web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Fhan Sasar Tawan Pasaran Antarabangsa 

Biarpun masih hijau dalam industri muzik tempatan, penyanyi rap, Fhan punya impian melebarkan sayap ke pasaran antarabangsa.

Muzik Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 08 Nov 2021 2:42PM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Penyanyi rap baharu, Farhan Alias atau nama pentasnya Fhan, percaya setiap penyanyi punya bakat dan potensi tersendiri.

Menurutnya, pemain industri hendaklah memberikan sepenuh kepercayaan dan peluang kepada penyanyi baharu mengasah bakat mereka. 

“Secara peribadi saya sangat terbuka untuk bekerjasama dengan komposer atau  penulis lirik terkenal. Apa yang penting mereka percaya potensi penyanyi, bukannya memandang rendah terhadap pengalaman kita. Saya sangat sensitif dalam bab ini.

“Kalau mereka rasa saya tiada potensi, lupakan saja niat untuk bekerjasama. Saya percaya setiap manusia ada potensi masing-masing,” jelasnya.

Fhan turut menyasarkan karyanya tembus ke pasaran antarabangsa dan untuk itu dia telah melancarkan lagu dwibahasa berjudul ‘Walk Away’ dan ‘Nitro’ sebagai salah satu strategi bagi menarik perhatian pendengar dari luar negara.

“Saya mahu pastikan lagu saya mendapat perhatian terlebih dahulu, kemudian barulah mencari peluang untuk bekerjasama dengan penyanyi dari luar negara.

"Apabila sudah ada peminat dan pendengar dari negara serantau, saya percaya penyanyi di sana pasti menyedari kewujudan saya.

"Disebabkan itulah saya hasilkan dua single dalam dwibahasa supaya dapat mendekati pendengar dari luar negara,” kongsinya yang berharap lagu berkenaan dimainkan di Indonesia, Singapura dan Filipina. 

Lagu ‘Walk Away’ merupakan hasil ciptaan komposer Mingaling, Madebyartin, Imgkay manakala liriknya ditulis Amir Hasan. 

Menyentuh mengenai populariti sebagai penyanyi rap baharu, Fhan lebih ambil peduli penyampaian mesej lagu.

“Bagi saya itu tidak menjadi masalah sebab yang penting dapat sampaikan mesej lagu tersebut kepada semua pendengar.

"Dua single terbaharu ini berkisarkan perjalanan dan onak duri seseorang dalam industri atau pun bisnes yang saya ceburi.

"Selain itu saya selitkan pelbagai cabaran dan ragam manusia yang pernah saya jumpa. Konklusinya biar kita sendiri berjuang untuk sampai ke puncak,” ujarnya.

Menyedari pasaran muzik tempatan pendengarnya lebih gemarkan lagu-lagu patah hati, Fhan akan mempertimbangkan untuk menerokai genre tersebut.

“Ya, saya sangat berminat sebab saya lagu sebegini senang menangkap perhatian pendengar. Sejujurnya, saya ada lagu patah hati berjudul ‘Walk Away’,” katanya tertawa kecil.

Fhan mula aktif dalam dunia muzik sejak tahun lalu dengan kemunculan dua single berjudul ‘Terbang Tinggi’ dan  ‘Bertahan’. Pertengahan tahun ini, dia tampil pula dengan single ‘Terang’. - Getaran , 8 November 2021

Gambar: Fhan

Berita Berkaitan

1

Video & Galeri 2 tahun yang lalu

Penyanyi Rap Macklemore Lancar Lagu Pro-Palestin

2

Semasa 2 tahun yang lalu

Kerajaan Promosi Produk Tempatan Di Pasaran Antarabangsa Secara Kolektif, Berstruktur

3

Semasa 3 tahun yang lalu

Latihan Profesional Tawar Peluang Terbaik Untuk Kanak-Kanak Autistik Capai Potensi Penuh

4

Semasa 3 tahun yang lalu

Malaysia Berpotensi Jadi Peneraju Hab Digital Di Rantau Asia Tenggara

Sorotan

1

Lelaki Guna Pembesar Suara Cetus Kebimbangan, Dakwa Kononnya COVID-19 Kembali Menular

2

Kanak-Kanak Perempuan Maut, Abang Kritikal Jatuh Dari Pangsapuri

3

PM Puji Keberkesanan Kementerian Komunikasi Perjelas Pelaksanaan BUDI95

4

Gempa Bumi 8.2 Landa Mindanao, Pihak Berkuasa Keluarkan Amaran Tsunami

5

Dikurung Dalam Stor Beberapa Minggu, Polis Selamatkan Kanak-Kanak Mangsa Dera Ibu Angkat

6

Sebuah Kerajaan Bukan Hadiah Untuk Dirampas

Disyorkan untuk anda

Muzik 17 jam yang lalu

Dewa 19 Buktikan Keunggulan Katalog Lagu Dalam Konsert Cintaku Tertinggal Di Malaysia

oleh Rahayu MN

Muzik 1 hari yang lalu

SPOTLIGHT KLCC Tampil Pengalaman Showcase Premium, Himpunkan Barisan Artis Hebat Industri Muzik Tempatan

Menggabungkan elemen persembahan berkualiti tinggi, suasana premium dan lebih intim, SPOTLIGHT KLCC menawarkan harga tiket yang mampu dibeli oleh pelbagai golon...

oleh Rahayu MN