Berita Terkini

10 jam yang lalu: Tokoh Wartawan Negara 2014 Datuk Ahmad Rejal Arbee meninggal dunia awal pagi hari ini - isteri Allahyarham, Datin Noraini Shariff. 3 hari yang lalu: Pengerusi Eksekutif Kumpulan KK Supermart & Superstore Sdn Bhd, Datuk Seri Dr Chai Kee Kan mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Shah Alam terhadap tuduhan sengaja melukakan perasaan orang Islam 6 hari yang lalu: KKM nasihatkan semua aktiviti di luar bilik darjah ditangguhkan sementara di semua lokasi yang merekodkan cuaca panas antara 35 hingga 37 darjah celsius 1 minggu yang lalu: Pihak Ocean Infinity akan bentang kawasan pencarian baharu MH370 kepada MOT awal Mei - Loke 1 minggu yang lalu: MAVCOM tambah 342 penerbangan domestik di seluruh negara untuk perjalanan antara 3 hingga 18 April - Loke

IKUTI KAMI


Impian Sejak Kecil, Mazryn Maysa Pertaruh ‘Luka Cinta’ Debut Pertama Bergelar Penyanyi

Bermula dengan aktif menyanyikan lagu saduran di media sosial, kini Mazryn Maysa bergelar penyanyi.

Muzik Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 10 Oct 2022 6:00PM

Mazryn Maysa - Gambar dari Instagram

oleh

Wafa Aula

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Meminati bidang nyanyian sejak berumur 6 tahun, hasrat pendatang baru dunia hiburan Mazryn Maysa akhirnya tercapai selepas mempertaruhkan lagu debut bertajuk, ‘Luka Cinta’ sebagai langkah pertamanya di dalam industri hiburan negara.

Bermula dengan aktif menyanyikan lagu saduran di media sosial, keunikan suara dan bakat gadis asal Melaka itu telah mencuri perhatian ramai orang termasuklah komposer terkenal Sirkhan Danial.

Setelah menghadiri ujibakat tertutup, Mazryn telah ditawarkan kontrak untuk bernaung di bawah syarikat rakaman Whiteroom Music milik komposer tersebut. 

“Sebenarnya lagu ini sudah saya rakam sejak tahun lepas. Namun kerana beberapa halangan dan kekangan pandemik membuatkan kami menunda peluncuran lagu ‘Luka Cinta’ ke tahun ini. Saya memang sangat dekat dengan genre balada. Lagu-lagu saduran saya pun banyak berentak balada. Sekarang mungkin saya akan beri fokus kepada genre ini sebelum mencuba nyanyian dengan genre berbeza,” katanya ketiga dihubungi Getaran. 

Mengakui masih pucuk, Mazryn merancang untuk menghadiri kelas vokal secara konsisten serta memberi sepenuh perhatian kepada karier nyanyian yang baru menapak.

“Keluarga saya memang semuanya gemar bernyanyi. Dari kecil memang ibu dan ayah akan selalu menegur jika nyanyian saya tidak berapa enak didengar.

“Sebelum ini pun saya hanya belajar vokal di Youtube. Namun selepas ini, saya merancang untuk berguru di kelas-kelas vokal agar dapat memperbaiki suara dan penyampaian saya,” tambahnya yang baru sahaja menyelesaikan pengajian dalam jurusan Sains Kesetiausahaan di sebuah politeknik.

Mazryn merancang untuk menghadiri kelas vokal secara konsisten selepas ini.
Mazryn merancang untuk menghadiri kelas vokal secara konsisten selepas ini.

‘Luka Cinta’ mengisahkan tentang perasaan seseorang yang terpaksa hidup dalam perhubungan yang toksik, kepuraan dan penipuan dengan kata-kata dan janji manis yang hanya menambah kedukaan hati sendiri.

Secara ringkasnya lagu ini kisah cinta setiap insan yang melalui perhubungan. Idea asal lagu ini adalah dari kisah benar, di mana sepasang suami isteri yang melalui fasa perceraian. Terkini, video muzik lagu tersebut telah berjaya menperoleh sehingga 83 ribu tontonan.

‘Luka Cinta’ boleh didapati di kesemua plantar digital seperti Spotify, iTunes, KKBox, Joox dan juga Apple Music sejak 19 Ogos 2022 yang lalu. - Getaran, 10 Oktober 2022 

Sorotan

1

Penggunaan Nombor Bil Sebagai Rujukan Bayaran CAPL Bermula 1 April - LHDN

2

Pasangan Suami Isteri, 2 Lelaki Didakwa Perdagang Wanita Malaysia Di Peru

3

Ada Keperluan Pinda Seksyen 21 Akta Polis - KPN

4

PM Ucap Selamat Raikan Good Friday, Easter Sunday Kepada Penganut Kristian

5

Singapura Rampas 1.5 Tan Produk Segar, Makanan Proses Dari Malaysia

6

Tular Titah Lama Sultan Nazrin, Dewan Negara Perak Buat Laporan Polis

7

Bas Terbalik Di Lebuhraya KLK: 2 Maut, 13 Cedera

Disyorkan untuk anda

Selebriti 20 jam yang lalu

Neelofa Akui Khilaf Ketika Beri Nasihat Kepada Pemanggil Radio Era

oleh Helmi Anuar

Muzik 9 jam yang lalu

All Time Low Kembali Ke Malaysia Selepas 13 Tahun

Konsert pada 28 April hadapan permulaan siri jelajah FOREVER Asia Tour.

oleh Rahayu MN