web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


'Night Call', Lembaran Baharu Years & Years

Meraih perasaan gembira dan adrenalin ketika keluar zon selesa, Years & Years mahu mengajak pendengar memeluk diri.

Muzik Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 22 Dec 2021 9:14AM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Setelah sekian lama menyepi, akhirnya kugiran Years & Years mengumumkan tarikh pelancaran album terbaharu berjudul Night Call yang bakal menemui peminat pada 7 Januari 2022. 

Untuk pengetahuan semua, Night Call merupakan album pertama Years & Years setelah bertukar menjadi projek solo vokalis Olly Alexander sepenuhnya. 

Menjelaskan tentang status anggota kumpulan yang lain, Olly berkata mereka bertiga masih berkawan baik meskipun mengambil keputusan untuk berpecah. 

“Mikey (pemain bass, synthesisers dan keyboard) akan kekal menjadi sebahagian daripada keluarga Years & Years dan bermain bersama kami secara langsung. Namun, Emre (pemain gitar, synthesisers dan keyboard) akan memberi tumpuan sepenuhnya untuk menjadi seorang penulis dan penerbit,” katanya.

Berkongsi mengenai album Night Call, Olly berkata dia menulis album ini dari perspektif fantasi kerana mahu meneroka imaginasi dan berfikir di luar kotak. Selain itu, dia juga ingin bereksperimentasi dengan pelbagai rentak bunyi sambil menikmati keseronokan dalam pembikinan muzik kali ini.

Night Call adalah lembaran baharu bagi Years & Years. Saya mempertaruhkan bunyi euphoria bagi memberi perasaan nostalgia buat pendengar. Walaupun sebahagian besar lagu-lagu yang tersenarai mengisahkan tentang perjalanan mencari cinta,  ia turut menyelitkan mesej untuk mencari kekuatan diri," katanya. 

Pada April lalu, Years & Years telah mempertaruhkan single 'Starstruck' dan seterusnya ‘Crave’. Video muzik ‘Crave’ turut menampilkan beberapa pelakon dari drama popular ‘It’s A Sin’ seperti Omari Douglas, Nathaniel Hall dan  David Carlisle.

“Saya ingin menjelmakan watak seperti Ritchie dalam 'It's A Sin' dalam lirik lagu ini. Dia sangat mempengaruhi penulisan lagu ini yang mengaburkan garis antara fantasi dan realiti. Ia menangkap perasaan gembira dan adrenalin ketika kita keluar dari zon selesa,” tambah Olly. 

Nama Years & Years dan Olly Alexander tidak asing dalam arena muzik malah terkenal sebagai antara ikon muzik pop. Pernah tercalon lima kali dalam Anugerah Brit, karya-karyanya berjaya meraih lebih 4.4 bilion penstriman dan berpeluang mengadakan beberapa persembahan di pentas besar seperti The O2 and Wembley Arena di England. 

Sepanjang kembara Olly dalam industri hiburan, dia telah menjadi antara suara generasi muda yang membincangkan isu-isu mengenai kesihatan mental dan betapa pentingnya untuk menjaga satu sama lain pada saat genting. 

Single Years & Years berjudul ‘Starstruck’ dan ‘Crave’ boleh didengar di laman penstriman Apple Music dan Spotify. Untuk mengetahui perkembangan terkini Years & Years dan pelancaran album terbaharunya, Night Call jangan ketinggalan mengikuti mengikut profil rasminya di Instagram. - Getaran, 22 Disember 2021

Gambar: Universal Music 

Berita Berkaitan

1

Filem & TV 3 tahun yang lalu

Reeve Damien Akui Tugas Sebagai Pengarah Muzik Suke TV  Mencabar, Anak AC Mizal Teringin Berkolaborasi Dengan Sonaone 

2

Selebriti 3 tahun yang lalu

Aiman Tino Rancang Jadi Penerbit Program ‘Travelog’

3

Muzik 3 tahun yang lalu

Ayu Damit Nafi Lagu ‘Kejam’ Yang Berkisar Tentang Kecurangan Punya Kaitan Dengan Isu Syamsul Yusof 

4

Muzik 3 tahun yang lalu

Tak Pernah Menyesal Lalui Pengalaman Sukar Sebagai Penyanyi, Aman Aziz Kini Pertaruhkan 'Satu Hari Saat Hujan'

Sorotan

1

Lelaki Guna Pembesar Suara Cetus Kebimbangan, Dakwa Kononnya COVID-19 Kembali Menular

2

Kanak-Kanak Perempuan Maut, Abang Kritikal Jatuh Dari Pangsapuri

3

PM Puji Keberkesanan Kementerian Komunikasi Perjelas Pelaksanaan BUDI95

4

Gempa Bumi 8.2 Landa Mindanao, Pihak Berkuasa Keluarkan Amaran Tsunami

5

Dikurung Dalam Stor Beberapa Minggu, Polis Selamatkan Kanak-Kanak Mangsa Dera Ibu Angkat

6

Sebuah Kerajaan Bukan Hadiah Untuk Dirampas

Disyorkan untuk anda

Muzik 22 jam yang lalu

Dewa 19 Buktikan Keunggulan Katalog Lagu Dalam Konsert Cintaku Tertinggal Di Malaysia

oleh Rahayu MN