web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


MRS Diiktiraf Badan Pelesenan Kutipan Royalti Penggiat Seni Muzik Sabah

MRS akan menjalankan aktiviti kutipan royalti mewakili penyanyi, pemuzik dalam rakaman lagu, pembikinan video muzik dan syarikat rakaman tempatan melibatkan etnik tempatan Sabah.

Muzik Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 17 Jan 2022 8:33AM

Pengerusi dan Pengarah Urusan MRS, Asmin Mudin. Gambar: Facebook MRS (@MRSberhad)

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) mengiktiraf Music Rights Sabah Berhad (MRS) sebagai badan pelesenan bagi menjalankan aktiviti kutipan royalti penggiat seni muzik tempatan di Sabah berkuat kuasa 7 Jan lepas.

Perkara itu diumumkan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Datuk Seri Alexander Nanta Linggi pada Majlis Apresiasi Kepenggunaan di sini, malam ini.

Turut hadir Menteri Pembangunan Masyarakat dan Kesejahteraan Rakyat Sabah Datuk Shahelmey Yahya dan Pengarah KPDNHEP Sabah Georgie Abas.

Pada majlis itu, Nanta turut menyerahkan sijil badan pelesenan untuk MRS kepada Pengerusi yang juga Pengarah Urusan MRS Asmin Mudin.

Bercakap kepada pemberita, Nanta berkata MRS akan menjalankan aktiviti kutipan royalti mewakili penyanyi, pemuzik dalam rakaman lagu, pembikinan video muzik dan syarikat rakaman tempatan melibatkan etnik tempatan Sabah.

“Penubuhan dan pengiktirafan MRS sebagai badan pelesenan antara lain akan memberi manfaat kepada ahli-ahlinya dalam menguruskan hak royalti di samping menjaga kebajikan mereka dalam industri muzik.

Antara ahli bernaung di bawah badan ini ialah pencipta lagu, penulis lirik, penyanyi, pemuzik dalam rakaman lagu, pembikin video muzik dan syarikat rakaman,” katanya.

Nanta berkata MRS merupakan badan pelesenan ketujuh diisytihar Pegawal Hak Cipta di bawah Perbadanan Harta Intelek Malaysia (MyIPO) yang diberi kuasa mengutip royalti muzik dan mengeluarkan lesen penggunaan muzik di khalayak umum khususnya di Sabah.

Enam yang lain sebelum ini ialah Music Authors Copyright Protection Berhad (MACP), Public Performance Berhad (PPM), Recording Performers Berhad (RPM), MPLC Sdn Bhd,  Malaysia Reprographic Rights Centre Malaysia Berhad (MARC) dan Music Right (Sarawak) Berhad, katanya. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 minggu yang lalu

Dakwaan Rasuah Sabah Memuncak, Azam Baki Bakal Saman Ahli Perniagaan Atas Tuduhan Fitnah

2

Semasa 1 minggu yang lalu

Kaamatan Bukan Sekadar Perayaan Budaya, Tapi Lambang Perpaduan - Fadillah

3

Semasa 1 minggu yang lalu

Bayaran Interim Geran Khas Sabah Dinaikkan Kepada RM1.5 Bilion - PM

4

Semasa 1 minggu yang lalu

PM Lawat Sabah Esok, Rasmi Pesta Kaamatan

Sorotan

1

Lelaki Guna Pembesar Suara Cetus Kebimbangan, Dakwa Kononnya COVID-19 Kembali Menular

2

Kanak-Kanak Perempuan Maut, Abang Kritikal Jatuh Dari Pangsapuri

3

PM Puji Keberkesanan Kementerian Komunikasi Perjelas Pelaksanaan BUDI95

4

Gempa Bumi 8.2 Landa Mindanao, Pihak Berkuasa Keluarkan Amaran Tsunami

5

Dikurung Dalam Stor Beberapa Minggu, Polis Selamatkan Kanak-Kanak Mangsa Dera Ibu Angkat

6

Sebuah Kerajaan Bukan Hadiah Untuk Dirampas

Disyorkan untuk anda

Muzik 1 hari yang lalu

Dewa 19 Buktikan Keunggulan Katalog Lagu Dalam Konsert Cintaku Tertinggal Di Malaysia

oleh Rahayu MN