Berita Terkini

1 hari yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 2 hari yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 1 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 1 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Tiket Konsert Slank Hampir ‘Sold Out’ Walau Bertindih Tarikh PRU-15

Pihak penganjur akui kebanyakan yang membeli tiket konsert Slank bukanlah warganegara Malaysia.

Muzik Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 08 Nov 2022 1:08PM

Slank - Gambar ihsan TBRW Global Sdn Bhd

oleh

Wafa Aula

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Walaupun tarikh konsert bertindih dengan hari Pilihan Raya Umum ke-15, namun ia bukan penghalang untuk peminat menyaksikan konsert kumpulan lagenda rock Indonesia, Slank beraksi di Kuala Lumpur.

Buktinya, tiket Konsert 4 Dekad Slank sudah terjual sehingga 85 peratus memandangkan ia bakal berlangsung pada sebelah malam. Penonton pula masih berkesempatan menunaikan tanggungjawab sebagai pengundi di sebelah siang.

“Ketika semua perancangan untuk konsert sudah dibuat, termasuk soal mendapat pengesahan artis, tiket dan lokasi barulah, tarikh pilihan raya diumumkan. 

“Memandangkan tiket pun sudah 85 peratus terjual, maka kita ambil keputusan untuk teruskan juga konsert ini. Lagipula kebanyakan yang membeli tiket bukanlah warganegara Malaysia.

“Konsert juga diadakan di sebelah malam jadi ia tidak menjejaskan apa-apa proses pengundian. Kita telah mendapat kelulusan pihak berkuasa,” kata Wan Norul Fadly mewakili  penganjur TBRW Global Sdn Bhd.

Bakal berlangsung di Zepp KL pada 19 November ini, Slank ternyata teruja untuk kembali beraksi di Malaysia apalagi bakal membuat persembahan istimewa bersama-sama ratu rock negara, Ella. 

“Banyak artis sudah membuat konsert di Zepp KL. Jadi kami mahu sertai mereka. Kami juga mahu melepaskan rindu peminat di Malaysia. 

“Persembahan kali ini berbeza kerana kami akan mainkan lagu yang belum sempat dipersembahkan di Malaysia sebelum ini. Bagi membuat persediaan ke Malaysia, kami minta kepada pengurus untuk mengosongkan sedikit jadual kami. 

“Menariknya untuk kali ini, ratu rock Ella turut akan membuat persembahan. Ini juga permintaan kami kepada penganjur untuk mengadakan kolaborasi bersama artis tempatan dan kami memilih Ella. Kami akan menyanyikan lagu lama yang diberi nafas baru,” kata Kaka mewakili Slank. 

Kali terakhir Ella dan Slank beraksi sepentas adalah ketika menghadiri sebuah konsert pada tahun 2014. 

Pada konsert itu, Slank yang popular dengan lagu ‘Ku Tak Bisa’ itu bakal mendendangkan rangkaian lagu-lagu popular sepanjang 40 tahun dalam industri muzik.

Slank yang dianggotai Kaka selaku vokalis, Bimbim (dram), Abdee Negara (gitar), Ridho (gitar) dan Ivanka (bass) pernah merangkul pelbagai anugerah. Antaranya Album Rock Terbaik, Anugerah Musik Indonesia dan Anugerah Most Favorite Band, Anugerah MTV Indonesia.

Ditubuhkan pada 26 Disember 1983 di Jakarta dengan gelaran Gang Potlot, Slank muncul dengan album Suit-suit.. Hehehe (Gadis Sexy) pada 1990.

Sehingga kini, Slank menghasilkan 24 album dan pernah muncul dengan beberapa album runut bunyi seperti Get Married, Get Married 2 dan Generasi Biru The Movie.

Tiket-tiket dijual dengan harga (early bird) Cat 4 (RM298), Cat 3 (RM398), Cat 2 (198) dan Cat 1 (238) harga biasa (normal) Cat 4 (RM318), Cat 3 (RM418), Cat 2 (218) dan Cat 1 (258) bermula Jumaat, 23 September di https://www.ticket2u.com.my. - Getaran, 8 November 2022

Sorotan

1

Tragedi Helikopter TLDM : Jasad Mendiang Joanna Felicia Dikebumikan Di Serian Pagi Ini

2

PRK DUN KKB : Aspek Ekonomi Antara Fokus Kerajaan Perpaduan Sepanjang Kempen

3

Lebih 14,000 Aduan Diterima Menerusi Aplikasi MYJalan Setakat Ini - Ahmad Maslan

4

Pang Sock Tao Calon Kerajaan Perpaduan Bagi PRK Kuala Kubu Baharu

5

KPU Indonesia Isytihar Prabowo, Gibran Presiden Dan Naib Presiden 2024-2029

6

Amalan Pemakanan Tidak Sihat, Kurang Aktiviti Fizikal Punca Utama Obesiti - Dr Dzulkefly

7

642 Pegawai, Anggota Polis Selangor Bertugas Pastikan Kelancaran PRK Kuala Kubu Baharu

Disyorkan untuk anda

Selebriti 4 jam yang lalu

Amar Baharin Dedah Tanah Ada 2 Geran, MB Selangor Janji Siasat

oleh Rahayu MN

Selebriti 16 jam yang lalu

Bella Astillah Akui Bertemu Sarah Jasmine, Baca Mesej Ruhainies Desak Aliff Buka Aibnya

Pelakon dan penyanyi itu memaklumkan Sarah Jasmine menghubunginya untuk memohon maaf kerana menjalinkan hubungan sulit dengan suaminya. 

oleh Helmi Anuar

Budaya 44 minit yang lalu

Temui Personaliti Anime Kegemaran Anda Di Anime Fest Plus 2024  

Pesta yang berlangsung mulai esok hingga 28 April ini di Pusat Konvensyen Tropicana Gardens Mall, Petaling Jaya adalah hasil kerjasama Tonton dan Animax + GEM

oleh Wartawan Hiburan Getaran

Selebriti 1 hari yang lalu

Siti Saleha Berjaya Takluki Puncak Gunung Kinabalu

oleh Wartawan Hiburan Getaran