web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


"Tremendous" Cerminan Kisah Persahabatan 17 Tahun 6ixthsense

"Tremendous" adalah sebuah lagu balada yang mengangkat kisah persahabatan yang akrab sehingga sanggup berkorban sewaktu susah dan senang. 

Muzik Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 16 Mar 2022 3:06PM

oleh

Ellyna Ali

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Setelah lama menyepi tanpa sebarang single, akhirnya kumpulan 6ixthsense keluar dari pertapaan mereka dengan mempertaruhkan single terbaharu dengan judul "Tremendous". 

Dianggotai Adi Priyo Sambodo atau Adi selaku vokalis, Mohd Faiz Azizi (Gjie) - pemain gitar utama, Shahrul Effendy (Athan) - pemain gitar kedua, Mohd Fairuz (Ayoy) - pemain bass, Safuan Hasnan (Wan) - pemain drum, 6ixth Sense menganggap kemunculan single terbaharu mereka itu sebagai momen yang tepat.

Sengaja menggunakan bahasa Inggeris sebagai judul single mereka buat julung kali pertama, Tremendous adalah sebuah lagu balada yang mengangkat kisah persahabatan yang akrab sehingga sanggup berkorban sewaktu susah dan senang. 

“Tremendous sebenarnya mempunyai hubung kait dengan 6ixthsense dan persahabatan kami selama 17 tahun dengan segala liku liku juga naik turun yang kami lalui.

“Inilah juga antara sebab mengapa kami melancarkan lagu ini. Kami ingin tonjolkan sebuah lagu yang cerminan daripada persahabatan kami selama ini dan juga menjadi lagu pembakar semangat bagi semua pencinta muzik,” kata Adi Priyo. 

"Tremendous" yang dicipta sendiri Adi Priyo bersama Nawfas, Yoya, Athan dan Hary turut memperlihatkan perubahan hala tuju muzik mereka. 

Sekian lama bergelumang dengan genre untaian cinta termasuk Sebait Hati yang dipasarkan pada 2019, kini mereka cuba hasilkan lagu yang lebih membakar semangat. 

“Perubahan ini bukanlah sebuah eksperimen tetapi sebagai indikasi kepada pemikiran dan semangat dewasa kumpulan ini. 

“Dengan kedewasaan dalam bermuzik kali ini kami ingin menyajikan kelainan sewaktu menyampaikan lagu yang penuh dengan semangat muda, persahabatan dan juga pengorbanan. Liriknya pula penuh dengan kekuatan magis pembangkit semangat persahabatan,” kata Adi.

Tidak hanya dilancarkan sebagai alunan di telinga, Tremendous dijelmakan bersama muzik video. Lewat muzik videonya, Tremendous diceritakan dengan plot penculikan seorang wanita.

“Muzik video Tremendous menyentuh kisah tentang seorang wanita yang diculik dan sahabat yang mencuba menyelamatkannya walaupun menghadapi penculik penculik yang sangat bengis tanpa mengenal rasa takut.

“Walaupun dia sebenarnya tak mampu menghadapi tapi dia redah juga demi seorang sahabat,” jelas Adi.

Dengan kelahiran Tremendous, Adi berharap kembali mampu memeriahkan industri muzik tempatan dan Nusantara yang ‘terganggu’ kerana pandemik COVID 19.

“Jangan berputus asa untuk terus menghasilkan karya karya yang hebat. Jangan tumbang patah semangat jika hayat belum sekarat hidup hanya sekali,” kata Adi.

Tremendous boleh didengar di Spotify, Apple Music, JOOX pada 17 Mac ini.  Muzik videonya pula akan boleh disaksikan menerusi @ Youtube : 6ixthsenseTV bermula pukul 5 petang. - Getaran, 16 Mac 2022

Sorotan

1

Kerjasama Dengan BERSATU Tamat Demi Perpaduan Dan Kestabilan Politik - PAS

2

Lelaki Guna Pembesar Suara Cetus Kebimbangan, Dakwa Kononnya COVID-19 Kembali Menular

3

Kanak-Kanak Perempuan Maut, Abang Kritikal Jatuh Dari Pangsapuri

4

PM Puji Keberkesanan Kementerian Komunikasi Perjelas Pelaksanaan BUDI95

5

Gempa Bumi 8.2 Landa Mindanao, Pihak Berkuasa Keluarkan Amaran Tsunami

6

Dikurung Dalam Stor Beberapa Minggu, Polis Selamatkan Kanak-Kanak Mangsa Dera Ibu Angkat

Disyorkan untuk anda

Muzik 1 hari yang lalu

Dewa 19 Buktikan Keunggulan Katalog Lagu Dalam Konsert Cintaku Tertinggal Di Malaysia

oleh Rahayu MN