web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 7 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Konsert 'Nafas Cinta' Khai Bahar Bakal Ubati Kekecewaan Peminat

Konsert sulung yang diimpikan pernah batal tahun lalu. Namun siapa sangka tuah sekali lagi mendampingi Khai Bahar apabila syarikat Nova Music berminat untuk menganjurkan Konsert 'Nafas Cinta' Khai Bahar.

Muzik Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 05 Jan 2022 4:42PM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Konsert sulung penyanyi Khai Bahar yang dijadual berlangsung pada Mac tahun lalu dibatalkan selepas ia tertunda lebih setahun ekoran penularan wabak COVID-19.

Berita pembatalan konsert yang sepatutnya diadakan di Istana Budaya itu sedikit sebanyak mengundang kesedihan penyanyi yang mencipta nama menerusi aplikasi Smule itu.

Apatah lagi, kebanyakan peminat sudah teruja untuk menyaksikan artis kesayangan mereka beraksi di pentas ternama itu.

Namun, kekecewaan itu bakal terubat apabila Khai, 27, atau nama sebenarnya Muhammad Khairul bin Baharuddin kembali menjayakan Konsert ‘Nafas Cinta’ Khai Bahar pada 12 Februari ini.

Konsert anjuran syarikat Nova Music itu bakal diadakan di Petaling Jaya Performing Arts Centre (PJPAC), 1 Utama Shopping Centre, Bandar Utama. 

Menurut Khai, dia sangat teruja dan terharu apabila pihak Nova Music memilih dirinya untuk menjayakan konsert tersebut.

“Apabila saya mendapat tawaran mengadakan konsert tahun lalu, bagi saya ia satu peluang keemasan. Namun, perancangan Allah SWT itu lebih baik.

“Saya menganggap belum ada rezeki untuk buat konsert apabila ia terpaksa dibatalkan atas faktor tertentu dan selepas berbincang dengan semua pihak biarpun ketika itu sudah banyak persiapan dilakukan. Apa pun saya memandang ia dari sudut positif.

“Saya juga percaya setiap apa yang terjadi itu pasti ada hikmah di sebaliknya. Alhamdulillah, saya mendapat tawaran daripada pihak Nova Music yang mahu menganjurkan konsert saya.

“Kata orang, besar tapak tangan nyiru saya tadahkan. Pelawaan itu saya anggap rezeki buat saya. Selepas membuat perbincangan, pasukan saya bersetuju untuk membuat konsert ini.

“Diakui ramai sedih dan kecewa apabila konsert yang sepatutnya berlangsung di Istana Budaya dibatalkan. Saya pun tidak tahu nak memberi reaksi macam mana, sebab saya sendiri juga sedih. Macam dikatakan, saya anggap ia belum rezeki.

“Namun, kehadiran Konsert ‘Nafas Cinta’ Khai Bahar ini saya harap dapat mengubat kesedihan mereka. Saya bersama pasukan dan pihak penganjur akan cuba memberikan yang terbaik.

“Biarpun lokasi persembahan tidak dapat memuatkan jumlah yang ramai, sekurang-kurangnya impian dan hasrat saya serta peminat untuk menjayakan persembahan berskala besar tercapai,” katanya.

Sementara itu, penerbit dan penganjur konsert, Rosmin Hashim berkata, pemilihan Khai adalah tepat kerana penyanyi itu mempunyai kekuatan peminat luar biasa selain banyak menjalin kerjasama dengan syarikat rakaman Nova Music dan Seventeen Eleven Music.

“Kenapa Khai? Kerana dia antara penyanyi muda yang banyak lagu hits dan berjaya selain mempunyai peminat yang ramai.

“Kalau kita sebut nama Khai Bahar, memang cukup dikenali. Dia mempunyai kelompok peminat dari semua golongan dan peringkat umur. Selain itu, dia antara penyanyi yang bersih daripada sebarang kontroversi,” katanya.

Ditanya adakah penganjuran Konsert ‘Nafas Cinta’ Khai Bahar itu disebabkan pembatalan konsert Khai terdahulu, Rosmin berkata ia berlaku secara kebetulan.

“Itu bukan punca kami buat konsert ini. Tak terfikir pun perkara itu. Cuma, kami berasakan sudah sampai waktunya kami menganjurkan konsert berskala besar.

“Lagi pula aktiviti persembahan pentas dan konsert kini sudah pun dibenarkan berlangsung. Orang ramai pun dahagakan hiburan persembahan secara langsung. Jadi, tidak salah kami mengorak langkah ini.

“Kami berasakan dia penyanyi yang tepat untuk buat konsert ini. Perancangan buat konsert ini pun secara kebetulan dibuat pada Oktober lalu. Selepas kami berjumpa dan berbincang dengan pasukan Khai, alhamdulillah, mereka terima pelawaan kami,” katanya.

Konsert ‘Nafas Cinta’ Khai Bahar bakal diadakan secara hibrid fizikal dan virtual live. Ini membolehkan bukan sahaja peminat Khai Bahar dari Lembah Klang untuk menonton konsert ini malah peminat beliau dari seluruh Malaysia dan rantau Asia. 

Selain Khai, konsert ini menampilkan penyanyi popular, Aina Abdul dan ‘Ratu Soundtrack’, Adira Suhaimi sebagai penyanyi jemputan.

Tiket tontonan konsert secara fizikal yang dijual dengan harga RM189.90 boleh mula dibeli sejak 31 Disember 2021 di ONETIX dengan melayari https://onetix.com.my/ manakala tiket tontonan konsert secara virtual yang dijual dengan harga RM69.90 (31/12/21 – 13/01/22), RM79.90 (14/01/22 – 27/01/22) dan RM89.90 (28/01/22 – 11/02/22) boleh dibeli pada hari yang sama dengan melayari https://www.cloudtheatre.com/my/ . - Getaran, 5 Januari 2022

Berita Berkaitan

1

Muzik 11 bulan yang lalu

Tiket Konsert Violet Skies: Dato' Sri Siti Nurhaliza Live In Arena Of Stars Masih Boleh Dibeli

2

Muzik 1 tahun yang lalu

Michael Learns To Rock Buai Perasaan Lebih 5,000 Peminat

3

Muzik 1 tahun yang lalu

5 Kumpulan AKB48 Berjaya Himpun Lebih 2,000 Peminat Pada Konsert Pertama Di Malaysia

4

Muzik 1 tahun yang lalu

Ella Memukau, Kini Siap Sedia Terbang ke Singapura

Sorotan

1

‘Rider’ Disimbah Kuah Oden Panas, FamilyMart Mohon Maaf

2

Wanita Putus Kaki Dalam Kemalangan LPT2 Meninggal Dunia Di Hospital

3

SPR Tangguh Perbincangan PRN Negeri Sembilan, Mesyuarat PRN Johor Jadi Keutamaan

4

Tuanku Muhriz: Raja Adil Berhati Mulia, Bukan Gah Depan Kamera

5

Notis Pemakluman Rasmi Pembubaran DUN Negeri Sembilan Diserahkan Hari Ini

6

Nahas Simpang Renggam: Suspek Disiasat Kerana Membunuh

Disyorkan untuk anda

Muzik 13 jam yang lalu

Hampir 2 Dekad, Peterpan Bakal Ubati Kerinduan Peminat Di Malaysia, Singapura Julai Ini

Muzik 1 hari yang lalu

Jason Mraz Kembali Ke Malaysia 31 Oktober Depan

Tiket akan dijual menerusi etix.my bermula 11 Jun depan dengan harga RM688 hingga RM158 tidak termasuk caj dan cukai berkaitan.