Berita Terkini

2 minggu yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 2 minggu yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 3 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 4 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 1 bulan yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


‘Ratu Lagu Raya’ Kembali Dengan Lagu Baharu Selepas Enam Tahun

Ratu lagu raya negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza menambah satu lagi buah tangan dalam resume lagu rayanya apabila tampil dengan lagu bertemakan Syawal berjudul 'Lip Lap Raya' ciptaan Ajay Amai, Glow Rush, Karim Karam dan Mike Chan.

Muzik Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 21 Apr 2022 11:23AM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

‘Ratu lagu raya’, itulah gelaran yang sesuai diberikan untuk penyanyi nombor satu negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza. Saban tahun setiap kali syawal menjelma, deretan lagu-lagu raya popular dendangan Siti pasti berkumandang di corong-corong radio.

Bermula dengan 'Sesuci Lebaran', 'Nazam Lebaran', 'Anugerah Aidilfitri' dan banyak lagi, kini selepas enam tahun, Siti kembali menghadiahkan para peminatnya dengan lagu raya baharu yang berjudul 'Lip Lap Raya'.

Lagu dan lirik 'Lip Lap Raya' adalah ciptaan bersama Ajay Amai, Glow Rush, Karim Karam dan Mike Chan.  Lagu ini menggabungkan rentak inang, canggung serta turut diselitkan elemen dikir barat manakala liriknya pula berkisarkan kemeriahan sambutan hari raya setelah dua tahun berada dalam fasa pandemik.

Penerbit lagu, Glow Rush mengatakan bahawa keistimewaan pada lagu 'Lip Lap Raya' adalah daripada gabungan elemen tradisional dan moden seperti penggunaan dram elektronik, synth serta vokal Siti yang menjadi kekuatan lagu tersebut.

Pihak Siti Nurhaliza Productions (M) Sdn.Bhd dan Universal Music Malaysia sebagai penerbit bersama single 'Lip Lap Raya', yakin dengan penerimaan peminat muzik tanahair terhadap karya terbaharu Siti Nurhaliza ini.

Menurut Siti sendiri, lagu 'Lip Lap Raya' adalah sebuah lagu yang dapat menarik minat pendengar walaupun baru pertama kali mendengarnya. Lazimnya sebuah lagu baharu akan mengambil masa untuk diterima atau digemari tetapi muzik yang ditampilkan menerusi lagu 'Lip Lap Raya' akan dapat melekat di hati pendengar.

“Saya gembira kerana dapat merakamkan lagu 'Lip Lap Raya' serta menambah koleksi lagu raya nyanyian saya. Saya sangat berharap agar lagu ini turut menjadi sebuah lagu raya evergreen pada satu hari nanti," ujar Siti yang turut menyiapkan video muzik 'Lip Lap Raya', arahan Aaron Lee.

Video muzik rasmi 'Lip Lap Raya' boleh ditonton di saluran YouTube Siti Nurhaliza bermula 20 April 2022. Lagu ini sudah boleh didapati di platform digital seperti Spotify, Apple Music, Joox, KKBOX, Deezer dan YouTube Music, JOOX, KKBox dan Deezer bermula 20 April 2022. - Getaran, 21 April 2022

Gambar: PR

Berita Berkaitan

1

Semasa 3 minggu yang lalu

Bekalan Bahan Mentah Mencukupi Sepanjang Syawal - KPKM

2

Video & Galeri 3 minggu yang lalu

Nyanyian Duet Tengku Ampuan Pahang, Datuk Sri Siti Nurhaliza Pikat Tetamu

3

Muzik 1 bulan yang lalu

Selepas Berdekad Di Persada Seni, Search Akhirnya Tampil Dengan ‘Sujud Aidilfitri’

4

Selebriti 1 bulan yang lalu

Lagu Raya Bukan Sekadar Sedap Didengar, Tapi Perlu Ada 'Jiwa'

Sorotan

1

Mendiang Mutang Dikebumi Isnin

2

Laporan Interim Nahas Helikopter TLDM Dikeluarkan Esok – Fahmi

3

Pokok Tumbang: Mangsa Lelaki Dibenar Keluar Hospital, Warga Sweden Masih Dirawat

4

Мahkamah Benar Muhyiddin Dapatkan Pasport Bagi Lawat Kakak Sakit Di Australia

5

PRK Kuala Kubu Bharu Bermula Secara Rasmi

Disyorkan untuk anda

Selebriti 1 hari yang lalu

Shila Amzah Selamat Bersalin, Ubai Sebak Lihat Isteri Bertarung Nyawa

oleh Wartawan Hiburan Getaran

Selebriti 1 hari yang lalu

Selamat Pulang Ke Alam Abadi, A. Halim

Allahyarham menghembuskan nafas terakhir kerana angin ahmar 

oleh Sophia Ahmad

Selebriti 22 jam yang lalu

Justin Bieber dan Isteri Bakal Timang Cahaya Mata Pertama 

oleh Wartawan Hiburan Getaran

Selebriti 2 jam yang lalu

Ernie Zakri Muncul Dengan Produk Suplemen Untuk Kekal Bertenaga Jalani Kehidupan Harian

oleh Rahayu MN