web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Gempak Magis! Konsert Bunkface! 15 Years Of Korang Dipenuhi Peminat Generasi Baharu Awal 20-an 

Selain mempersembahkan 29 lagu, gimik yang ditonjolkan pada malam konsert itu adalah penampilan van asal yang menjadi simbolik bersejarah kepada Bunkface. 

Muzik Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 05 Aug 2022 6:30PM

Gambar ihsan Hitman Solutions

oleh

Ellyna Ali

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Gempak, Luar BIasa dan melangkaui jangkaan! Itulah antara komen-komen yang dilontarkan kepada band punk rock, Bunkface sewaktu mengadakan Konsert Bunkface! 15 Years Korang yang bertempat di Zepp Kuala Lumpur pada 30 dan 31 Julai lalu. 

Sekaligus menjadi saksi, Bunkface yang dianggotai Sam, Youk, Pa’an dan Biak berjaya menggegarkan pentas Zepp dengan aksi yang bertenaga dan memukau di hadapan peminat tegar yang selama ini telah mengikuti perjalanan dan perkembangan muzik mereka sejak band muzik ini ditubuhkan kira-kira 15 tahun lalu. 

Gambar ihsan Hitman Solutions
Gambar ihsan Hitman Solutions

“Kami tidak menyangka turnout yang begitu ramai sehingga tiket habis dijual pada kedua-dua hari persembahannya

“Rata-rata pengunjung yang hadir menyaksikan konsert adalah dari generasi baharu dalam lingkungan umur 21 tahun dan ke atas, yang mula mengenali kami seawal umur 12 tahun. 

“Ramai juga yang merupakan first-timer yang hadir ke konsert sebegitu dengan respon positif. Kebanyakan mereka mengatakan malam tersebut sukar untuk dilupakan dan merupakan salah satu malam terbaik yang pernah mereka alami,” kongsi Sam, vokalis utama dan gitaris Bunkface.

Aksi menakjubkan Bunckface ketika berkasi di pentas. - Gambar ihsan Hitman Solutions
Aksi menakjubkan Bunckface ketika berkasi di pentas. - Gambar ihsan Hitman Solutions

Dalam konsert ini yang dianjurkan Hitman Solutions itu, Bunkface telah mempersembahkan 29 buah lagu kesemuanya termasuk I Miss You, Korang, Situasi, Malam Ini Kita Punya serta Revolusi yang telah melonjakkan nama mereka daripada scene muzik arus muzik bebas kepada arus muzik perdana. 

Di antara gimik yang ditonjolkan pada malam konsert itu adalah penampilan van asal yang menjadi simbolik bersejarah kepada Bunkface. 

Van asal yang menjadi simbolik dalam kerjaya muzik Bunckface turut ditampilkan. - Gambar ihsan Hitman Solutions
Van asal yang menjadi simbolik dalam kerjaya muzik Bunckface turut ditampilkan. - Gambar ihsan Hitman Solutions

“Kami mula mencipta lagu di dalam van tersebut dan membuat gig di sana sini juga dengan van itu. 

“Konsert ini adalah permulaan yang baik bagi kami kerana selepas ini kami sedang merencanakan untuk mengadakan persembahan di negara seberang, Indonesia.

Gambar ihsan Hitman Solutions
Gambar ihsan Hitman Solutions

“Selain itu, mengeluarkan single Bahasa Melayu dan Inggeris yang bakal keluar dalam tahun ini juga beserta album studio kelima yang bakal disiapkan,” jelas Youk, basis Bunkface pula. – Getaran, 5 Ogos 2022



 

Berita Berkaitan

1

Muzik 11 bulan yang lalu

Tiket Konsert Violet Skies: Dato' Sri Siti Nurhaliza Live In Arena Of Stars Masih Boleh Dibeli

2

Muzik 1 tahun yang lalu

Michael Learns To Rock Buai Perasaan Lebih 5,000 Peminat

3

Muzik 1 tahun yang lalu

5 Kumpulan AKB48 Berjaya Himpun Lebih 2,000 Peminat Pada Konsert Pertama Di Malaysia

4

Muzik 1 tahun yang lalu

Ella Memukau, Kini Siap Sedia Terbang ke Singapura

Sorotan

1

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

2

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

3

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

4

Retorik Eksklusif MB Johor Khianati Rakyat, Dedah Hipokrasi Politik UMNO

5

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

6

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

Disyorkan untuk anda

Filem & TV 8 jam yang lalu

RM12 Juta Dalam 11 Hari! ‘Polong’ Terus Hantui Pawagam Seluruh Negara

oleh Rahayu MN