web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Ahli BTS Ada Akaun Instagram Sendiri, Ini Senarainya!

Berita menarik, setiap ahli kumpulan BTS kini sudah ada akaun Instagram peribadi.

Muzik Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 07 Dec 2021 11:45AM

oleh

Wafa Aula

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Jika sebelum ini aktiviti kumpulan terkenal dari Korea Selatan, BTS hanya dikongsikan menerusi akaun rasmi kumpulan mereka iaitu @bts.binghitofficial. Kini, peminat boleh terus mengikuti secara dekat aktiviti setiap ahli kumpulan itu memandangkan mereka baru sahaja membuka akaun Instagram peribadi masing-masing hari ini. 

Bukan itu sahaja, kalau namanya ahli BTS yang sudah memenangi Artist of The Year AMA 2021, jumlah pengikut mereka dengan sekelip mata sudah mencecah jutaan dan diiktiraf dengan tanda ‘verified’ di Instagram masing-masing. Berikut kami senaraikan Instagram ahli BTS  iaitu Jin, Suga, J-Hope, RM, Jimin, V dan Jungkook untuk anda ikuti!

Jin

Mempunyai 16.1 juta pengikut, Jin memuat naik tiga gambar dan masing-masing menerima lebih kurang 9 juta tanda suka di Instagram. 

 

Suga

Sehingga saat ini Suga mempunyai 15.9 juta pengikut di Instagram peribadinya dan jumlah itu pasti bertambah dari semasa ke semasa. Suga berkongsi gambar pertamanya dan mendapat 6 juta tanda suka. 

J-Hope

Memuat naik tiga gambar dengan mencatat 15.8 juta pengikut, J-Hope mendapat purata 8 tanda suka untuk gambar-gambarnya. 

 

RM

Ini dia Instagram milik ketua BTS iaitu RM dengan 15.8 juta pengikut. RM setakat ini berkongsi lima gambar.

Jimin

Mempunyai 16.4 juta pengikut di Instagram, Jimin memuat naik satu keping gambar hitam putih. Gambar itu sahaja sudah berjaya mengutip 11.8 juta tanda suka.

 

V

Merupakan ahli BTS dengan bilangan pengikut Instagram teramai. V mempunyai 17.6 juta pengikut setakat artikel ini dimuat naik di portal Getaran.

Meski baru memuat naik tiga gambar, ia sudah meraih lebih 9 juta tanda suka. 

 

Jungkook

Merupakan ahli BTS dengan bilangan jumlah pengikut kedua paling tinggi di Instagram. Nama akaun miliknya menjadi bualan kerana sangat panjang dan kreatif iaitu @abcdefghi_lmnopqrstuvwxyz. Huruf J dan K yang melambangkan namanya dihilangkan. Kreatif sekali!

Nampaknya semakin hari semakin ramai artis dari Korea Selatan sudah mula menggunakan Instagram. Terdahulu, pelakon Goong Yo membuka akaun peribadinya minggu lalu dan mendapat 1 juta pengikut dalam masa sehari. - Getaran, 7 Disember 2021

Gambar: Instagram V dan Jungkook

Berita Berkaitan

1

Selebriti 1 tahun yang lalu

Siti Saleha Calon ‘Outstanding Asian Star’ Di Seoul International Drama Awards 2024

2

Sukan 2 tahun yang lalu

Piala Dunia Sepak Takraw: Malaysia Bergaya Melangkah Ke Suku Akhir

3

Ekonomi 2 tahun yang lalu

Kedah Mahu Bina LRT Di Langkawi

4

Luar Negara 2 tahun yang lalu

Facebook, Instagram, Threads Alami Gangguan

Sorotan

1

Lelaki Guna Pembesar Suara Cetus Kebimbangan, Dakwa Kononnya COVID-19 Kembali Menular

2

Kanak-Kanak Perempuan Maut, Abang Kritikal Jatuh Dari Pangsapuri

3

PM Puji Keberkesanan Kementerian Komunikasi Perjelas Pelaksanaan BUDI95

4

Gempa Bumi 8.2 Landa Mindanao, Pihak Berkuasa Keluarkan Amaran Tsunami

5

Dikurung Dalam Stor Beberapa Minggu, Polis Selamatkan Kanak-Kanak Mangsa Dera Ibu Angkat

6

Sebuah Kerajaan Bukan Hadiah Untuk Dirampas

Disyorkan untuk anda

Muzik 20 jam yang lalu

Dewa 19 Buktikan Keunggulan Katalog Lagu Dalam Konsert Cintaku Tertinggal Di Malaysia

oleh Rahayu MN

Muzik 1 hari yang lalu

SPOTLIGHT KLCC Tampil Pengalaman Showcase Premium, Himpunkan Barisan Artis Hebat Industri Muzik Tempatan

Menggabungkan elemen persembahan berkualiti tinggi, suasana premium dan lebih intim, SPOTLIGHT KLCC menawarkan harga tiket yang mampu dibeli oleh pelbagai golon...

oleh Rahayu MN