web statsweb stats

Berita Terkini

3 hari yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 3 hari yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Lisa Blackpink, Artis Solo K-Pop Pertama Menang MTV VMA 2022

Menerusi single solo pertamanya, 'Lalisa', artis itu sekali gus menewaskan rakan senegaranya yang lain seperti BTS, Itzy, Seventeen, Stray Kids dan Twice.

Muzik Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 29 Aug 2022 5:05PM

Lisa Blackpink telah dinobatkan sebagai pemenang Best K-Pop di MTV Video Music Awards (VMA) 2022 - Gambar AFP

oleh

Wafa Aula

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Tuah nampaknya memihak kepada penyanyi asal Thailand, Lisa Blackpink apabila dinobatkan sebagai pemenang Best K-Pop di MTV Video Music Awards (VMA) 2022. 

Menerusi single solo pertamanya, Lalisa, artis itu sekali gus menewaskan rakan senegaranya yang lain seperti BTS dengan 'Yet To Come (The Most Beautiful Moment)', Itzy dengan ‘Loco’, Seventeen dengan ‘Hot’, Stray Kids dengan ‘Maniac’, dan Twice dengan ‘The Feels’.

Dalam video yang tular media sosial, Lisa dalam busana hitam nampak terkejut ketika namanya diumumkan disambut dengan sorak-sorai peminatnya. 

Dalam ucapan ringkasnya di atas pentas, Lisa mengucapkan terima kasih kepada pihak MTV kerana mengiktiraf kejayaannya melalui anugerah tersebut di samping beberapa individu dan syarikat rakamannya YG Entertaiment yang terlibat dalam menjayakan single ‘Lalisa’. 

Lisa kemudian menunjuk ke arah rakan Blackpink yang lain seperti Jennie, Jisoo dan Rose juga mengucapkan terima kasih dalam bahasa Korea. 

Terdahulu, ‘Lalisa’ yang diterbitkan buat pertama kali pada tahun lalu telah menjadi tular dan mencatat 500 juta tontonan di YouTube.

‘Lalisa’ menjadi projek pertama solonya dengan gabungan elemen K-pop dan Thailand sebagai tanah kelahirannya. Tahniah Lisa!  - Getaran, 29 Ogos 2022

Sorotan

1

Pemandu Lori Nahas Maut Karak Miliki 15 Rekod Saman

2

Kerugian Jenayah Siber Cecah RM3 Bilion, Penipuan Dalam Talian Meningkat 87 Peratus

3

Tragedi Zaid Ibrahim; Ahli Politik Yang Berhutang Penjelasan

4

Video Belasah Pembantu Rumah Tular, 2 Pasangan Suami Isteri Ditahan

5

Asid Tumpah Dari Lori: Tiada Pencemaran Asid Di Sungai Cherating - JAS

6

Motosikal Ditunggang Langgar Belakang Kereta, Pelajar Maut Digilis Lori

Disyorkan untuk anda

Filem & TV 12 jam yang lalu

Khadam Kutip RM1.2 Juta Selepas 5 Hari Ditayangkan, Ungguli Carta Filem Tempatan

oleh Rahayu MN