web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Strim 2021MAMA Secara Langsung Di Tonton

2021MAMA akan disiarkan secara langsung di Malaysia selama tujuh jam, bermula dari acara karpet merah, malam kemuncak anugerah sehinggalah sesi 'catch up' di platform tonton CINEMA pada keesokan hari.

Muzik Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 08 Dec 2021 7:24PM

Dari kiri, Rose dan Lisa

oleh

Ellyna Ali

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Pasti ramai peminat K-pop di Malaysia tidak sabar menunggu kehadiran anugerah berprestij dunia, 2021 Mnet Asian Music Awards (2021MAMA) yang akan berlangsung pada Sabtu ini, bermula jam 5 petang hingga 10 malam. 

Bahkan ada yang tertanya-tanya bagaimana mereka dapat menyaksikan acara penuh gilang-gemilang yang menghimpunkan ramai artis K-pop popular. 

2021MAMA kali ini mempertandingkan 17 kategori iaitu Tik Tok Artist Of The Year, Tik Tok Song Of The Year, Worldwide Fan’s Choice Top 10, Best New Male Artist, Best New Female Artist, Best Male Group, Best Female Group, Best Male Artist dan Best Female Artist. 

Kategori lain yang turut dipertandingkan adalah Best Dance Performance Solo, Best Dance Performance Male Group, Best Dance Performance Female Group, Best Vocal Performance, Best Band Performance, Best Hip Hop & Urban Music, Best Collaboration dan Best OST. 

BTS
BTS

BTS, Aespa, Kang Daniel, Rose, Seventeen, Red Velvet, Itzy, Heize Baekhyun, IU, Lisa dan Twice antara bintang tersenarai dalam kategori Tik Tok Artist Of The Year dan Tik Tok Song Of The Year.

Bagi anda yang mahu menyaksikan 2021MAMA, usah gusar kerana acara yang dinanti-nantikan ini dapat ditonton secara strim langsung menerusi platform tonton. 

Menariknya, strim langsung yang disediakan secara percuma ini akan bermula seawal 3 petang hingga 5 petang untuk sesi karpet merah, manakala malam kemuncak anugerah ini pula berlangsung dari jam 5 petang hingga 10 malam. 

Seventeen
Seventeen

Ketua Pegawai Operasi tonton, Amir Rasyidi Johari berkata, pihaknya amat teruja kerana dapat menyiarkan 2021MAMA secara strim langsung di tonton. 

“Kita tahu peminat K-pop sememangnya ramai di seluruh dunia dan mereka ingin tahu platform mana yang menyiarkan acara berprestij ini secara langsung. 

“Untuk itu, tonton akan menyiarkan 2021MAMA secara langsung di Malaysia selama tujuh jam, bermula dari acara karpet merah, malam kemuncak anugerah sehinggalah sesi catch up di platform tonton CINEMA pada keesokan hari,” katanya. 

Kepada peminat K-pop Malaysia, jom kita sama-sama strim langsung 2021 MAMA di https://www.tonton.com.my/2021MAMA untuk mengetahui siapakah yang bakal merangkul anugerah Artis Terbaik Tahun 2021 pada Sabtu ini. Untuk sesi catch up pula, sila klik di pautan cinema.tonton.com.my pada keesokan harinya. - Getaran, 8 Disember 2021

Gambar: Instagram artis 

Berita Berkaitan

1

Selebriti 1 tahun yang lalu

Siti Saleha Calon ‘Outstanding Asian Star’ Di Seoul International Drama Awards 2024

2

Semasa 1 tahun yang lalu

Ramanan Terima Darjah Kebesaran Pahang Bawa Gelaran Datuk Seri

3

Filem & TV 1 tahun yang lalu

NLKO  Musim Baharu Kekalkan Erra Fazira, Fizo Omar Sebagai Pengacara

4

Filem & TV 2 tahun yang lalu

Watak Kegemaran Ramai, Mak Cun Kembali Bikin 'Havoc' 

Sorotan

1

Lelaki Guna Pembesar Suara Cetus Kebimbangan, Dakwa Kononnya COVID-19 Kembali Menular

2

Kanak-Kanak Perempuan Maut, Abang Kritikal Jatuh Dari Pangsapuri

3

PM Puji Keberkesanan Kementerian Komunikasi Perjelas Pelaksanaan BUDI95

4

Gempa Bumi 8.2 Landa Mindanao, Pihak Berkuasa Keluarkan Amaran Tsunami

5

Dikurung Dalam Stor Beberapa Minggu, Polis Selamatkan Kanak-Kanak Mangsa Dera Ibu Angkat

6

Sebuah Kerajaan Bukan Hadiah Untuk Dirampas

Disyorkan untuk anda

Muzik 20 jam yang lalu

Dewa 19 Buktikan Keunggulan Katalog Lagu Dalam Konsert Cintaku Tertinggal Di Malaysia

oleh Rahayu MN

Muzik 1 hari yang lalu

SPOTLIGHT KLCC Tampil Pengalaman Showcase Premium, Himpunkan Barisan Artis Hebat Industri Muzik Tempatan

Menggabungkan elemen persembahan berkualiti tinggi, suasana premium dan lebih intim, SPOTLIGHT KLCC menawarkan harga tiket yang mampu dibeli oleh pelbagai golon...

oleh Rahayu MN