web statsweb stats

Berita Terkini

15 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 15 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


“Harga Tiket Mahal Bukan Kerana Saya Sombong, Tetapi … “ – Rossa Mohon Maaf

Biarpun harga tiket untuk menyaksikan konsert ‘Rossa 25 Shining Years’ pernah menjadi bualan netizen kerana harganya yang mencecah RM5,000, namun kesemua tiket yang paling mahal telah habis dijual 

Muzik Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 07 Oct 2022 2:35PM

Rossa bakal bergandingan dengan Hael Husaini - Gambar ihsan Yayasan Prihatin Nasional 

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Penyanyi terkenal Indonesia, Datuk Seri Rossa bakal mengadakan konsert di Kuala Lumpur sempena 25 tahun penglibatannya sebagai penyanyi. 

Konsert yang  diberi nama ‘Rossa 25 Shining Years Concert’ ini bakal berlangsung di Dewan Plenary Kuala Lumpur Convention Centre (KLCC) pada 2 November 2022.

Sewaktu tiket mula dijual beberapa minggu lalu, ramai yang terkejut melihat harga yang ditawarkan kerana terlalu tinggi.

Namun, menurut Rossa atau nama sebenarnya Sri Rossa Roslaina Handiyani, 43, bukan niatnya sengaja meletak harga tinggi untuk konsert ini, tetapi sebahagian dari hasil jualan tiket akan disumbangkan kepada 2000 bakal mahasiswa dengan kerjasama Yayasan Prihatin Nasional.

Gambar ihsan Yayasan Prihatin Nasional 
Gambar ihsan Yayasan Prihatin Nasional 

“Saya mohon maaf jika tiket konsert saya agak mahal harganya. Itu bukan bermaksud saya ingin bersikap sombong dan sebagainya. Tetapi selain bayar untuk berhibur, anda juga bayar atas tujuan derma. 

“Mungkin saya tidak memiliki wang yang banyak untuk saya sendiri memberikan derma kepada mereka yang memerlukan. Tetapi, Allah memberikan saya kemampuan untuk mengajak ramai orang untuk turut beramal. 

“Mungkin inilah tugas saya, untuk mengajak orang ramai berderma menerusi suara saya. Selain mereka berhibur dengan persembahan saya, mereka juga sebenarnya membuat amal kepada ramai orang.

“Alhamdulillah, ternyata ramai sekali orang yang baik hati kerana khabarnya ramai yang sudah membeli tiket yang paling mahal sehingga habis dijual” katanya sewaktu sidang media yang berlangsung di Hotel Royale Chulan Kuala Lumpur.

Sebahagian hasil jualan tiket yang dijual akan disalurkan ke Tabung Pendidikan Anak Bangsa dan Tabung Kasih PRIHATIN bagi kegunaan dan manfaat Pendidikan anak-anak Keluarga Malaysia. 

Gambar ihsan Yayasan Prihatin Nasional 
Gambar ihsan Yayasan Prihatin Nasional 

Mengulas lanjut tentang kerjasamanya bersama Yayasan Prihatin Nasional yang telah terjalin sejak 10 tahun lalu, kata Rossa dia dan yayasan itu mempunyai matlamat yang sama dalam membantu anak-anak yang memerlukan pertolongan untuk menyambung pelajaran.

“Alhamdulillah sejak dari 10 tahun yang lalu kita telah membantu seramai 167,000 individu yang memerlukan. Dan, kini ramai juga pelajar-pelajar yang kita bantu sudah memiliki karier masing-masing,” kongsinya. 

Bercerita mengenai konsert yang bakal diadakan bulan hadapan, Rossa bakal menyampaikan 27 buah lagu yang akan dibahagikan kepada beberapa buah segmen. 

“Ini adalah perayaan 25 tahun, jadi banyak sekali lagu yang boleh dinyanyikan. Itupun masih banyak lagu yang tidak akan dinyanyikan.

“Kalau dihitung jumlah lagu hit yang saya miliki, lebih kurang 50 lagu. Tetapi tak mungkin saya dapat nyanyikan semuanya. 

“Persembahan nanti akan dibahagikan ke beberapa sesi. Ada sesi balada, runut bunyi sinetron dan filem, duet dan sesi berdansa menerusi lagu-lagu saya yang digubah lebih ke muzik EDM yang belum pernah saya lakukan di konsert-konsert saya yang sebelumnya,” katanya

Seramai empat pengarah muzik diberikan tugasan mengubah muzik untuk konsert ini nanti termasuklah Dandy Lasahido, Risyanda, Eka Gustiwana dan Andi Rianto .

Pada malam konsert itu nanti, Rossa turut menjemput penyanyi terkenal Malaysia iaitu Hael Husaini sebagai artis jemputan. Bahkan, dia juga turut menjgundang  rakannya dari Indonesia iaitu Judika untuk terlibat sama. 

Gambar ihsan Yayasan Prihatin Nasional 
Gambar ihsan Yayasan Prihatin Nasional 

Menurut Hael, dia sangat berbesar hati dan berbangga apabila dapat berkongsi pentas bersama penyanyi yang dianggapnya sebagai ikon. 

“Saya pernah bertemu Rossa ketika melakukan promosi single saya bersama Cakra Khan di Indonesia. Saya ‘starstruck’ sebenarnya pada ketika itu. Dan sekarang bila saya dapat jemputan ini, saya masih rasa macam tak percaya. 

“Apa-apa pun terima kasih kerana mempertimbangkan nama saya untuk turut sama menjayakan konsert ini,” katanya yang akan berduet bersama Rossa di konsert itu nanti. 

Pada sidang media itu juga Rossa dan Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Prihatin Nasional iaitu Datuk Aizuddin Mohd Ghazali telah menyerahkan bantuan kepada bakal-bakal mahasiswa dan mahasiswi yang akan melanjutkan pelajaran dalam waktu terdekat. 

Gambar ihsan Yayasan Prihatin Nasional 
Gambar ihsan Yayasan Prihatin Nasional 

Dikhabarkan tiket masih berbaki 20 peratus, dan kepada anda yang ingin mendapatkan tiket bagi menonton persembahan istimewa ini, boleh layari www.ticket2u.com.my . – Getaran 7 Oktober 2022

Berita Berkaitan

1

Muzik 11 bulan yang lalu

Tiket Konsert Violet Skies: Dato' Sri Siti Nurhaliza Live In Arena Of Stars Masih Boleh Dibeli

2

Muzik 1 tahun yang lalu

Michael Learns To Rock Buai Perasaan Lebih 5,000 Peminat

3

Muzik 1 tahun yang lalu

5 Kumpulan AKB48 Berjaya Himpun Lebih 2,000 Peminat Pada Konsert Pertama Di Malaysia

4

Muzik 1 tahun yang lalu

Ella Memukau, Kini Siap Sedia Terbang ke Singapura

Sorotan

1

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

2

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

3

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

4

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

5

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

6

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

Disyorkan untuk anda

Selebriti 1 hari yang lalu

Aghniny Terima Tawaran Filem Khadam Sebagai Penghargaan Buat Ibu

Selebriti 9 jam yang lalu

M Nasir Fail Saman Lebih RM5 Juta Terhadap Grab Malaysia

Tindakan saman itu difailkan di Mahkamah Tinggi Shah Alam oleh M Nasir bersama syarikat miliknya, Luncai Emas Sdn Bhd.

oleh Rahayu MN