web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Eylia Guntabid Juara Starvoices Indonesia ke-7

Membawakan lagu 'Run To You' dan 'All By Myself', penyanyi ini berjaya menewaskan peserta dari Indonesia, Shafira Putri.

Muzik Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 03 Nov 2021 7:09PM

Gambar: Instagram @eyliaguntabid

oleh

Ellyna Ali

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Nama Eylia Guntabid mungkin masih kurang dikenali meski pernah menyertai Ceria Pop Star 2016 dan menjadi artis naungan Broadway Entertainment dengan menghasilkan single pertama bertajuk 'Aku Masih Cinta'. 

Namun, dia pernah mengharumkan nama negara apabila memenangi lima pingat emas dan satu pingat perak di World Championship of Performing Arts (WCOPA) 2019 di Long Beach, California, Amerika Syarikat.

Kini, penyanyi genit kelahiran Sabah berusia 19 tahun ini sekali lagi mencipta kejayaan membanggakan dalam pertandingan nyanyian di luar negara apabila dijulang sebagai juara Starvoices Ke-7 anjuran Starvoices, Indonesia. 

Pertandingan nyanyian yang berlangsung secara atas talian ini menyaksikan Eylia bersaing dengan 46 peserta yang terpilih daripada 1,140 penyertaan. Pertandingan ini berlangsung selama tiga bulan bagi menentuakan siapakah yang layak dinobatkan sebagai juara. 

Eylia berkata, kekangan pandemik COVID-19 telah menyukarkan dirinya menjayakan rangka  promosi 'Aku Masih Cinta' yang telah pun dirancang syarikat rakaman. 

“Apabila kerajaan melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (MCO) beberapa kali dengan mengeluarkan arahan larangan rentas negeri, ia semakin membantutkan perancangan tersebut kerana saya tidak dapat datang ke Kuala Lumpur. 

“Atas sebab itu, saya telah mengambil inisiatif untuk menyertai Starvoices. Saya mahu mencabar diri, mencari pengalaman serta mengembangkan bakat di Indonesia. 

“Tidak sangka pula akan berjaya sehingga ke tahap ini dan saya dimaklumkan bahawa tidak pernah ada lagi penyanyi Malaysia menjadi juara pertandingan ini, mahupun melepasi Top 2,” katanya yang menetap di Penampang, Sabah bersama keluarganya. 

Menurut Eylia lagi, dia mengetahui tentang pertandingan ini daripada kawannya sejak 2017 lagi yang turut menyertai pertandingan ini. 

“Sebelum ini memang pertandingan ini dibuat secara atas talian dan pada pertandingan separuh akhir serta pentas akhir, barulah diadakan secara fizikal. 

“Namun, tahun ini pihak penganjur terpaksa melakukannya secara atas talian sepenuhnya berikutan pandemik. 

“Pertandingan ini juga menggalakan penyertaan negara luar terutama dari ASEAN seperti Malaysia, Singapura dan Brunei,” katanya. 

Eylia berjaya menundukkan peserta dari Indonesia, Shafira Putri di pentas akhir menerusi dua lagu yang dipersembahkannya iaitu 'Run To You'  nyanyian asal Whitney Houston dan 'All By Myself' (Celine Dion). 

“Memang mencabar bawa kedua-dua lagu ini. Namun, selepas berbincang dengan keluarga, mereka sarankan dua lagu ini sebab saya sudah biasa menyanyikannya. Cuma, sebelum ini bukan dalam pertandingan. 

"Saya bersyukur dan berterima kasih kepada semua yang membantu dan menyokong saya. Tidak dinafikan, ini adalah pertandingan paling mencabar pernah saya sertai," katanya mengakhiri perbualan.  

Pertandingan yang diadakan setiap hujung minggu sejak tiga bulan lalu ini diadili menerusi undian juri awam dan juga pemarkahan daripada empat  juri profesional Indonesia.

Gambar: Instagram @Eylia Guntabid 

Sorotan

1

Lelaki Guna Pembesar Suara Cetus Kebimbangan, Dakwa Kononnya COVID-19 Kembali Menular

2

Kanak-Kanak Perempuan Maut, Abang Kritikal Jatuh Dari Pangsapuri

3

PM Puji Keberkesanan Kementerian Komunikasi Perjelas Pelaksanaan BUDI95

4

Gempa Bumi 8.2 Landa Mindanao, Pihak Berkuasa Keluarkan Amaran Tsunami

5

Dikurung Dalam Stor Beberapa Minggu, Polis Selamatkan Kanak-Kanak Mangsa Dera Ibu Angkat

6

Sebuah Kerajaan Bukan Hadiah Untuk Dirampas

Disyorkan untuk anda

Muzik 16 jam yang lalu

Dewa 19 Buktikan Keunggulan Katalog Lagu Dalam Konsert Cintaku Tertinggal Di Malaysia

oleh Rahayu MN

Muzik 1 hari yang lalu

SPOTLIGHT KLCC Tampil Pengalaman Showcase Premium, Himpunkan Barisan Artis Hebat Industri Muzik Tempatan

Menggabungkan elemen persembahan berkualiti tinggi, suasana premium dan lebih intim, SPOTLIGHT KLCC menawarkan harga tiket yang mampu dibeli oleh pelbagai golon...

oleh Rahayu MN