web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Ulasan Lagu Serantau Masa Kini

Pengarang Gaya Hidup & Hiburan Getaran, berkongsi ulasannya tentang lagu-lagu pop terbaharu yang dikeluarkan oleh penyanyi Malaysia dan negara-negara jiran terdekat setiap minggu. Mari kita singkap lima lagu pilihannya minggu ini.

Muzik Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 15 Dec 2021 8:52AM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

‘Mine’ - Datuk AC Mizal featuring Reeve Damien

Agak lama juga tidak mendengar karya terbaharu Datuk AC Mizal dan buah tangannya kali ini adalah sesuatu yang sangat segar. Lebih menarik projek yang bernama ‘Mine’ ini menampilkan anak lelakinya sendiri Reeve Damien sebagai rakan duet. Ternyata ayat ke mana tumpahnya kuah kalau bukan ke nasi terlihat dalam lagu ini di mana anaknya Reeve berpeluang menunjukkan bakat nyanyiannya yang tidak kurang hebat seperti bapanya. Dicipta oleh Adam E, Freddie Laut, ADL dengan lirik nukilan Datuk AC sendiri bersama anaknya Reeve Damien serta Adam E dan ADL, ‘Mine’ menepati citarasa pendengar muzik masa kini. Disulam dengan irama R&B moden beserta susunan muzik pop kontemporari yang rancak dan mudah diingati, ia boleh menjadi lagu yang melekat dalam kepala generasi muda hari ini. Dengan nuansa ala Justin Bieber dalam iramanya, ia ternyata satu cubaan yang sangat baik dan moga akan ada lebih banyak projek ibu bapa dan anak seperti ini lagi.

 

‘Boom Bada Boom’ - Erul Omar  

Rasa seperti ingin menari sebaik sahaja mendengar muzik pembukaan lagu dendangan bintang baharu, Erul Omar ini. Erul merupakan finalis program Lagu Cinta Kita musim pertama dan ‘Boom Bada Boom’ merupakan single pertama beliau selepas keluar dari program realiti tersebut. Lagu ‘Boom Bada Boom’ ini dicipta oleh kombinasi dua komposer terkenal tanah air iaitu Shazee Ishak dan Audi Mok dan lirik nukilan mereka berdua juga. Dengan irama rancak dan pengulangan kata-kata Boom Bada Boom di korusnya, lagu ini sangat boleh menjadi siulan anak muda masa kini. ‘Hook’nya yang sentiasa bermain di kepala menunjukkan yang ia sebuah karya muzik yang diolah dengan bijak. Jika diberi promosi selayaknya, lagu ini boleh melonjakkan nama Erul Omar. Syabas buat Audi dan Shazee!

 

‘Jika Aku Pergi’ - Chazynash dan Dani Kurama   

Dua pendatang baharu dunia muzik tempatan iaitu Chazynash dan Dani Kurama mencuba nasib mereka dengan karya berjudul ‘Jika Aku Pergi’. Dicipta oleh Dani Kurama sendiri dengan lirik oleh dirinya bersama Chazynash, lagu berentak R&B ini mempunyai susunan muzik yang moden dan mudah seperti kebanyakan lagu-lagu dari barat masa kini. Biarpun lari daripada konsep balada pop Melayu biasa, ia mungkin agak sukar untuk bersaing dengan karya-karya terkini generasi BBNU (Budak-budak Baru Nak Up) yang mungkin lebih menarik dan mudah diingati. Sungguhpun begitu, ia tetap satu cubaan yang baik kerana mengorak perubahan dalam muzik Melayu masa kini. Semoga mereka terus berusaha dan tidak putus asa!

 

‘The Singer’ - Browne (feat. Sa'adah) 

Brunei Darussalam minggu ini menampilkan sebuah lagi lagu yang wajar diberi pujian. Mengingatkan saya kepada lagu-lagu berbahasa Inggeris era 80-an ‘The Singer’ nyanyian Browne yang menampilkan Sa’adah mempunyai sesuatu yang menarik. Dicipta sepenuhnya oleh Aman, lagunya memaparkan melodi yang mudah namun bernuansa antarabangsa. Selain penggunaan bahasa Inggeris lengkap dalam liriknya, gaya vokal penyanyinya juga membuatkan lagu ini menyerlah. Malah kadangkala suara penyanyinya mengingatkan saya kepada penyanyi seperti Lisa Loeb dan yang seangkatan dengannya. Jelas sebuah karya berkualiti, saya harap ia dapat dihargai oleh pendengar muzik serantau.  

 

‘Kau Di Hati Ku’ – Bhumiband featuring Zahara dan Doddy Winata

Bhumiband bukanlah nama asing dalam industri muzik Melayu Singapura dan kali ini mereka muncul dengan sebuah lagi buah tangan berjudul ‘Kau Di Hati Ku’. Ia turut menampilkan bintang undangan Zahara dan juga Doddy Winata. Kali ini mereka tidak bersandarkan pada muzik instrumen sahaja tetapi juga mengadunkan bunyian moden untuk mewarnai lagi karya ini. Lagunya juga sangat mudah namun pada saya ia bukanlah lagu yang mesra radio kerana gaya persembahannya lebih sesuai untuk persembahan di kelab atau digunakan dalam runut bunyi sesebuah projek visual seperti filem atau iklan. Walau bagaimanapun saya puji keberanian mereka kerana tampil dengan sesuatu yang berbeza dan tidak selalu didengari dalam gelanggang muzik Melayu serantau. - Getaran, 15 Disember 2021

 

Berita Berkaitan

1

Filem & TV 3 tahun yang lalu

Reeve Damien Akui Tugas Sebagai Pengarah Muzik Suke TV  Mencabar, Anak AC Mizal Teringin Berkolaborasi Dengan Sonaone 

2

Filem & TV 3 tahun yang lalu

Belum Sedia Jemput Awie & Afdlin Shauki Di Suke TV - AC Mizal Tak Mampu Bayar Harga Profesional Mereka

3

Filem & TV 3 tahun yang lalu

Sambut Ulang Tahun Pertama, SUKE TV Milik Datuk AC Mizal Tampilkan Variasi Program Baharu Bagi Tahun 2023 

4

Muzik 3 tahun yang lalu

Walau Konsert Terpaksa Ditangguhkan, Hael Husaini Hadiahkan Peminat Dengan ‘Sayang Do You Love Me?’

Sorotan

1

Lelaki Guna Pembesar Suara Cetus Kebimbangan, Dakwa Kononnya COVID-19 Kembali Menular

2

Kanak-Kanak Perempuan Maut, Abang Kritikal Jatuh Dari Pangsapuri

3

PM Puji Keberkesanan Kementerian Komunikasi Perjelas Pelaksanaan BUDI95

4

Gempa Bumi 8.2 Landa Mindanao, Pihak Berkuasa Keluarkan Amaran Tsunami

5

Dikurung Dalam Stor Beberapa Minggu, Polis Selamatkan Kanak-Kanak Mangsa Dera Ibu Angkat

6

Sebuah Kerajaan Bukan Hadiah Untuk Dirampas

Disyorkan untuk anda

Muzik 21 jam yang lalu

Dewa 19 Buktikan Keunggulan Katalog Lagu Dalam Konsert Cintaku Tertinggal Di Malaysia

oleh Rahayu MN