp Kuala Lumpur itu bukan sahaja berjaya merasuk lebih 2,000 pengunjung namun juga melakar sejarah baharu dalam persahabatan antara dua band terkenal ini - Gambar ihsan penganjur konsert

oleh

Wafa Aula

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Selepas enam tahun, band Indonesia The Changcuters bersyukur diberi peluang menjayakan sebuah konsert dan berkongsi pentas dengan rakan pemuziknya, Kugiran Masdo di Malaysia.

Menerusi konsert yang berlangsung di Zepp Kuala Lumpur pada Khamis, ia bukan sahaja berjaya merasuk lebih 2,000 pengunjung namun juga melakar sejarah baharu dalam persahabatan antara dua band terkenal ini. 

The Changcuters
The Changcuters

“Kali pertama mengenal Kugiran Masdo adalah di sebuah festival pada tahun 2016. Noh Salleh daripada kumpulan Hujan yang memperkenalkan kami. Dari situ kami saling mengenali dan mula mendengar lagu-lagu Masdo. Menurut kami, Masdo antara band Malaysia yang memberikan pengalaman muzik yang baik. Kemudian mereka pun sempat tular di Indonesia.

“Sebuah penghormatan untuk melakukan persembahan bersama-sama Masdo,” kata Mohammad Tria Ramadhani yang juga merupakan vokalis The Changcuters. 

Bukan itu sahaja, kumpulan yang terkenal dengan lagu 'Hijrah Ke London' itu sempat merakamkan ucapan terima kasih buat sokongan peminat Malaysia. Kali terakhir mereka membuat persembahan di Malaysia adalah di sebuah festival enam tahun lalu. 

Kugiran Masdo
Kugiran Masdo

“Kami merasakan seperti sudah menjadi sebahagian daripada Malaysia. Kami band yang tidak dinaungi mana-mana syarikat label dan tidak menyangka ada teman-teman di Malaysia yang hafal lagu-lagu kami. 

“Jadi, kami sangat teruja bila mendapat kesempatan beraksi semula di Malaysia,” tambahnya yang menyanyikan 13 lagu pada malam itu.

Bukan itu sahaja, Kugiran Masdo juga mendedahkan sudah lama menyimpan hasrat untuk bernyanyi bersama-sama The Changcuters yang sudah dianggap sebagai idola mereka.

Ali Sariah dan Tria beraksi di atas pentas
Ali Sariah dan Tria beraksi di atas pentas

“Sekarang kami memang sudah menjadi kawan. Tapi kadang-kadang ada juga perasaan starstrucked, tak sangka apa yang kami impikan akhirnya boleh menjadi kenyataan. 

“Peribadi Masdo dan The Changcuters memang ada persamaan, kadang kami rasa macam dah dilahirkan untuk bersama-sama mengenali mereka. Keserasian kami sangat kuat dan senang bekerjasama,” kata Putu Ceri mewakili Masdo.

Masdo membawakan 13 lagu pada malam itu. Kedua-dua band itu kemudian tampil membuat persembahan kejutan menyanyikan lagu 'Janji Manis' dan 'Racun Dunia' sebagai penutup. - Getaran, 2 Januari 2023

Berita Berkaitan

1

Muzik 11 bulan yang lalu

Tiket Konsert Violet Skies: Dato' Sri Siti Nurhaliza Live In Arena Of Stars Masih Boleh Dibeli

2

Muzik 1 tahun yang lalu

Michael Learns To Rock Buai Perasaan Lebih 5,000 Peminat

3

Muzik 1 tahun yang lalu

5 Kumpulan AKB48 Berjaya Himpun Lebih 2,000 Peminat Pada Konsert Pertama Di Malaysia

4

Muzik 1 tahun yang lalu

Ella Memukau, Kini Siap Sedia Terbang ke Singapura

Sorotan

1

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

2

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

3

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

4

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

5

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

6

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

Disyorkan untuk anda

Selebriti 7 jam yang lalu

M Nasir Fail Saman Lebih RM5 Juta Terhadap Grab Malaysia

oleh Rahayu MN

Selebriti 1 hari yang lalu

Aghniny Terima Tawaran Filem Khadam Sebagai Penghargaan Buat Ibu

Aghniny yang membuat penampilan sulung dalam filem Malaysia menerusi watak Melor, berkata tema keibuan yang diangkat dalam filem itu mempunyai kaitan rapat deng...