Berita Terkini

1 hari yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 2 hari yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 1 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 1 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Giliran Wajah Iman Troye Terpampang Di Times Square New York 

Kejayaan demi kejayaan diraih penyanyi muda, Iman Troye. Terbaharu wajah comelnya tertera di papan iklan digital Times Square New York.

Muzik Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 17 Nov 2021 6:01PM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Nampaknya semarak bakat muzik tanah air terus bersinar di persada seni antarabangsa. Terkini, penyanyi muda Siti Nur Iman Alyssa Sahabudin atau lebih dikenali sebagai Iman Troye menjadi artis Malaysia berhijab ketiga muncul di papan iklan digital tersohor New York Times Square, Amerika Syarikat.

Penampilan Iman yang mewakili Malaysia pada papan iklan terkenal itu adalah sebahagian daripada kempen EQUAL oleh platform penstriman digital tersohor dunia, Spotify. EQUAL adalah sebuah program peringkat global oleh Spotify yang ingin memupuk kesamaan wanita dengan memaparkan artis-artis wanita dari seluruh dunia.

Terdapat 35 senarai lagu atau playlist EQUAL meliputi artis dari 50 negara. Iman Troye merupakan wakil bagi senarai lagu EQUAL Malaysia dan Singapura. Terdapat juga senarai lagu terbaik global EQUAL atau 'the best EQUAL Global Playlist' yang menyenaraikan artis-artis Equal dari serata dunia.

 “Alhamdulillah, saya sangat bersyukur atas penghormatan ini. Ia satu kejayaan yang besar buat saya yang masih hijau dalam industri muzik tempatan, apatah lagi sebagai seorang penyanyi wanita Malaysia yang berhijab.

"Moga saya dapat terus memenuhi harapan para peminat serta berterima kasih atas segala doa dan sokongan yang tidak tidak berbelah bahagi daripada keluarga, rakan-rakan serta peminat saya,” jelas Iman penuh teruja selepas mendengar khabar ini.

Gambar: Instagram @imantroye
Gambar: Instagram @imantroye

Iman Troye mula mencuri perhatian ramai selepas membuat banyak rakaman nyanyian semula lagu-lagu popular artis tempatan yang telah menggegar ruang media sosial secara mengejut.

Dia kemudian mencipta fenomena lewat lagu ‘Teman’ yang sehingga kini telah meraih 45 juta tontonan di laman YouTube. Lagu lebaran, ‘Pejam Celik Hari Raya’ juga telah mendapat tontonan sebanyak 11 juta sejak dilancarkan Aidilfitri lalu. 

Berbekalkan suara unik dan penampilan comel serta menawan, Iman terus mencuri perhatian peminat muzik tempatan dan kini tampil dengan lagu baharu berjudul 'Nang' yang sudah pun mendapat lebih dua juta tontonan sejak dilancarkan beberapa minggu lalu.

Iman Troye merupakan artis Malaysia keempat yang ditampilkan di papan iklan New York Times Square selepas Yuna, Layla Sania dan DOLLA September lalu. - Getaran, 17 November 2021

Gambar: Universal

Berita Berkaitan

1

Sukan 1 minggu yang lalu

Pecahkan Dominasi JDT Musim Ini - Azman Adnan

2

Luar Negara 3 minggu yang lalu

Singapura Rampas 1.5 Tan Produk Segar, Makanan Proses Dari Malaysia

3

Semasa 4 minggu yang lalu

Anwar Terima Kunjungan Menteri Luar India

4

Sukan 4 minggu yang lalu

Beraksi Di Laman Sendiri Gagal Bantu Harimau Malaya Saingi Kehebatan Oman

Sorotan

1

Tragedi Helikopter TLDM : Jasad Mendiang Joanna Felicia Dikebumikan Di Serian Pagi Ini

2

PRK DUN KKB : Aspek Ekonomi Antara Fokus Kerajaan Perpaduan Sepanjang Kempen

3

Lebih 14,000 Aduan Diterima Menerusi Aplikasi MYJalan Setakat Ini - Ahmad Maslan

4

Pang Sock Tao Calon Kerajaan Perpaduan Bagi PRK Kuala Kubu Baharu

5

KPU Indonesia Isytihar Prabowo, Gibran Presiden Dan Naib Presiden 2024-2029

6

Amalan Pemakanan Tidak Sihat, Kurang Aktiviti Fizikal Punca Utama Obesiti - Dr Dzulkefly

7

642 Pegawai, Anggota Polis Selangor Bertugas Pastikan Kelancaran PRK Kuala Kubu Baharu

Disyorkan untuk anda

Budaya 4 jam yang lalu

Temui Personaliti Anime Kegemaran Anda Di Anime Fest Plus 2024  

oleh Wartawan Hiburan Getaran

Selebriti 20 jam yang lalu

Bella Astillah Akui Bertemu Sarah Jasmine, Baca Mesej Ruhainies Desak Aliff Buka Aibnya

Pelakon dan penyanyi itu memaklumkan Sarah Jasmine menghubunginya untuk memohon maaf kerana menjalinkan hubungan sulit dengan suaminya. 

oleh Helmi Anuar

Selebriti 8 jam yang lalu

Amar Baharin Dedah Tanah Ada 2 Geran, MB Selangor Janji Siasat

Pelakon itu memaklumkan tanah milik ibunya di Semenyih dibeli puluhan tahun lalu, namun sudah didiami ‘tuan tanah’ lain

oleh Rahayu MN

Selebriti 1 hari yang lalu

Adira Sah Bercerai

oleh Wartawan Hiburan Getaran