web statsweb stats

Berita Terkini

14 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 14 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Konsert Noraniza Idris Telan Belanja Sebanyak RM3 Juta, Bakal Tampilkan 300 Orang Penari

Maestro muzik terkenal, Datuk Ramli MS turut dipertanggungjawabkan untuk menjadi pengarah muzik bagi konsert yang bakal berlangsung selama tiga hari.

Muzik Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 24 Aug 2022 9:03PM

Noraniza Idris - Gambar dari Publicist & CST Productions

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Konsert Malai Solo yang bakal menampilkan ratu irama tradisional, Noraniza Idris diumumkan menelan belanja sebanyak RM3 juta dan bakal berlangsung selama tiga hari di Istana Budaya bermula 21 hingga 23 Oktober 2022.

Merupakan cetusan idea dan konsep daripada Noraniza sendiri, Konsert Malai Solo ini juga mendapat khidmat daripada barisan tenaga profesional seperti Ahmad Saifulizam atau Gbam (pengarah konsert), Mohd Seth Hamzah (pengarah persembahan) dan Siso Kopratasa (pengarah artistik). 

Sementara, Datuk Ramli MS pula dipertanggungjawabkan untuk menjadi pengarah muzik dan bakal membawa 44 pemuzik untuk mengiringi persembahan Noraniza pada konsert itu nanti.

Konsert Malai Soloi ini juga bakal diiringi 300 penari kebudayaan yang terpilih dan ia terbahagi kepada beberapa segmen mengikut kepelbagaian budaya yang ada di Malaysia. 

“Pelbagai konsep yang Kak Ani akan ketengahkan nanti termasuk dari masyarakat Orang Asli, Borneo, Melayu, Kelantan dan moden,” katanya ketika ditemui pada majlis sidang media Konsert Malai Solo yang berlangsung di Istana Budaya.

Noraniza pada majlis sidang media Konsert Malai Solo yang berlangsung di Istana Budaya.
Noraniza pada majlis sidang media Konsert Malai Solo yang berlangsung di Istana Budaya.

Melihatkan kos yang diperlukan agak tinggi bagi sebuah konsert di Istana Budaya, Noraniza menjelaskan, ia menelan belanja yang tinggi kerana penggunaan teknologi serta ahli muzik yang berpengalaman.

“Yang paling mahal ada kos teknologi yang kita akan gunakan seperti penggunaan lampu LED, penataan cahaya dan bunyi serta ahli-ahli muzik,” ujarnya.

Ditanya kenapa Ramli MS yang menjadi pilihan beliau untuk menjadi pengarah muzik, kata pelantun lagu Awallah Dondang ini, Ramli MS mempunyai aura yang besar.

“Memang beliau tidak pernah menciptakan lagu untuk saya. Tetapi struktur susunan muzik yang dia sudah ‘plan’ untuk saya membuatkan saya yakin kerana dia mempunyai stail yang tersendiri. 

“Memang ramai orang persoalkan kenapa saya memilih beliau kerana kata mereka harga Datuk Ramli sangat mahal, dan saya boleh dapat harga yang separuh lebih murah jika memilih pengarah muzik yang lain. 

“Tetapi beliau punya akal sangat hebat. Untuk cari orang yang hebat macam arwah Pak Ngah sangat susah. Saya nampak Datuk Ramli sahaja yang mampu buat,” kongsinya.

Baru sahaja membuka jualan tiket, namun sudah ada cakap-cakap yang mengatakan bahawa harga tiket yang dijual agak mahal. 

Noraniza Idris
Noraniza Idris

Namun, Noraniza menyangkal dakwaan itu kerana dia sudah membuat kajian terlebih dahulu sebelum menetapkan harga tiket.

"Mahal ke? Saya rasa macam okey kerana ada buat rujukan harga tiket konsert-konsert  sebelum ini. Antaranya, konsert Aina Abdul. 

“Harga-harga tiket biasanya RM250 hingga RM1,100. Jadi saya hanya tambah sedikit saja daripada harga yang pernah diletakkan penyanyi lain. 

''Lagipun nilai yang saya tetapkan berbaloi dengan persembahan yang bakal disajikan kerana saya menggunakan pengarah muzik dan penari profesional serta teknologi terkini untuk memeriahkan lagi persembahan,” ujarnya.  

Pada majlis yang sama, turut diumumkan penajaan dana dari syarikat hartanah yang pernah melantik Noraniza sebagai duta mereka. 

"Alhamdulillah saya rasa lega apabila dana ini dapat menampung kos keseluruhan Konsert Malai Solo. Bagaimanapun, saya masih mengalu-alukan penaja lain yang ingin membantu membiayai konsert ini," katanya. 

Noraniza Idris
Noraniza Idris

Ditanya tentang soal persiapan menjelang konsert yang tinggal kira-kira dua bulan dari sekarang, kata Noraniza dia kini akan menjalani diet untuk mengurangkan berat badan sebanyak 15 kilogram yang akan dipantau anaknya sendiri yang merupakan seorang jurulatih kecergasan. 

Selain itu dia juga bakal mendapatkan khidmat jurulatih vokal sebagai langkah persediaan menghadapi konsert itu nanti. 

Konsert berdurasi dua jam itu bakal menyaksikan Noraniza menyanyikan 24 buah lagu termasuk medley yang merangkumi lagu-lagu berentak Irama Malaysia dan etnik kreatif. 

Tiket-tiket telah mula dilancarkan pada 19 Ogos lalu melalui www.ilassotickets.com dengan harga VVIP Awallah Dondang RM1,599, VIP Dikir Puteri RM899, Intan Payung RM399 dan Hati Kama RM299. - Getaran 24 Ogos 2022.

Sorotan

1

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

2

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

3

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

4

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

5

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

6

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

Disyorkan untuk anda

Selebriti 8 jam yang lalu

M Nasir Fail Saman Lebih RM5 Juta Terhadap Grab Malaysia

oleh Rahayu MN

Selebriti 1 hari yang lalu

Aghniny Terima Tawaran Filem Khadam Sebagai Penghargaan Buat Ibu

Aghniny yang membuat penampilan sulung dalam filem Malaysia menerusi watak Melor, berkata tema keibuan yang diangkat dalam filem itu mempunyai kaitan rapat deng...