web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Alunan Warna-Warni Liesl-mae

‘Solace’ menggesa para pendengar untuk mengambil satu langkah kebelakang dan merenung perkara yang benar-benar penting dalam hidup. 

Muzik Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 15 Dec 2021 2:36PM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Setelah terpilih sebagai artis Malaysia pertama di bawah naungan label baharu Sony Entertainment, OFFMUTE, Liesl-Mae kini mempertaruhkan buah tangan khas buat peminatnya berjudul ‘Solace’. 

‘Solace’ yang membawa maksud penawar hati, ditulis untuk memberi peringatan buat mereka yang sedang kecewa agar terus bersabar menangani masalah dalam satu-satu masa.

Selain itu, ia turut menggalakkan mereka untuk berhubung dan memperbaiki hubungan dengan insan tersayang terutama pada era tidak menentu ini. 

Liesl-mae berkongsi bahawa dia berdepan dengan banyak kesukaran untuk menghasilkan karya sepanjang pandemik kerana berasa putus asa dan tidak berdaya. 

"Terus terang, saya rasa terperangkap sepanjang pandemik ini. Pada mulanya, saya bergelut dengan perasaan dan emosi negatif berpanjangan sehingga terbang pergi segala semangat.  

“Saya bernasib baik kerana dapat keluar dari ‘lubang gelap’ itu selepas berhubung dengan orang terdekat. Dengan ini saya dapat kembali aura positif dan meneruskan minat saya," kata Liesl-mae

‘Solace’ menggesa para pendengar untuk mengambil satu langkah kebelakang dan merenung kembali perkara yang benar-benar penting dalam hidup. 

“Itulah asas lagu ini. Kita perlu meluangkan sedikit masa untuk mencari kedamaian dalam diri apabila luaran kita tidak tenang," tambar Liesl-mae

Liesl-Mae turut berkongsi bait-bait lirik paling disukai terletak di bahagian korus kerana ia menangkap intipati emosinya sepanjang pandemik.

Mengenai penyertaannya dalam kempen Bring The Beat 2.0 Liesl-mae berkata, keseluruhan proses menghasilkan ‘Solace’ berlaku dalam tempoh seminggu sahaja. 

“Penyertaan ini telah mendorong saya untuk keluar dari zon selesa dan berkarya setelah sekian lama. Selain itu, inilah lagu paling singkat yang pernah saya hasilkan,” jelas Liesl-mae.

Ketika pandemik melanda, Sony Music Entertainment telah memulakan inisiatif Bring The Beat 2.0 untuk membantu artis mengisi kekosongan kreatif dan bekerjasama dengan menulis, menghasilkan dan merakam lagu di kediaman masing-masing. 

Untuk pengetahuan semua, Liesl-mae mula mencipta nama dalam industri muzik tanah air dan terkenal dengan lenggok nyanyian yang lembut dan merdu.

Menurut penyanyi ini, dia jatuh cinta dengan dunia nyanyian sejak kecil bahkan pernah mengikuti kelas vokal dan gitar. 

Sebelum tampil dengan ‘Solace’, karya-karyanya seperti ‘Vincent’ dan ‘Macaroni Song’ telah meraih lebih 800,000 penstriman di Spotify.

Single terbaharu Liesl-mae ini boleh didengar di laman penstriman Spotify dan Apple Music. - Getaran, 15 Disember 2021

Gambar: Sony Entertainment

Berita Berkaitan

1

Filem & TV 3 tahun yang lalu

Reeve Damien Akui Tugas Sebagai Pengarah Muzik Suke TV  Mencabar, Anak AC Mizal Teringin Berkolaborasi Dengan Sonaone 

2

Selebriti 3 tahun yang lalu

Aiman Tino Rancang Jadi Penerbit Program ‘Travelog’

3

Muzik 3 tahun yang lalu

Ayu Damit Nafi Lagu ‘Kejam’ Yang Berkisar Tentang Kecurangan Punya Kaitan Dengan Isu Syamsul Yusof 

4

Muzik 3 tahun yang lalu

Tak Pernah Menyesal Lalui Pengalaman Sukar Sebagai Penyanyi, Aman Aziz Kini Pertaruhkan 'Satu Hari Saat Hujan'

Sorotan

1

Lelaki Guna Pembesar Suara Cetus Kebimbangan, Dakwa Kononnya COVID-19 Kembali Menular

2

Kanak-Kanak Perempuan Maut, Abang Kritikal Jatuh Dari Pangsapuri

3

PM Puji Keberkesanan Kementerian Komunikasi Perjelas Pelaksanaan BUDI95

4

Gempa Bumi 8.2 Landa Mindanao, Pihak Berkuasa Keluarkan Amaran Tsunami

5

Dikurung Dalam Stor Beberapa Minggu, Polis Selamatkan Kanak-Kanak Mangsa Dera Ibu Angkat

6

Sebuah Kerajaan Bukan Hadiah Untuk Dirampas

Disyorkan untuk anda

Muzik 21 jam yang lalu

Dewa 19 Buktikan Keunggulan Katalog Lagu Dalam Konsert Cintaku Tertinggal Di Malaysia

oleh Rahayu MN