web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Lancarkan Boom! Radio, KRU Dan Astro Radio Umum Kerjasama Strategik

Boom! Radio menawarkan lagu-lagu popular tempatan, serantau dan antarabangsa melalui aplikasi popular SYOK.

Muzik Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 08 Apr 2022 8:50AM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KRU Media Sdn. Bhd (KRU) meluaskan lagi empayar perniagaan mereka dengan melancarkan rangkaian radio atas talian yang dinamakan Boom! Radio.

Pelancaran Boom! Radio yang mendapat Kerjasama Astro Radio itu menawarkan lagu-lagu popular tempatan, serantau dan antarabangsa dengan menyajikan bahan berita hiburan terhangat dan terkini, melalui aplikasi popular SYOK dan laman web Boom! 

Dengan kerjasama strategik ini, KRU dan Astro Radio akan memanfaatkan kekuatan dan sumber dalaman masing-masing dalam menawan peluang baru sejajar dengan peningkatan permintaan bagi kandungan melalui radio atas talian dan podcast. 

Boom! Radio akan mengintegrasikan “pengaruh-digital”nya dengan platform e-dagang serta aktiviti-aktiviti secara langsung seperti konsert, tayangan perdana bagi filem, acara sukan, konvokesyen dan banyak lagi selaras dengan peralihan Malaysia ke arah fasa endemik.

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif KRU Media Sdn Bhd, Datuk Norman Abdul Halim berkata, pihaknya yakin dapat mencipta era baru dalam menyediakan bahan hiburan menarik dan berinteraksi dengan pendengar. 

“Usaha ini juga dilakukan untuk menyokong rakan seperjuangan dalam industri muzik bagi menghidupkan semula jualan format fizikal seperti piring hitam dan CD serta menggalakkan semula penontonan filem di pawagam, dan memperkasakan para pengiklan… terutamanya jenama yang mempunyai integrasi platform e-dagang,” katanya dalam sidang media Boom! Radio. 

Pada majlis sidang media tersebut, Norman turut mengumumkan barisan penyampai Boom! Radio iaitu –Jimmy, Cema, Natalhia dan Lorde.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif, Astro Radio, Kenny Ong pula berkata, pihaknya sangat teruja dengan penyertaan Boom! Radio kendalian KRU Media di SYOK di mana semua rakyat Malaysia boleh menstrim dan menikmati pemilihan muzik mereka.

“Selain,  mempelbagaikan kandungan audio hiburan, kami juga teruja untuk bekerjasama dengan lebih ramai rakan kongsi tempatan dan serantau yang lain dalam memperkukuhkan kedudukan SYOK sebagai Rumah Radio, Muzik dan Podcast,” katanya. 

Boom! Radio menyiarkan 3 jam kandungan baru yang diulang-siar selama 24 jam sehari dengan rancangan istimewa pada hujung minggu untuk carta muzik Malaysia seperti “Boom! Top 40” serta banyak lagi kandungan eksklusif yang lain. Untuk penstriman, muat turun aplikasi Syok dan tekan pautan Boom! Radio atau layari www.boom-malaysia.com. Getaran, 8 April 2022 

Gambar: KRU Media Sdn Bhd 

Berita Berkaitan

1

Filem & TV 4 tahun yang lalu

Md Nasir Ibrahim Ketua Pegawai Eksekutif FINAS Baharu Berkuat Kuasa Esok

Sorotan

1

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

2

Pemandu 4WD Positif Dadah Ditahan, Dikesan Pandu Secara Mengundur Di Lebuh Raya

3

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

4

Kerjasama Dengan BERSATU Tamat Demi Perpaduan Dan Kestabilan Politik - PAS

5

Lelaki Guna Pembesar Suara Cetus Kebimbangan, Dakwa Kononnya COVID-19 Kembali Menular

6

Kanak-Kanak Perempuan Maut, Abang Kritikal Jatuh Dari Pangsapuri

Disyorkan untuk anda

Muzik 1 hari yang lalu

Dewa 19 Buktikan Keunggulan Katalog Lagu Dalam Konsert Cintaku Tertinggal Di Malaysia

oleh Rahayu MN