Berita Terkini

1 hari yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 1 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 1 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok. 1 minggu yang lalu: Koc wanita bagi MRT laluan Putrajaya akan dilaksanakan bermula Isnin ini - Ketua Pegawai Eksekutif Rapid Rail 2 minggu yang lalu: Pengerusi Spanco Sdn Bhd, Tan Sri Robert Tan Hua Choon mengaku tidak bersalah atas pertuduhan menipu hingga mendorong MOF menganugerahkan kontrak urus kenderaan kerajaan bernilai RM3.9b, pada 2019

IKUTI KAMI


Kenapa Syamel Gelar Single Terbaharunya Sebagai ‘Lagu Cari Makan’?

Buat pertama kalinya Syamel mencipta lagu yang menceritakan tentang kebahagiaan dan kasih sayang.

Muzik Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 26 Oct 2022 8:00PM

Single terbaharu bernuansa balada pop dalam notasi romantis ini merupakan idea Syamel dan Yuka Kharisma. - Gambar ihsan RocketFuel

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Baru sahaja selesai mengadakan konsert sulung bersama isteri menerusi ‘Konsert Syamel & Ernie Zakri: Aku Cinta’, penyanyi lelaki popular tanah air, Syamel kembali dengan single romantis terbaharu berjudul ‘Bahagia Milik Kita’.

Menariknya, Syamel telah memperdengarkan lagu ini buat pertama kali dalam konsert yang berlangsung hujung minggu lalu itu dan dia turut menggelar single baharunya itu sebagai lagu wedding.

Single terbaharu bernuansa balada pop dalam notasi romantis ini merupakan idea Syamel sendiri bersama rakan artis yang juga merupakan komposer berbakat besar, Yuka Kharisma.

Menurut Syamel, sebelum ini dia banyak menghasilkan lagu-lagu sedih dan putus cinta yang sukar untuk disampaikan ketika majlis perkahwinan kerana dianggap kurang sesuai.

“Idea di sebalik pembikinan lagu ini hadir dari cetusan rasa bahagia dengan adanya peneman hidup dan zuriat dalam hidup saya.

“Jikalau pendengar sedar, kebanyakan lagu-lagu saya terdahulu semuanya bernada sedih dan sangat melankolik, dan ‘Bahagia Milik Kita’ merupakan lagu pertama saya yang mempunyai unsur cinta serta kasih sayang.

“Lagi pula saya baru sedar saya tiada lagu yang menceritakan tentang kebahagiaan. Kira lagu ini adalah lagu cari makan lah kalau ada yang mahukan saya menyanyi di majlis perkahwinan mereka,” katanya.

Kongsi Syamel lagi, lagu Bahagia Milik Kita ini dicipta sewaktu Ernie masih dalam tempoh berpantang.

“Bayangkanlah ketika itu saya berulang-alik dari rumah ke tempat kerja dan kebanyakan demo dilakukan di dalam kereta ketika dalam perjalanan sehinggalah Yuka yang menemukan lagu Bahagia Milik Kita ini.

“Maksud lagu ini pula mengenai pasangan kekasih yang sudah lama berkenalan dan sedang dalam perjalanan menuju ke destinasi bahagia yang merupakan kemuncak dalam perhubungan mereka iaitu alam perkahwinan.

“Kini, mereka telah pun bersatu kerana segala yang ingin dicapai ada di dalam genggaman, jadi berpeganglah pada janji agar apa yang dimiliki kekal sampai bila-bila,” kongsinya.

Selain single, sebuah video muzik (MV) turut dihasilkan dan telah dilancarkan dengan konsep yang minimalis ibarat sebuah lirik video yang memaparkan emosi kegembiraan yang terpancar di wajah Syamel.

“Saya berharap agar semua yang mendengarnya dapat menerima lagu ini, semoga lagu berunsur bahagia yang jarang saya bawakan ini menjadi pilihan ‘wedding song’ pasangan pengantin di hari bersejarah mereka,” katanya.

Lagu ‘Bahagia Milik Kita’ boleh dimuat turun di iTunes serta dijadikan nada dering panggilan menerusi ke semua syarikat telekomunikasi tempatan dan boleh didengar pada bila-bila masa melalui aplikasi penstriman atas talian popular seperti Joox, KKBox, Spotify, Deezer, Apple Music dan juga YouTube Music. - Getaran, 26 Oktober 2022

Sorotan

1

Lelaki Israel Miliki Senjata: 10 Individu Ditahan Bawah SOSMA

2

PM, Kerajaan Enggan Terlibat Keputusan Lembaga Pengampunan Berhubung Kes Najib

3

AS Guna Veto Halang Usul Iktiraf Keahlian Palestin Dalam PBB

4

Jangan Abai Peruntukan Untuk Pembangunan Sukan - Hannah

5

Setiausaha Kerajaan Negeri Melaka Meninggal Dunia Akibat Serangan Jantung

6

32 Keluarga Dipindahkan Selepas Banjir Lahar Sejuk Landa Jawa Timur, Indonesia

Disyorkan untuk anda

Selebriti 1 hari yang lalu

Daud Kim Menipu?

oleh Fida Ruzki

Filem & TV 1 hari yang lalu

'Sheriff' Karya Paling Jujur, Janjikan Kelainan Sisi Polis

Selebriti 1 hari yang lalu

Aiman, Zahirah Bakal Timang Anak Perempuan

Berita gembira itu dikongsi menerusi video yang dimuat naik di akaun Instagram

oleh Wartawan Getaran

Muzik 1 hari yang lalu

Alamak Raya Lagi! Terus Mendunia, Tular Sana-Sini 

oleh Rahayu MN