web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


'The Malaysian Real Book' Himpun 240 Lagu Popular Tempatan!

Dihasilkan dalam tempoh 18 bulan, kesemua lagu dalam buku ini merangkumi pelbagai genre dan zaman yang pasti mencerminkan budaya masyarakat berbilang kaum di Malaysia.

Muzik Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 26 Jan 2022 8:42AM

oleh

Wafa Aula

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Buat julung kalinya di rantau Asia, sebuah naskhah yang menghimpunkan 240 lagu pengkarya tanah air didokumentasikan dalam sebuah buku dinamakan Malaysian Real Book.

Dalam sejarah muzik dunia, ‘real book’ adalah istilah yang digunakan untuk buku yang menghimpunkan kompilasi lagu dengan catatan notasi muzik, simbol kord dan lirik. 

'The Malaysian Real Book' yang menghimpunkan 240 koleksi lagu tanah air.
'The Malaysian Real Book' yang menghimpunkan 240 koleksi lagu tanah air.

Dengan hasil usaha Jawatankuasa Malaysian Jazz Piano Festival (MJPPF) selama 18 bulan, kini Malaysia mempunyai ‘real book’ pertamanya dengan pelbagai genre dan bahasa yang melambangkan identiti Malaysia.

“Kita akan mengalami kelompongan jika pemilihan lagu disandarkan kepada populariti sahaja. Maka, kami membuat keputusan untuk memilih lagu-lagu untuk termuat dalam buku ini berdasarkan kepada kategori berbeza dan merentas zaman.

“Lagu-lagu yang termuat dalam buku ini datang  daripada pelbagai genre termasuklah lagu klasik dari Sabah dan Sarawak. Terdapat juga lagu-lagu indie yang turut dimuatkan.

“Objektif kami jelas iaitu jika lagu-lagu dalam buku dimainkan 100 tahun akan datang sekalipun, muzik dan susunannya masih memberikan nilai dan melambangkan budaya Malaysia jika dimainkan,” kata pengarah projek Malaysian Real Book, Michael Veerapen ketika ditemui Getaran baru-baru ini.

Usaha keras Jawatankuasa Malaysian Jazz Piano Festival (MJPPF) selama 18 bulan untuk menghasilkan 'The Malaysian Real Book' wajar dipuji.
Usaha keras Jawatankuasa Malaysian Jazz Piano Festival (MJPPF) selama 18 bulan untuk menghasilkan 'The Malaysian Real Book' wajar dipuji.

Menurutnya lagi, antara kriteria lain yang dilihat semasa pemilihan adalah sesebuah lagu itu mestilah mempunyai not muzik yang boleh dimainkan. Oleh sebab itu, lagu-lagu berbentuk rap mengalami kesukaran dan tidak terpilih untuk edisi kali ini.

Selepas mempunyai beberapa senarai lagu, mereka akan berkumpul sekali lagi dan sesi saringan dijalankan untuk memilih lagu-lagu yang betul-betul memberikan impak kepada industri muzik tanah air ini hari ini mahupun akan datang. Antara lagu-lagu yang termuat dalam buku ini ialah 'Jeritan Batin Ku', 'Getaran Jiwa', 'Hijau', 'Sinaran' dan 'Geylang Si Paku Geylang'. 

Bagi mengelakkan salah faham memandangkan terdapat lagu yang katanya berasal daripada negara jiran. Beberapa lagu saduran dan kontroversi seperti 'Rasa Sayang' tidak dipilih untuk didokumentasikan dalam buku ini. 

Dengan adanya buku ini, ia bakal menjadi rujukan komuniti muzik tidak hanya di Malaysia malah secara global. Buku ini juga akan dihantar ke beberapa institusi muzik dan pengajian dunia untuk melebarkan lagi kepelbagaian muzik Malaysia di mata dunia. Syabas diucapkan! - Getaran, 26 Januari 2022

Gambar: Opie Sofia

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 minggu yang lalu

Malaysia Kekalkan Prinsip, Selesaikan Semua Konflik Dengan Diplomasi - PM

2

Semasa 2 bulan yang lalu

Anwar Ucap Tahniah Kepada Anutin, Sasar Perkukuh Hubungan Malaysia-Thailand

3

Luar Negara 3 bulan yang lalu

Suspek Kes Pornografi Kanak-Kanak Diekstradisi Ke AS

4

Rencana 4 bulan yang lalu

Detik Malaysia Mendunia Telah Tiba, Kita Mampu Lakukan!

Sorotan

1

Lelaki Guna Pembesar Suara Cetus Kebimbangan, Dakwa Kononnya COVID-19 Kembali Menular

2

Kanak-Kanak Perempuan Maut, Abang Kritikal Jatuh Dari Pangsapuri

3

PM Puji Keberkesanan Kementerian Komunikasi Perjelas Pelaksanaan BUDI95

4

Gempa Bumi 8.2 Landa Mindanao, Pihak Berkuasa Keluarkan Amaran Tsunami

5

Dikurung Dalam Stor Beberapa Minggu, Polis Selamatkan Kanak-Kanak Mangsa Dera Ibu Angkat

6

Sebuah Kerajaan Bukan Hadiah Untuk Dirampas

Disyorkan untuk anda

Muzik 1 hari yang lalu

Dewa 19 Buktikan Keunggulan Katalog Lagu Dalam Konsert Cintaku Tertinggal Di Malaysia

oleh Rahayu MN