web statsweb stats

Berita Terkini

1 hari yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 hari yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Cipta Sejarah Selepas 15 Tahun, Suria FM Kini Radio Nombor 3 Negara Atasi Pesaing Terdekat Hot FM 

Selepas 15 tahun bersiaran di arena radio tempatan, Suria FM kini boleh berbangga dengan pencapaian terbaru mereka apabila berada di kedudukan ketiga sebagai stesen radio yang memiliki paling ramai pendengar.

Muzik Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 18 Nov 2022 12:11PM

Suria berjaya menarik lebih daripada 3.5 juta pendengar sekaligus meletakkan Suria FM di kedudukan ketiga teratas. - Gambar oleh Suria FM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Setelah hampir 15 tahun bertapak di industri radio tanah air, Suria FM kini berjaya melakar sejarah meraih tempat ketiga teratas dengan mencatatkan peningkatan jumlah pendengar mingguan sebanyak 23 peratus atau 140,000 pendengar dalam kalangan lima stesen radio berbahasa Melayu juga secara keseluruhan di antara radio komersial di Malaysia. 

Menurut Pengurus Besar Suria FM, Roslinda Abd Majid atau DJ Lin, keputusan terbaru kaji selidik GFK untuk Wave 2, 2022 ini menjadi satu berita gembira buat seluruh warga kerja Suria FM. 

“Alhamdulillah, keputusan kajian kali ini mencatatkan jumlah pendengar mingguan tertinggi di Suria berbanding kaji selidik sebelumnya dari Wave 2, 2014 sehingga Wave 1, 2022. 

“Usaha, komitmen, formula dan fokus yang tinggi yang diberikan oleh warga Suria telah berjaya menarik lebih daripada 3.5 juta pendengar sekaligus meletakkan Suria FM di kedudukan ketiga teratas dengan mencatatkan peningkatan pendengar mingguan dan pendengar eksklusif tertinggi di antara stesen radio berbahasa Melayu komersial,” katanya.

Gambar oleh Suria FM
Gambar oleh Suria FM

Berdasarkan keputusan terbaru kaji selidik GFK Pengukuran Pendengaran Radio, Wave 2 2022, hampir semua segmen radio di Suria FM catat kenaikan peratusan tertinggi  bagi jumlah pendengar mingguan di antara lima stesen berbahasa melayu komersial. 

Segmen Morning-Morning Suria gabungan terbaru, Ajak, Suraya dan Shuib mencatatkan peningkatan jumlah pendengar mingguan sebanyak 59,000 pendengar berbanding pengukuran (Wave) sebelumnya dan juga peningkatan pendengar eksklusif tertinggi sebanyak 119,000 pendengar di antara stesen berbahasa melayu komersial di slot masa yang sama. 

Segmen Muzik Top Suria kelolaan Cik Piah berjaya meraih jumlah masa mendengar tertinggi (Time Spent Listening) berbanding stesen radio komersial berbahasa Melayu lain iaitu selama 1 jam 34 minit dan segmen Refleksi di Suria juga berjaya mencapai jumlah pendengar mingguan tertinggi sebanyak 168,000 pendengar. 

Manakala segmen-segmen seperti Suria Petang bersama Sharifah Shahirah dan Tyzo, Gaya Suria bersama Cik Piah, Suria Cinta bersama DJ Lin dan Suria Pagi Show bersama Anna J kesemuanya telah mencatatkan trend peningkatan pendengar eksklusif tertinggi di kalangan stesen radio berbahasa Melayu komersial. 

Gandingan Ajak, Suraya dan Shuib dalam segmen Morning-Morning Suria. - Gambar Suria FM
Gandingan Ajak, Suraya dan Shuib dalam segmen Morning-Morning Suria. - Gambar Suria FM

“Terima kasih buat semua, kejayaan ini kami dedikasikan istimewa buat semua pendengar Suria FM yang sentiasa menyokong dan menjadikan Suria FM radio pilihan anda. 

“Kami akan terus berusaha untuk mengekalkan momentum dalam menghasilkan produk serta karya yang kreatif, segar juga menghiburkan. Misi kami seterusnya untuk mendaki ke tangga kedua sekaligus muncul juara bagi keputusan yang mendatang,” tambah DJ Lin.

Mengikut senarai yang dikeluarkan oleh GFK, radio Era masih kekal berapa di kedudukan pertama dan diikuti rapat oleh Sinar yang berada di tangga kedua. Suria FM pula berjaya memeintas Hot FM untuk berada di tangga ketiga sekaligus meletakkan Hot FM di tangga keempat. Di tangga kelima pula menjadi milik stesen radio Gegar. 

Tahniah diucapkan kepada seluruh warga kerja Suria FM. Semoga Suria terus maju dan menjadi pilihan nombor satu pendengar radio di Malaysia. – Getaran, 18 November 2022

Berita Berkaitan

1

Selebriti 1 tahun yang lalu

Tiada Lagi Segmen Suria Cinta, DJ Lin Beri Tumpuan Pada Bidang Pengurusan

2

Muzik 2 tahun yang lalu

Suria FM Duduki Tangga Ke-30 Dalam Carta Penstriman Digital Triton 

3

Selebriti 2 tahun yang lalu

Fizz Fairuz, Chiwan Cilok Dan Kai Hassan Barisan Penyampai Baharu Suria FM

4

Selebriti 2 tahun yang lalu

Penamatan Kontrak Tyzo Diputuskan Pihak Atasan, Bukan DJ Lin

Sorotan

1

Malaysia Destinasi Akhir Pendatang Tanpa Izin Kerana Jaringan Keluarga

2

8 Rumah Musnah, Kebakaran Awal Pagi Di Kuala Perlis 

3

Cubaan Jatuhkan Tok Min, Kerajaan Negeri Tak Boleh Diterima - Anwar

4

SPRM ‘Mengganas’ Lagi, 3 Tokoh Politik Bakal Didakwa Minggu Depan?

5

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

6

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

Disyorkan untuk anda

Selebriti 23 jam yang lalu

M Nasir Fail Saman Lebih RM5 Juta Terhadap Grab Malaysia

oleh Rahayu MN