Berita Terkini

1 hari yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 2 hari yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 1 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 1 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


M Nasir Kembali Dengan Konsert Solo Bertema Raya Pada 27 Mei 

Selepas penganjuran konsert solonya pada 2019, M Nasir akui amat rindu untuk membuat persembahan di hadapan peminat. 

Muzik Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 15 Apr 2022 6:30PM

oleh

Ellyna Ali

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Menjayakan sebuah konsert berskala besar adalah impian setiap penghibur. Tidak terkecuali Datuk M Nasir yang pernah beraksi hebat dalam konsert solo meganya kira-kira empat tahun yang lalu. 

Kehebatan M Nasir beraksi dengan repertoire lagu-lagunya yang penuh estetika masih lagi berbekas dan meninggal impak yang cukup besar buat kita semua dan sebagai penghibur, pastinya artis yang punya pelbagai bakat ini tidak sabar untuk menyatu semula di atas pentas. 

Perasaan yang tebal mendalam inilah yang mendorong penghibur Datuk M Nasir untuk menerima tawaran menjayakan 'Konsert Satu Hari Di Hari Raya Bersama Dato M.Nasir' yang bakal diadakan di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL), pada 27 Mei ini, jam 8 malam.

Mengakui teruja dengan tawaran yang diberikan, M.Nasir menyifatkan konsert yang bertemakan sambutan Aidilfitri itu bakal menjadi penawar untuk mengubati kerinduan peminat. 

“Selepas penganjuran konsert solo saya pada 2019, saya akui amat rindu untuk membuat persembahan di hadapan peminat. 

“Justeru apabila ditawarkan untuk menjayakan konsert ini, saya terus menerimanya kerana saya tahu peminat memang cukup menantikan persembahan daripada saya,” kata seniman kelahiran asal Singapura ini. 

Memperincikan maklumat mengenai konsert itu, penyanyi berusia 64 tahun ini berkata persembahan 90 minit itu bakal menyaksikan dia mendendangkan 20 buah lagu popularnya.

“Untuk konsert selama satu setengah jam itu,  persembahan saya bakal diiringi oleh sembilan orang pemuzik termasuk penyanyi latar. 

“Bersesuaian dengan konsep, saya juga akan menyampaikan lagu bertemakan Hari Raya termasuk lagu yang pernah hit sebelum ini.

“Dari segi persiapan, saya akan mula menjalani latihan tidak lama lagi. Lagipun kebanyakan lagu yang dipilih adalah lagu yang memang kerap saya nyanyikan dalam mana-mana persembahan, jadi saya tak berdepan dengan masalah untuk menyanyikannya.

“Walaupun konsert ini berlangsung di dalam dewan tertutup dan bukannya di pentas terbuka namun saya akan pastikan peminat bukan sahaja terhibur tetapi dapat bersama-sama menyanyi dan menari bersama saya.

“Saya akan bawa atmosfera dan aura konsert yang penah saya jayakan di pentas terbuka ke dalam konsert itu,” katanya. 

Mengulas inisiatif penganjur menganjurkan konsert di dewan tertutup walaupun mengetahui kapasiti penonton tidaklah seramai sepertimana penganjuran di stadium, pelantun Mentera Semerah Padi ini memuji dan menyokong penuh usaha yang dijalankan mereka itu.

“Apa yang mereka lakukan itu sangat bagus dan saya puji inisiatif serta keprihatinan mereka itu. Dalam situasi hari ini, kita memerlukan penganjur yang berani untuk menganjurkan konsert. 

“Tak kisahlah dengan cara apa sekali pun kerana dengan usaha mereka itu, ia secara tidak langsung dapat merancakkan atau menggerakkan kembali industri muzik,” katanya.

'Konsert Satu Hari Di Hari Raya Bersama Dato M.Nasir' ini dianjurkan Konsortium Industri Rakaman Muzik Malaysia (IRAMA) bersama rakan kongsi, Roman Abdi Sdn Bhd dan Luncai Emas Sdn Bhd.

Presiden IRAMA, Ayob Abd Majid memaklumkan bahawa konsert itu juga adalah persembahan amal yang bertujuan untuk membantu IRAMA menyantuni golongan penggiat seni yang kurang bernasib baik.

Ayob turut memberi  jaminan konsert itu nanti bukan sahaja dapat menghiburkan peminat penyanyi yang mendapat jolokan Sifu itu tetapi juga turut memberi kepuasan maksimum kepada mereka.

“Selagi pilihan lagu yang menarik dan menepati cita rasa peminat, konsert itu turut sempurna dari aspek teknikal apabila kami menggunakan khidmat penata cahaya dan sistem bunyi yang bagus dan berkualiti sama seperti yang kita lihat dan dengar di konsert yang dibuat di stadium,” katanya,

Maklumat pembelian tiket boleh didapati dengan menghubungi Ayob Abd Majid (019 3682548), Sham Amir Hussain (011 55026994) dan Salimey (016 6720370). - Getaran, 15 April 2022

Gambar: IRAMA 

Sorotan

1

“Tiada Kasino Berlesen, Tipu” – PM

2

Najib Tak Pernah Arah Pengurusan 1MDB Pindah US$1.03 Bilion Kepada Syarikat Jho Low – Saksi

3

Keperluan Teliti SOP Latihan Udara Bergantung Laporan Siasatan – Khaled

4

Norjuma Didakwa Cederakan 3 Individu, Berbuat Khianat

5

Pengebumian Joanna Diiringi Tangisan Anaknya

6

Tragedi Helikopter TLDM : Jasad Mendiang Joanna Felicia Dikebumikan Di Serian Pagi Ini

Disyorkan untuk anda

Budaya 17 jam yang lalu

Temui Personaliti Anime Kegemaran Anda Di Anime Fest Plus 2024  

oleh Wartawan Hiburan Getaran

Selebriti 1 hari yang lalu

Adira Sah Bercerai

Lafaz talak satu dibuat Datuk Seri Adnan Abu di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Barat pagi tadi.

oleh Wartawan Hiburan Getaran

Selebriti 21 jam yang lalu

Amar Baharin Dedah Tanah Ada 2 Geran, MB Selangor Janji Siasat

Pelakon itu memaklumkan tanah milik ibunya di Semenyih dibeli puluhan tahun lalu, namun sudah didiami ‘tuan tanah’ lain

oleh Rahayu MN

Selebriti 1 hari yang lalu

Bella Astillah Akui Bertemu Sarah Jasmine, Baca Mesej Ruhainies Desak Aliff Buka Aibnya

oleh Helmi Anuar