web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Ratu Rock Ella Restu Amir Masdi Rakamkan Semula Lagu Sepi Sekuntum Mawar Merah

Sejak ia dimuat naik pada 30 Julai lalu, MV lagu itu sudah pun Top 30 trending di YouTube dengan lebih daripada 130,000 tontonan.

Muzik Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 04 Aug 2022 8:16PM

Amir juga menyifatkan merakamkan semula lagu yang pernah popular dan hit pada era 1990-an adalah trend industri muzik tanahair ketika ini.

oleh

Ellyna Ali

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Memang menjadi sungguh versi Sekuntum Mawar Merah Amir Masdi. Apabila juara Akademi Fantasia 2016 ini membawakan lagu Ratu Rock Ella ciptaan Fauzi Marzuki dan lirik Lukhman S itu, ia kedengaran seolah-olah seperti lagu nyanyian Amir sendiri.

Tidak hairanlah mengapa saat Amir membawakan lagu itu di program Immortal Song, ia menjadi tular. Bahkan, cover lagu ini yang dimuat naik di saluran YouTube Amir sendiri dan turut meraih tontonan yang banyak.

“Daripada lagu-lagu kak Ella yang banyak dan sedia ada, Sepi Sekuntum Mawar Merah adalah lagu yang paling saya gemari.

“Sebab itulah, saya nyanyikan lagu ini sewaktu menyertai program Akademi Fantasia Megastar, Immortal Song dan buat ‘cover’ sendiri lagu ini.

“Tak sangka pula ramai yang suka dengan versi saya itu. Saya fikir kenapa tidak saya buat satu rakaman yang betul.

“Kemudian saya berbincang dengan pihak pengurusan untuk buat sebuah rakaman audio yang sedap dan visual video muzik yang cantik sebagai hadiah buat peminat yang suka dan selalu minta saya nyanyikan lagu itu.

“Akhirnya, saya ambil keputusan rakamkan lagu itu dalam versi baharu dengan susunan muzik yang lebih segar yang mana saya sendiri melakukannya bersama Rudy Nastia dan Farez Asmadi,” katanya.

Rockstar berusia 26 tahun yang pernah menjadi finalis ‘Anugerah Juara Lagu ke-35’ menerusi lagu “Ku Sakiti” ini turut memberitahu bahawa dia telah pun meminta izin daripada Ella untuk merakamkan semula lagu itu.

“Alhamdulillah, dia terima dengan baik dan dia juga banyak memberikan sokongan dan kata-kata semangat buat saya. Saya pun ada beritahu kak Ella, kalau ada rezeki nanti boleh nyanyi sama-sama,” katanya.

Amir juga mengakui lega apabila penyanyi asal Sepi Sekuntum Mawar Merah itu sendiri cukup terbuka menerima cadangannya untuk memberikan nafas baharu terhadap lagu tersebut.

Malah, saya juga pernah membuat persembahan di hadapan komposer Fauzi Marzuki dan dia pun memberikan komen yang positif.

“Apabila komposer dan juga penyanyi asal memberikan maklum balas baik, ia membuatkan saya lebih berani untuk merakamkan semula lagu ini,” katanya lagi.

Amir juga menyifatkan merakamkan semula lagu yang pernah popular dan hit pada era 1990-an adalah trend industri muzik tanahair ketika ini.

“Memang sekarang ini trend muzik kita adalah ‘cover’ semula lagu lama dan saya pun sedar perkara itu. Kita boleh tengok rentak industri kita sekarang ini lebih kepada mengimbau kembali lagu-lagu lama.

“Tapi, saya sebenarnya memilih lagu ini bukan kerana hendak ikut trend 100 peratus, tetapi memang saya dah lama nak buat.

“Selepas program Immortal Song itu, saya memang ada merancang untuk keluarkan ‘cover’ yang rasmi. Tetapi kami masih belum buat sebarang penetapan.

“Bila trend ini dah masuk, kami pun ikut seperti perancangan sebelumnya,” jelasnya.

Single ‘cover’ “Sepi Sekuntum Mawar Merah” versi Amir Masdi terbitan Nova Music dilancarkan secara rasmi sejak 30 Julai lalu dan serentak itu ditayangkan video muzik rasmi di saluran YouTube ‘Nova Music Videos’.

Menariknya, MV arahan Azuad Abdullah itu menampilkan warga Sekolah Seni Malaysia Johor.

Sejak ia dimuat naik, MV lagu itu sudah pun Top 30 trending di YouTube dengan lebih daripada 130,000 tontonan. - Getaran, 4 Ogos 2022

Sorotan

1

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

2

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

3

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

4

Retorik Eksklusif MB Johor Khianati Rakyat, Dedah Hipokrasi Politik UMNO

5

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

6

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

Disyorkan untuk anda

Filem & TV 8 jam yang lalu

RM12 Juta Dalam 11 Hari! ‘Polong’ Terus Hantui Pawagam Seluruh Negara

oleh Rahayu MN