web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Ulasan Lagu Serantau Masa Kini

Pengarang Gaya Hidup & Hiburan Getaran, berkongsi ulasannya tentang lagu-lagu pop terbaharu yang dikeluarkan oleh penyanyi Malaysia dan negara-negara jiran terdekat setiap minggu. Mari kita singkap lima lagu pilihannya minggu ini.

Muzik Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 10 Nov 2021 11:15AM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

'Akulah Jerung Merah' - Sofiaa Marieylla

Setelah sohor kini di media sosial dengan jenama jerung merahnya, Sofiaa Marieylla kini disunting menjadi artis rakaman dan tampil dengan lagu pertama berjudul 'Akulah Jerung Merah'. Lagu ciptaan Hadi Rumnan dengan lirik oleh Ajim Maze ini memang sesuai dengan suara dan personaliti Sofiaa. Sungguhpun ia belum lagi setanding dengan lagu-lagu yang dinyanyikan oleh nama-nama besar Malaysia sekarang, ia cukup untuk memeriahkan industri muzik tempatan. Kemungkinan besar peminat setia Jerung Merah akan menyukai irama lagu ini yang agak rancak untuk bergoyang. 

'Tak Kira' - Hafiz Zainal

Seorang lagi bintang yang dikenali lewat media sosial muncul dengan persembahan terbarunya yang berjudul 'Tak Kira'. Balada indah ciptaan Bunga Cantik dengan lirik oleh Bunga Cantik, Hang Nadim, dan Doktor Hafiz Zainal ini sendiri merupakan cubaan yang baik, sesuai dengan suara merdu doktor gigi yang pandai menyanyi ini. Baladanya mempertaruhkan irama yang agak mudah dan tidak terlalu sarat dengan selingan instrumen lain. Menggunakan elemen yang kerap disertakan untuk menghasilkan lagu-lagu cinta, 'Tak Kira' ada potensi untuk disukai ramai jika diberikan putaran radio yang baik. Syabas Dr Hafiz Zainal dan para penciptanya. 

'Zikir Terapi Acapella' - Hafiz Hamidun

Setelah berjaya menjual 1.5 juta unit album fizikal Zikir Terapi yang diterbitkan pada 2011, Hafiz Hamidun kini kembali dengan album yang sama dalam bentuk Acapella tanpa sulaman alat muzik. Suara Hafiz Hamidun tidak perlu disangkal lagi kerana sememangnya merdu tiap kali menyampaikan lagu berentak nasyid dan juga irama kerohanian yang memuji kebesaran Tuhan. Perbezaan ketara album ini adalah ia dihasilkan dalam bentuk digital dan bentuk fizikalnya hanya terdapat beberapa unit terhad yang dipasarkan lewat laman Shopee. Selain itu ia dihasilkan gara-gara permintaan majoriti penduduk Muslim Timur Tengah yang merasakan alat muzik tidak seharusnya digunakan dalam lagu nasyid. Sungguhpun begitu pendapat tersebut hanyalah interpretasi budaya dan album ini sebenarnya wajar diberi pujian dan saya yakin akan mengulang kejayaan seperti versi sebelumnya.

'Istimewa' - Farhan Shah

Buat rakyat Malaysia yang tak mengenali Farhan Shah, bintang ini sebenarnya merupakan penyanyi yang mempunyai pakej lengkap untuk menjadi penghibur. Selain paras rupa yang tampan serta suara merdu, dirinya juga berpendidikan tinggi. Tidak asing bagi warga Melayu Singapura, Farhan Shah memang dikenali kerana inovasinya dalam berkarya. Lagu yang berjudul 'Istimewa' ini adalah bukti kepada kenyataan tersebut. Menghidangkan gabungan beberapa genre dalam satu karya, lagu yang berpaksi irama pop ini dimeriahkan dengan sedikit sentuhan jazz selain suntikan R&B. Dicipta dan disusun oleh Haramain Osman serta Judah Lyne, karya ini ada keunikan tersendiri. Bermula dengan melodi balada yang santai sambil diiringi vokal Farhan ia kemudian berubah menjadi rancak dan mengingatkan saya kepada lagu-lagu antarabangsa. Semoga Farhan Shah akan terus berkarya untuk pencinta muzik Melayu.

'Tak Sempurna' - Isyraf Yusri

Sekali lagi karya Brunei menjadi lagu pilihan saya dalam senarai ulasan minggu ini. 'Tak Sempurna' dendangan Isyraf Yusri adalah sebuah balada yang sangat menyenangkan. Selain vokal Isyraf yang sememangnya hebat, gubahan lagu ini juga melengkapi suara luar biasanya. Diterbitkan oleh Krock Studio dengan lirik nukilan Kay MoksinIni, lagu ini mengingatkan saya kepada balada-balada Indonesia yang sayu namun cukup rencah melodi untuk diingati peminat muzik. Ia tidak perlu terlalu ‘mencuba’ kerana dinamik lagunya yang sangat mudah sudah cukup meninggalkan kesan yang mendalam. Syabas Isyraf! - Getaran, 10 November 2021

Berita Berkaitan

1

TARA 3 tahun yang lalu

Tak Sesuai Untuk Bermain Permainan Dalam Talian, Namun Samsung Galaxy A54 Punya Spesifikasi Yang Mencukupi

2

Muzik 3 tahun yang lalu

Walau Konsert Terpaksa Ditangguhkan, Hael Husaini Hadiahkan Peminat Dengan ‘Sayang Do You Love Me?’

3

Indie 3 tahun yang lalu

Eksperimentasi Muzik Benzooloo Dalam 'Timbang Seni'

4

Muzik 3 tahun yang lalu

“Semua Pernah Bercinta...” Syahmi Irfan Pertaruh Lagu Ciptaan Sendiri, ‘Lagi-Lagi Sayang’

Sorotan

1

Lelaki Guna Pembesar Suara Cetus Kebimbangan, Dakwa Kononnya COVID-19 Kembali Menular

2

Kanak-Kanak Perempuan Maut, Abang Kritikal Jatuh Dari Pangsapuri

3

PM Puji Keberkesanan Kementerian Komunikasi Perjelas Pelaksanaan BUDI95

4

Gempa Bumi 8.2 Landa Mindanao, Pihak Berkuasa Keluarkan Amaran Tsunami

5

Dikurung Dalam Stor Beberapa Minggu, Polis Selamatkan Kanak-Kanak Mangsa Dera Ibu Angkat

6

Sebuah Kerajaan Bukan Hadiah Untuk Dirampas

Disyorkan untuk anda

Muzik 1 hari yang lalu

SPOTLIGHT KLCC Tampil Pengalaman Showcase Premium, Himpunkan Barisan Artis Hebat Industri Muzik Tempatan

oleh Rahayu MN

Muzik 17 jam yang lalu

Dewa 19 Buktikan Keunggulan Katalog Lagu Dalam Konsert Cintaku Tertinggal Di Malaysia

Bergabung bersama Padi Reborn dalam satu pentas, konsert lebih tiga jam itu berlangsung dengan persembahan yang sarat dengan nostalgia.

oleh Rahayu MN