web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Belum Debut, The Gadys Kaut 1 Juta ‘Likes’ di TikTok

Walaupun belum menyatakan tarikh debut, namun The Gadys yang dianggotai empat orang ahli iaitu Nelissa Nizam, Aznie Azmi, Ayunie Rizal dan Faa Zaini melancarkan single raya bertajuk 'Gadys Raya' sebagai pra debut mereka.

Muzik Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 13 Apr 2022 4:10PM

oleh

Wafa Aula

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Sebuah lagi kumpulan M-pop wanita bakal mencetus fenomena di pentas seni hiburan tanah air. Biarpun belum melancarkan album debut, perjalanan dan aktiviti kumpulan dikenali sebagai The Gadys ini banyak dikongsikan menerusi aplikasi TikTok sehingga mengaut lebih daripada 1 juta tanda suka di akaun rasmi mereka.

Sebaliknya, baru-baru ini, The Gadys yang dianggotai empat orang ahli iaitu Nelissa Nizam, Aznie Azmi, Ayunie Rizal dan Faa Zaini menyusun strategi berbeza dan lebih semasa dengan melancarkan single raya sebagai pra debut mereka bertajuk 'Gadys Raya'.

Lagu yang dihasilkan oleh Romeo, Glow Rush, Nick Ariff dan Acap Salim itu menceritakan pengalaman anggota The Gadys yang tidak dapat pulang ke kampung untuk beraya kerana pandemik dua tahun lalu.

Video muzik lagu yang berdurasi tiga minit arahan Lily Samsuddin itu telah menerima 19 ribu tontonan sejak ia mula dimuat naik empat hari lalu.

Aznie, salah seorang daripada anggota The Gadys menghuraikan maksud tersirat yang terdapat di dalam video muzik berkenaan. Baginya, aktiviti yang dilakukan di hari raya mampu membuat kita melupakan perkara yang lalu.

“Sebenarnya di sebalik keceriaan lagu yang menceritakan penat lelah membakar lemang, menggayakan pakaian raya baharu dan menikmati juadah di pagi raya bersama-sama terselit mesej untuk kita meraikan lebaran tanpa mengenang perkara yang telah lalu,” katanya.

Bercerita lanjut mengenai proses rakaman lagu ini, The Gadys mengakui ia dijalankan dalam suasana yang sangat menyeronokkan.

“Penerbit mementingkan karakter setiap seorang daripada kami. Dengan adanya karakter, proses rakaman menjadi lebih seronok. Kami akui sangat gembira sepanjang proses rakaman apalagi kumpulan kami juga sangat terbuka dengan sebarang idea,” tambah Aznie lagi.

Berbeza pula bagi Ayunie, penuntut Fakulti Teater, Akademi Seni  Budaya dan Warisan Kebangsaan (ASWARA) yang mengakui menunggu hasil muzik video siap adalah sesuatu yang sangat mendebarkan.

“Walaupun terpaksa menunggu lama sewaktu proses rakaman muzik video, kami tidak mengeluh kerana sudah terbiasa menjalani penggambaran sehingga lewat malam. Bagaimanapun penantian itu berbaloi.

“Pengalaman bernyanyi sambil menari dari awal sehingga habis rakaman amat berbeza berbanding sewaktu sesi latihan. Ini kerana sepanjang penggambaran, kami perlu sentiasa menjaga penampilan dan memberikan sepenuh tenaga sehingga kami sendiri berpuas puas hati,” jelasnya.

Terdahulu, The Gadys ditubuhkan ketika keempat-empat gadis ini menuntut di universiti yang sama. Mereka kemudian bersahabat baik dan tidak boleh berenggang.

The Gadys (@thegadys) TikTok | Watch The Gadys's Newest TikTok Videos

Biarpun dibesarkan dengan personaliti dan latar belakang berbeza, mereka bagaimanapun mempunyai minat yang sama dalam bidang seni dan saling melengkapi antara satu dengan yang lain.

Lagu Gadys Raya akan dilancarkan di semua platform seperti Spotify, Apple Music, Joox, KKBOX, Deezer dan YouTube Music. - Getaran, 13 April 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 tahun yang lalu

Pemandu Bas Muat Naik Video Kanak-Kanak: MCMC Diminta Beri Kerjasama Kepada Polis

2

Semasa 1 tahun yang lalu

Komen Jelik Di TikTok, Penjawat Awam Disiasat Pihak Berkuasa

3

Video & Galeri 2 tahun yang lalu

Merokok Di Stesen Minyak Tak Boleh, Tapi Masak Boleh Ek?

4

Semasa 2 tahun yang lalu

Harga Murah, Akses Mudah Faktor Pengguna Berbelanja Di Platform E-Dagang

Sorotan

1

Lelaki Guna Pembesar Suara Cetus Kebimbangan, Dakwa Kononnya COVID-19 Kembali Menular

2

Kanak-Kanak Perempuan Maut, Abang Kritikal Jatuh Dari Pangsapuri

3

PM Puji Keberkesanan Kementerian Komunikasi Perjelas Pelaksanaan BUDI95

4

Gempa Bumi 8.2 Landa Mindanao, Pihak Berkuasa Keluarkan Amaran Tsunami

5

Dikurung Dalam Stor Beberapa Minggu, Polis Selamatkan Kanak-Kanak Mangsa Dera Ibu Angkat

6

Sebuah Kerajaan Bukan Hadiah Untuk Dirampas

Disyorkan untuk anda

Muzik 15 jam yang lalu

Dewa 19 Buktikan Keunggulan Katalog Lagu Dalam Konsert Cintaku Tertinggal Di Malaysia

oleh Rahayu MN

Muzik 1 hari yang lalu

SPOTLIGHT KLCC Tampil Pengalaman Showcase Premium, Himpunkan Barisan Artis Hebat Industri Muzik Tempatan

Menggabungkan elemen persembahan berkualiti tinggi, suasana premium dan lebih intim, SPOTLIGHT KLCC menawarkan harga tiket yang mampu dibeli oleh pelbagai golon...

oleh Rahayu MN