Berita Terkini

1 minggu yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 1 minggu yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 1 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 2 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 3 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


10 Penyanyi Antarabangsa Paling Laris Sepanjang Zaman

Tidak hanya populariti, dunia hiburan sememangnya menawarkan pulangan lumayan melalui penjualan album. Berikut kami senaraikan 10 penyanyi paling laris sepanjang zaman.

Muzik Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 30 Dec 2022 7:00PM

Madonna, Elton John, Rihanna, Eminem dan Justin Bieber antara artis antarabangsa dengan jualan album paling laris sepanjang zaman. - Gambar fail

oleh

Wafa Aula

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Dari tahun ke tahun, ada banyak bintang dari setiap generasi hadir memeriahkan dunia seni dan hiburan dunia. Namun, hanya segelintir penyanyi sahaja yang cukup persona untuk menjadikan karyanya diingati walaupun berganti masa. 

Tidak hanya populariti, dunia hiburan sememangnya menawarkan pulangan lumayan melalui penjualan album. Berikut kami senaraikan 10 penyanyi paling laris sepanjang zaman bagi rekod tahun 2022.  

Justin Bieber

Dengan jumlah jualan 277.9 Juta, Justin Bieber sememangnya nama berpengaruh dalam industri muzik dunia. Album keempatnya, Purpose, telah mengukuhkan Namanya dalam kalangan pendengar generasi muda. Tiga lagu daripada album itu telah berjaya menempati tangga carta Billboard Hot 100. Namanya terus bersinar melalui lagu Lonely pada tahun 2021. 

Led Zeppelin

Membawakan genre blues-rock dan folk-rock, kumpulan ini juga dianggap pelopor heavy metal. Lagu mereka, Stairway to Heaven kekal menjadi lagu paling berpengaruh dalam sejarah muzik rock dunia. Kebanyakan album mereka juga mencatatkan penjualan terlaris sepanjang zaman dengan jumlah jualan 300 juta. 

Elton John

Seorang komposer, penyanyi dan penghibur yang sangat diingati ketika beraksi di atas pentas.Sir Elton John berjaya mencatat jualan album sehingga 300 juta. Billboard telah meletakkannya sebagai artis  ketiga paling berjaya selepas Madonna dan The Beatles. Sebuah filem bertajuk Rocketman dihasilkan menceritakan perjalanan hidup penyanyi itu.

Madonna 

Juga mencatatkan jualan 300 juta, dia merupakan satu-satunya artis yang dianggap relevan kerana bijak memasarkan namanya untuk kekal diingati. Tidak hanya pemenang Golden Globe, dia juga seorang penulis buku kanak-kanak, pereka fesyen, dan juga pemilik syarikat rakaman Maverick Records. 

Eminem

Mencatatkan penjualan 325.7 juta, Eminem dianggap sebagai penyanyi yang mencipta evolusi dalam dunia rap. Dia kemudian mewujudkan syarikat rakaman Shady Records yang berjaya membolot 15 Anugerah Grammy. 

Rihanna

Rihanna mencatatkan jualan sehingga 334.3 juta apabila album yang ditawarkannya meriah dengan genre pop, R&B, EDM dan hip hop. Sepanjang bergelar penyanyi, dia berjaya mendapat 9 Anugerah Grammy, 13 Anugerah Muzik Amerika dan banyak lagi. Rihanna sempat hiatus seketika dalam bidang nyanyian untuk memberi fokus kepada perniagaan kosmetiknya, Fenty Beauty. 

Michael Jackson

Raja pop dunia ini masih dianggap sebagai manusia paling berpengaruh di abad ke 20 dengan rekod penjualan sehingga 400 juta. Albumnya yang bertajuk Thriller kekal menjadi antara album yang mendapat jualan tertinggi. Dia menghabiskan seluruh usianya dengan menghasilkan muzik yang terbaik, dan diingat.

Drake

Mencatatkan jualan sehingga 413.1 juta, dia dianggap sebagai pemuzik yang berjaya mendekatkan jurang antara aliran muzik arus perdana dan rap. Seperti kebanyakan artis lain, Drake juga mempunyai perniagaan lain seperti menjadi pemilik kepada beberapa syarikat hiburan, fesyen dan minuman whiskey. 

Elvis Presley

Diberi jolokan Raja Rock n Roll, Elvis mencatatkan jualan sehingga 500 juta. Dia mempunyai 24 album studio, 17 runut bunyi, dan membintangi 33 filem Hollywood sepanjang 25 tahun. Dia memegang rekod lagu paling banyak berada dalam senarai Billboard. 

The Beatles

Menduduki carta pertama ialah The Beatles dengan jualan sehingga 600 juta. Sepanjang kerjayanya pada tahun 1960 hingga 1970, kumpulan ini berjaya mencatat banyak rekod, membintangi filem dan menjadi antara lagu paling banyak dinyanyi semula sehingga hari ini.- Getaran, 30 Disember 2022 

Sorotan

1

Sultan Nazrin Dilantik Pengerusi MKI Bagi Tempoh 2 Tahun 

2

Agong, Raja Permaisuri Zahir Penghargaan Kepada Warga Pekerja

3

AstraZeneca Akui Vaksin COVID-19, Covishield Mampu Timbulkan Masalah Darah Beku

4

Saya Perlu Dapatkan Semula Keyakinan Diri - Zii Jia

5

Pelaksanaan Hukuman Sebat Di Khalayak Di Bawah Bidang Kuasa Negeri - Mohd Na'im

6

90 Kes Jenayah Seksual Direkod Di Kelantan Dalam Tempoh 4 Bulan

7

MB Perlis Beri Keterangan Hampir 9 Jam Di SPRM

Disyorkan untuk anda

Selebriti 1 hari yang lalu

"Hentikan Kenduri Selak Kain, Sarah Dan Aliff Sila Berambus Dari Malaysia" - Erma Fatima

oleh Helmi Anuar

Selebriti 1 hari yang lalu

Nora Danish Akui Perkahwinan Dilanda Krisis, Manakala Irma Hasmie Terus Kunci Mulut

Masalah rumahtangga kedua-dua pasangan artis mula dihidu sejak tiada perkongsian mengenai pasangan masing-masing

oleh Wartawan Hiburan Getaran

Muzik 9 jam yang lalu

Masdo Bakal Gegarkan Resorts World Awana Dengan Konsert Percuma 

Bakal berlangsung pada 25 Mei ini, konsert adalah eksklusif untuk ahli Kad Genting Rewards

oleh Rahayu MN

Selebriti 1 jam yang lalu

Jadilah Wanita Yang 'Mahal',  Usah Bergaduh Rebut 'Buaya' - Thalia Baiduri

oleh Sophia Ahmad