web statsweb stats

Berita Terkini

21 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 21 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Selepas 12 Tahun Dan Musim Ke-23, Akhirnya Blake Shelton Ucapkan Selamat Tinggal Kepada The Voice 

Penyanyi country yang juga suami kepada Gwen Stefani ini bakal meninggalkan program tersebut selepas musim ke-24. 

Muzik Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 14 Oct 2022 5:00PM

Blake Shelton (kiri) dan Gwen Stefani - Gambar AFP

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Setelah sekian lama terlibat dengan The Voice, akhirnya penyanyi Country Amerika Syarikat, Blake Shelton yang disayangi ramai akan mengundurkan diri daripada program realiti hiburan tersebut. 

Shelton mengumumkan pengundurannya itu menerusi hantaran di Instagram pada Selasa lalu sambil memberitahu bahawa The Voice musim hadapan akan menjadi kemunculan terakhirnya dalam program tersebut. 

Pengumuman yang dibuat Shelton itu bukanlah sesuatu yang mengejutkan kerana dia adalah jurulatih paling lama terlibat di dalam program itu iaitu sebanyak 23 musim berturut-turut. 

Shelton mengakui bukan mudah untuk membuat keputusan mengundurkan diri daripada program tersebut. 

“Saya sudah lama bergelut dengan perkara ini dan saya telah memutuskan bahawa sudah tiba masanya untuk saya berundur daripada The Voice selepas musim ke-23. 

"Rancangan ini telah mengubah hidup saya dalam segala serba-serbi untuk menjadi lebih baik dan ia akan sentiasa menjadi seperti rumah kepada saya,” jelas penyanyi berusia 46 tahun ini lagi. 

Shelton juga mengenali isteri keduanya, Gwen Stefani melalui The Voice, kerana penyanyi wanita itu juga pernah berkhidmat sebagai jurulatih program itu dalam waktu yang singkat dan pasangan itu baru sahaja meraikan ulang tahun perkahwinan yang pertama, Julai lalu. 

Shelton turut mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat secara langsung dan tidak langsung di dalam The Voice sepanjang menduduki kerusi jurulatih selama 12 tahun. 

Bahkan, dia turut memberi kredit kepada peserta-peserta The Voice. 

"Saya telah menjalinkan ikatan sepanjang hayat dengan Carson (hos) dan setiap seorang rakan jurulatih saya selama ini, termasuk isteri saya, Gwen Stefani!

“Saya juga perlu menyatakan ini kepada penyanyi -suara-suara yang datang di pentas ini musim demi musim dan memukau kami dengan bakat mereka serta terima kasih khas kepada mereka yang memilih saya untuk menjadi jurulatih mereka,” katanya. 

Shelton mula menjadi jurulatih program The Voice musim pertama bersama Adam Levine, Christina Aguilera dan CeeLo Green.

Apabila Adam Levine meninggalkan program itu pada musim ke-16, tempatnya telah diisi oleh beberapa jurulatih lain yang juga merupakan nama-nama besar di dalam industri muzik.  Antaranya termasuklah Miley Cyrus, Shakira, Usher, Ariana Grande dan Nick Jonas

Sepanjang penglibatannya dengan The Voice, tim Shelton telah berjaya meraih lapan kemenangan. 

Di sebalik pengunduran Shelton, pihak produksi The Voice turut mengumumkan senarai jurulatih yang akan bersamanya dalam musim ke-23 nanti. 

Kelly Clarkson akan kembali selepas meninggalkan program itu pada musim ke-21, manakala Chance the Rapper dan Niall Horan akan kembali membuat kemunculan pertama mereka sebagai jurulatih. – Getaran, 14 Oktober 2022. 

Berita Berkaitan

1

Selebriti 3 tahun yang lalu

Saya Tidak Pernah Merancang Untuk Berhijrah Dan Menetap Di Australia – Salamiah Hassan 

Sorotan

1

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

2

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

3

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

4

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

5

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

6

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

Disyorkan untuk anda

Selebriti 1 hari yang lalu

Aghniny Terima Tawaran Filem Khadam Sebagai Penghargaan Buat Ibu

Selebriti 15 jam yang lalu

M Nasir Fail Saman Lebih RM5 Juta Terhadap Grab Malaysia

Tindakan saman itu difailkan di Mahkamah Tinggi Shah Alam oleh M Nasir bersama syarikat miliknya, Luncai Emas Sdn Bhd.

oleh Rahayu MN