web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Rahmad Mega Dinobatkan Pemenang Terpaling Juara, Ingin Bawa Keluarga Tunai Umrah 

Membawakan lagu Ku Akui secara solo dan Di Penjara Janji secara duet bersama kaptennya, Hael Husaini, Rahmad membawa pulang hadiah trofi serta wang tunai berjumlah RM100,000.

Muzik Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 10 Oct 2022 10:04AM

Rahmad (kiri) berduet dengan Hael Husaini pada pentas akhir program Terpaling Juara, malam tadi. - Gambar ihsan TV3

oleh

Wafa Aula

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Menepati ramalan, penyanyi Rahmad Mega dinobat sebagai pemenang utama di pentas akhir program hiburan berbentung pertandingan nyanyian, Terpaling Juara malam tadi. 

Rahmad menyanyikan dua buah lagu iaitu Ku Akui untuk segmen solo dan Di Penjara Janji semasa segmen duet bersama-sama kaptennya, Hael Husaini.

Nyanyian Rahmat berjaya menambat hati juri dan peminat sekali gus melayakkannya membawa pulang trofi serta wang tunai berjumlah RM100,000.

“Saya tidak pernah menjangkakan kemenangan namun saya ada meletakkan sasaran. Peserta lain juga memberikan saingan hebat, namun mujurlah undian penonton banyak membantu pemarkahan saya. 

“Saya ada hajat untuk membawa keluarga pergi umrah. Sebelum ini saya sudah pernah pergi sendiri. Kali ini ada rezeki lebih sikit, saya ingin bawa mereka. Selebihnya ada biaya yang perlu saya lunaskan,” katanya pada sidang media sejurus selepas majlis. 

Kemenangan itu melayakkan Rahmad (kanan) membawa pulang trofi serta wang tunai berjumlah RM100,000.
Kemenangan itu melayakkan Rahmad (kanan) membawa pulang trofi serta wang tunai berjumlah RM100,000.

Bukan itu sahaja, Rahmad turut menganggap kemenangannya pada malam ini sedikit-sebanyak  mengubati kekalahannya dalam pertandingan yang pernah disertainya sebelum ini. 

“Saya boleh katakan kemenangan ini serba sedikit mengubati kekalahan saya dalam pertandingan sebelum ini. 

“Saya suka menyahut cabaran untuk melihat potensi diri saya. Adakah saya boleh bersaing dengan artis remaja masa kini? Saya tidak mahu ketinggalan jauh,” katanya.

Sementara itu, tempat kedua dimenangi peserta junior bawah kendalian kapten Naim Daniel iaitu Aqmal Ramdan dengan hadiah wang tunai RM50,000 dan trofi. 

Bagi tempat ketiga, penyanyi Hazami pulang dengan membawa pulang hadiah wang tunai RM30,000 beserta trofi. 

Penyanyi itu membawakan lagu Luluh (solo) dan Joget Angan Tak Sudah untuk duet bersama Akim Ahmad. 

Peserta junior bawah kendalian Hael iaitu Shaz pula hanya berpuas hati di tempat keempat dengan hadiah kemenangan RM10,000 dan trofi. 

Terpaling Juara yang merupakan program realiti format baharu terbitan TV3 yang menyaksikan persaingan seramai enam orang peserta yang terdiri daripada tiga penyanyi lagenda dan tiga penyanyi junior bawah kendalian tiga orang kapten. - Getaran, 10 Oktober 2022

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Selebriti 21 jam yang lalu

Aghniny Terima Tawaran Filem Khadam Sebagai Penghargaan Buat Ibu

Filem & TV 1 hari yang lalu

RM12 Juta Dalam 11 Hari! ‘Polong’ Terus Hantui Pawagam Seluruh Negara

Pencapaian luar biasa itu sekali gus mengukuhkan kedudukan Polongsebagai antara filem tempatan paling hangat tahun ini.

oleh Rahayu MN