Berita Terkini

4 hari yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 1 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok. 1 minggu yang lalu: Koc wanita bagi MRT laluan Putrajaya akan dilaksanakan bermula Isnin ini - Ketua Pegawai Eksekutif Rapid Rail 1 minggu yang lalu: Pengerusi Spanco Sdn Bhd, Tan Sri Robert Tan Hua Choon mengaku tidak bersalah atas pertuduhan menipu hingga mendorong MOF menganugerahkan kontrak urus kenderaan kerajaan bernilai RM3.9b, pada 2019 2 minggu yang lalu: Tokoh Wartawan Negara 2014 Datuk Ahmad Rejal Arbee meninggal dunia awal pagi hari ini - isteri Allahyarham, Datin Noraini Shariff.

IKUTI KAMI


Tom Tersingkir Di Hari Lahir, Anak Tak Sempat Datang Tengok Konsert Di Minggu Kelapan 

Menurut Tom dia sudah dapat menduga bakal tersingkir kerana ‘key’ lagu Akhirnya Kini Pasti yang dinyanyikan tidak begitu  kena dengan ‘range’ suaranya

Muzik Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 31 Oct 2022 10:00AM

Tom tersingkir di konsert minggu ke-7 GV9 yang diadakan di Dewan MBSA, malam tadi. - Gambar dari Astro

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Mungkin ini adalah hadiah hari lahir yang menyedihkan buat peserta Gegar Vaganza musim kesembilan (GV9) iaitu Tom apabila dia diumumkan tersingkir di konsert minggu ketujuh yang berlangsung pada malam Ahad.

Selepas diumumkan tersingkir, pengacara GV9 iaitu Nabil Ahmad telah memberitahu bahawa hari tersebut merupakan hari lahir Tom dan meminta seluruh penonton di dewan MBSA menyanyikan lagu Allah Selamatkan Kamu buat Tom.

Tom dilihat tidak dapat menahan sebak saat mendengar seluruh dewan menyanyikan lagu tersebut buat dirinya. 

Pada malam konsert minggu ketujuh yang bertemakan ‘Merentas Masa, Kencang Selamanya’, Tom membawakan lagu Akhirnya Kini Pasti dari Anita Sarawak. 

Sewaktu menyampaikan lagu berkenaan, seluar Tom tiba-tiba tertanggal, namun dia sempat memegangnya daripada terlondeh. 

Tom membawakan lagu Akhirnya Kini Pasti.
Tom membawakan lagu Akhirnya Kini Pasti.

Menurut ketua juri iaitu Datuk Ramli MS, nyanyian Tom pada malam itu berada di bawah aras ‘pitch’ tetapi tidak sumbang. 

“Bila tiba di bahagian korus, nafasnya turun. Dia tak menyanyi dalam ‘pitch’. Sebelum seluar dia tertanggal pun markah dia dah rendah,” katanya ketika ditemui di sidang media. 

Bagi Tom atau nama sebenarnya Raja Farah Afzal Raja Ikram ,36, dia akui berasa sangat sedih dengan penyingkiran ini .

“Sebenarnya saya dah putus asa sebab saya dah tak mampu nak lawan lagi. Tetapi saya cuba juga untuk berikan yang terbaik. 

“Untuk lagu Akhirnya Kini Pasti ini, saya sebenarnya nak nyanyikan dengan ‘key’ yang lebih tinggi. Tetapi Tok Ram minta untuk saya nyanyikan dengan ‘key’ yang asal. ‘Key’ asal bukan ‘range’ saya. Jadi memang sangat susah. 

“Nak salahkan seluar tercabut pun tak boleh sebab bila saya dengar balik, ‘key’ lagu itu memang tak kena dengan saya. 

“Agak menyesal juga saya ambil ‘key’ ini. Tetapi saya harus dengar pendapat orang yang lebih arif,” katanya yang sudah dapat menduga dirinya akan tersingkir sejak dari sesi raptai lagi. 

Tom
Tom

Sewaktu memberikan ucapan di akhir rancangan, Tom sempat berkongsi bahawa Gegar Vaganza telah membuka pintu untuk dirinya kembali bertemu dengan anak sulungnya yang sudah lapan tahun terpisah. 

“Sebenarnya sudah banyak kali saya cuba cari anak saya. Banyak kali juga saya cuba mesej dia, tetapi tak pernah berbalas. 

“Tetapi saya tak pernah paksa dia untuk balas. Sehinggalah hari pengenalan peserta GV9. Tiba-tiba saya dapat mesej dari anak saya. Dia cakap Mama, good luck, Adam tengok.

“Saya sangat berterima kasih dengan GV9 kerana kalau bukan sebab GV9, mungkin saya tak dapat berhubung dengan anak saya. Anak saya lebih mengenali saya sewaktu menonton GV9. 

“Kalau ikutkan, minggu hadapan adalah kali pertama saya akan berjumpa dengannya setelah sekian lama kerana dia ingin datang menonton persembahan saya di minggu kelapan. 

“Kali terakhir saya lihat wajahnya adalah ketika dia berumur lima tahun. Sekarang dia sudah berusia 14 tahun. Suara dia pun dah berubah. Tapi dia tak berani nak buat panggilan video lagi kerana dia segan. 

“Saya ingin memeluk anak saya secara ‘live’ jika dia datang ke konsert minggu kelapan, nak tunjuk pada satu Malaysia. Tetapi apakan daya, saya tersingkir di minggu ketujuh, Insya  Allah  esok lusa saya akan ke Johor Bharu untuk cari anak saya,” kongsi Tom. 

Ditanya tentang apakah perancangannya selepas ini, kata Tom dia akan berpindah ke Kuala Lumpur untuk meneruskan kerjaya nyanyiannya.

“Selepas ini saya akan pulang ke Langkawi untuk ambil barang-barang saya ke Kuala Lumpur. Saya kini mempunyai pengurus iaitu abang Alan. Saya nak minta abang Alan carikan ‘job’ untuk saya. Tetapi kalau takde ‘job’ saya akan kembali pulang ke kelab malam,” katanya yang turut merancang untuk keluarkan lagu baru. 

Pada malam konsert minggu ketujuh itu, Bob muncul sebagai peserta yang mengumpul markah tertinggi iaitu sebanyak (85.60 peratus), diikuti oleh Shila Amzah (84.10 peratus), Tomok (84.1 peratus), Dina Nadzir (77.10 peratus), VE (77.10 peratus), Jaclyn Victor (76.40 peratus), Hazrul Nizam (68.70 peratus peratus), Asheed (60.30 peratus), Fuad Rahman (57.80 peratus) dan Tom (55.20 peratus). – Getaran,  31 Oktober 2022

Sorotan

1

Beberapa Kawasan Di Subang, Sungai Buloh Dilanda Banjir

2

Lee Akan Dilantik Sebagai Menteri Kanan Dalam Kabinet Baharu - Wong

3

Gangguan Kuasa Jejas Kekerapan Perkhidmatan LRT Laluan Kelana Jaya

4

KPWKM Bantu Wanita Didakwa Diberi Layanan Buruk Pegawai JKM - Nancy

5

Tiada Halangan MMC Jual Saham MMC Port, Namun Perlu Patuhi Dasar - Menteri

6

Rasionalisasi Subsidi Mampu Tangani Isu Ketirisan, Seludup Diesel - Pakar Ekonomi

7

Kolam Selam Tempur Kem Iskandar, Mersing Siap Jun - Onn Hafiz

Disyorkan untuk anda

Filem & TV 1 hari yang lalu

5 Pilihan Filem Menarik Di Pawagam Untuk Tontonan Syawal Ini

oleh Rahayu MN

Muzik 1 hari yang lalu

Fenomena ‘Swiftonomic’ Bantu Promosi Johor

Konsert Taylor Swift di Singapura pada Mac lalu cipta fenomena luar biasa, turut beri kesan positif kepada Johor Bahru

oleh Wartawan Getaran

Selebriti 7 jam yang lalu

Datuk Red Sedang Usaha Untuk Langsaikan Hutang Sebanyak RM7 Juta, Akui Pernah Jadi ‘Scammer’

Menerusi temubual bersama radio Suria FM, Datuk Red tidak malu untuk akui bahawa dia pernah menjadi 'scammer' satu masa dahulu

oleh Wartawan Hiburan Getaran