web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


'Jangan Sewenangnya Haramkan Konsert, Rasulullah Nasihat Guna Cara Berhikmah' - Raihan

Sikap cepat mengharamkan sesuatu perkara oleh beberapa pendakwah adalah sesuatu yang bahaya kerana ia boleh menampakkan Islam seolah-olah adalah agama yang ‘keras’.

Muzik Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 29 Aug 2022 12:25PM

Kumpulan Raihan - Gambar dari Raihan

oleh

Wafa Aula

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Penyanyi nasyid antarabangsa, Raihan berpendapat pendakwah tidak boleh sewenang-wenangnya mengharamkan penganjuran konsert di Malaysia kerana ia melanggar cara dan ajaran Rasulullah SAW yang meminta umatnya untuk sentiasa berhikmah dalam menegur sesuatu. 

Menurut Raihan, sikap cepat menghukum atau mengharamkan sesuatu perkara yang dilakukan oleh individu yang menggelar diri mereka sebagai pendakwah adalah sesuatu yang bahaya kerana ia boleh menampakkan Islam seolah-olah adalah agama yang ‘keras’.

“Konsert ada bermacam jenis, ada yang menawarkan lirik dan budaya yang tidak berapa elok. Jadi, untuk lawan kembali perkara itu, kita kena guna hiburan juga. 

“Kita tak boleh sewenangnya cakap haram atau larang orang ke konsert. Sedangkan Rasulullah pesan cara berdakwah pun mestilah berhikmah. Kita tidak mahu orang bukan Islam melihat agama kita sebagai agama yang keras.

“Cara yang berhikmah kita boleh lakukan adalah dengan dengan hiburan, muzik dan konsert juga. Cuma kita masukkan perkara yang baik melalui lirik sebab muzik ini ciptaan Allah. Bila balik rumah orang akan terngiang-ngiang,” kata ahli kumpulan Raihan, Abu Bakar Md Yatim ketika ditemui Getaran di majlis sidang media Konsert Garis Masa Raihan baru-baru ini. 

Sementara anggota Raihan yang lain, Che Am Idris pula berpendapat Malaysia boleh mengikut prosedur negara lain yang mempunyai syarat ketat dalam pemilihan lagu sekiranya ada mana-mana artis yang ingin mengadakan konsert di negara mereka.

“Kalau kerajaan rajin mereka boleh sahaja pantau. Katakanlah ada 10  runut lagu dalam sesebuah album. Kami percaya dalam senarai itu mesti ada lagu positif. Jadi, yang itu kita boleh benarkan. Namun, lagu yang liriknya menyentuh seks bebas, syaitan dan sebagainya. Itu kita larang. 

“Macam Brunei, bayangkan kami bawa lagu nasyid pun mereka nak tengok dulu liriknya,” katanya. 

Terkini, Raihan sedang membuat persediaan Konsert Garis Masa bagi meraikan usia kumpulan itu yang sudah mencecah 25 tahun. 

Konsert Garis Masa pada 26 November ini bakal diadakan di Stadium Malawati, Shah Alam,  yang boleh memuatkan sehingga 7,000 pengunjung.

Persembahan berdurasi 90 minit yang akan bermula pada jam 8:40 minit itu juga akan menyaksikan Raihan mengalunkan lagu-lagu hit mereka termasuk Puji-Pujian, Iman Mutiara, Sesungguhnya, Thank You Allah, Syukur dan Senyum.

“Semoga peminat Raihan yang sedia ada boleh menggamit nostalgia dan boleh menarik peminat baru mengenali gaya muzik Raihan yang meriah dengan pelbagai instrumen.

“Semoga konsert ini akan membina satu kenangan baru antara Raihan dan peminat semua,” kata Che Amran mewakili Raihan ketika ditemui Selangorkini baru-baru ini. 

Tiket konsert sudah mula dijual bermula 25 Ogos bermula pada harga RM95, RM110, RM170, RM200, RM250, RM300, RM350, RM450, dan RM500 di laman sesawang www.ticket2u.com.my. - Getaran, 29 Ogos 2022

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Filem & TV 1 hari yang lalu

RM12 Juta Dalam 11 Hari! ‘Polong’ Terus Hantui Pawagam Seluruh Negara

oleh Rahayu MN

Selebriti 19 jam yang lalu

Aghniny Terima Tawaran Filem Khadam Sebagai Penghargaan Buat Ibu

Aghniny yang membuat penampilan sulung dalam filem Malaysia menerusi watak Melor, berkata tema keibuan yang diangkat dalam filem itu mempunyai kaitan rapat deng...