web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Penubuhan Perbadanan Industri Muzik Perlu Dipercepatkan – Fairuz Hussein 

Menurut Fairuz juga, pihaknya dimaklumkan bahawa terdapat usaha daripada One Stop Music (OSM) untuk menggantikan kedudukan perbadanan industri muzik tersebut. 

Muzik Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 14 Jun 2022 9:45AM

oleh

Ellyna Ali

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Usaha sekumpulan penggiat seni dan karyawan muzik tanah air untuk menubuhkan Perbadanan Industri Muzik Malaysia (PIMM) telah pun diluluskan pihak Kementerian Komunikasi Dan Multimedia Malaysia (KKMM) pada 14 Julai tahun lepas. 

Namun, pembentukan PIMM masih tidak lagi nampak bayangnya dan situasi ini benar-benar telah mencetuskan kekecewaan buat mereka yang selama ini telah berusaha dan berjuang untuk memastikan kewujudan PIMM ini menjadi kenyataan. 

Lebih mengecewakan apabila ada usaha  daripada  pihak lain iaitu  konsortium label, One Stop Music (OSM) mencari peluang untuk menggantikan kedudukan PIMM. 

Meluahkan perasaannya tentang perkara itu menerusi laman facebooknya, Fairuz Hussein berkata, dia amat berharap agar pihak menteri Tan Sri Annuar Musa akan dapat membantu untuk mempercepatkan proses pembentukan PIMM ini.

“Awal tahun lepas, saya dan beberapa penggiat seni dan karyawan seni tanah air telah diundang pihak KKMM untuk menghadiri perbincangan tentang isu dan kemelut yang melibatkan industri  muzik Malaysia. 

“Perbincangan ini diadakan kerana pihak KKMM ingin membantu penggiat seni dan karyawan muzik tanah air. 

“Banyak masalah yang berlaku seperti kisah tentang penganiayaan yang dilakukan pihak syarikat rakaman terhadap artis, kisah syarikat rakaman curi hak lagu-lagu komposer, kisah NGO kutip royalti bagi pihak penggiat seni tetapi gagal mengagihkannya dengan betul tanpa bersikap berat sebelah. 

“Artis yang berkhidmat untuk mereka dapat ratusan ribu manakala penggiat indie pula hanya dapat sedikit. Kadang-kadang artis seperti saya tak dapat apa langsung. 

“Banyak lagi isu-isu lain yang wujud dan sepatutnya, badan kutipan royalti dapat membantu mengurangkan bebanan bagi orang-orang seni yang kurang aktif akibat sakit atau faktor usia,” katanya. 

Gambar Instagram Salamiah Hassan.
Gambar Instagram Salamiah Hassan.

Jelas Fairuz lagi, pembentukan perbincangan bersama pihak KKMM itu diadakan secara virtual dan melibatkan beberapa penggiat seni dan karyawan muzik seperti Datuk DJ Dave, Salamiah Hassan, Noraniza Idris dan Aris Ariwatan termasuk beberapa wakil syarikat rakaman dan pemilik kelab. 

“Perbincangan itu diadakan secara senyap-senyap kerana tidak mahu pembentukan perbadanan tersebut mendapat gangguan daripada pihak-pihak tertentu, bahkan ia juga tidak mahu digembar-gemburkan pihak media kerana bimbang akan memberikan impak negatif. 

“Tapi sayangnya setelah Menteri KKMM bertukar, orang-orang yang  terlibat dalam pembentukan perbadanan juga telah bertukar. 

“Apabila wakil-wakil penggiat seni Malaysia berjumpa dengan Ketua Setiausaha (KSU) KKMM untuk bertanya perkembangan lanjut tentang isu penubuhan PIMM ini, mereka memberikan jawapan bahawa ia perlu dikaji lagi. 

“Tunggu punya tunggu, tiba-tiba kami mendapat emel daripada MyIPO bahawa OSM cuba mencelah masuk menggantikan PIMM. 

“Saya percaya ramai kawan-kawan seni yang mahu melihat PIMM mula aktif agar dapat membantu memperbetulkan segala permasalahan yang wujud di dalam industri muzik tanah air kita ini,” katanya. 

Gambar:  Fairuz Hussein IG 

Berita Berkaitan

1

Selebriti 2 tahun yang lalu

DJ Dave Raih Anugerah Khas Kelab Rotary Untuk Perpaduan

2

Luar Negara 2 tahun yang lalu

Hantaran Instagram Taylor Swift Bantu Pecah Rekod Pendaftaran Undi

3

Semasa 2 tahun yang lalu

Pelan Tindakan Fasa Pertama Tangani Isu Industri Kreatif Mula Suku Ketiga Tahun Ini

4

Selebriti 3 tahun yang lalu

Penyanyi Legenda Bossa Nova, Astrud Gilberto Meninggal Dunia

Sorotan

1

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

2

Pemandu 4WD Positif Dadah Ditahan, Dikesan Pandu Secara Mengundur Di Lebuh Raya

3

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

4

Kerjasama Dengan BERSATU Tamat Demi Perpaduan Dan Kestabilan Politik - PAS

5

Lelaki Guna Pembesar Suara Cetus Kebimbangan, Dakwa Kononnya COVID-19 Kembali Menular

6

Kanak-Kanak Perempuan Maut, Abang Kritikal Jatuh Dari Pangsapuri

Disyorkan untuk anda

Muzik 1 hari yang lalu

Dewa 19 Buktikan Keunggulan Katalog Lagu Dalam Konsert Cintaku Tertinggal Di Malaysia

oleh Rahayu MN